Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Rabu, 16 Disember 2009
Dalam Duka Terselit Lega
Dalam kekecewaan, hati saya terubat bila melihat soalan-soalan yang keluar. Kebanyakannya telah dibincangkan dengan pelajar sehari sebelum peperiksaan. .. Jika pelajar mengambil perhatian dan fokus pada hari tersebut, sememangnya dapat menjawab dengan baik. Amin...
Jumaat, 11 Disember 2009
Peperiksaan Akhir SPM 16 Disember...berdebarnya!!
Rabu, 25 November 2009
Hari Raya Qurban
Setelah seminggu cuaca mendung, hari ini matahari memancarkan cahayanya. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengeringkan pakaian, kereta dan apa-apalah yang 'kous' beberapa hari. Alhamdulillah. Agar cahaya indah ini berterusan sehinggalah jumaat ini. Bukan apa ,ramai yang akan menyembelih lembu untuk berqurban sempena idil adha.
Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)
"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)
Ahad, 15 November 2009
Tahniah Buat Adinda-adinda...
Jumaat, 13 November 2009
Semoga panjang umur, murah rezeki
Rabu, 28 Oktober 2009
Selamat Menjalani Peperiksaan STPM Dan SPM
Pada masa yang sama, saya selalu tertekan dengan pelajar 6 Bawah. Style kuliah dan tutorial yang dilaksanakan belum lagi dapat diterima oleh saya. Mungkin suasana, kelas, persekitaran yang tidak kondusif. Lebih-lebih lagi persediaan yang kurang dari saya. Menjadi tenaga pengajar bagi tingkatan 6 sedikit penat. Maklumlah mengajar 'budak tua'. Sedikit sebanyak mereka telah matang dari pelbagai segi. Memberi impak kepada saya.
Apa-apapun, selamat menempuh peperiksaan STPM bagi pelajar-pelajarku. Semoga berjaya menjejaki ke IPTA. Begitu juga kepada calon SPM.
Jumaat, 9 Oktober 2009
Kursus Edu Web
Rabu, 7 Oktober 2009
Tingkatan Enam Oh Tingkatan Enam..
Catatan ini tidak menyentuh mana-mana pihak. Cuma mengeluarkan apa yang tersurat dan ketidak puasan hati saya sahaja sebagai salah seorang tenaga pengajar Tingkatan Enam.Itu saja.
Isnin, 21 September 2009
Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal
Ibnu Rojab rahimahullah menyebutkan beberapa faedah di antaranya:
Berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan akan menyempurnakan ganjaran berpuasa setahun penuh.
Puasa Syawal dan puasa Sya’ban seperti halnya shalat rawatib qobliyah dan ba’diyah. Amalan sunnah seperti ini akan menyempurnakan kekurangan dan cacat yang ada dalam amalan wajib. Setiap orang pasti memiliki kekurangan dalam amalan wajib. Amalan sunnah inilah yang nanti akan menyempurnakannya.
Membiasakan berpuasa setelah puasa Ramadhan adalah tanda diterimanya amalan puasa Ramadhan. Karena Allah Ta’ala jika menerima amalan hamba, maka Dia akan memberi taufik pada amalan sholih selanjutnya. Sebagaimana sebagian salaf mengatakan, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan selanjutnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula orang yang melaksanakan kebaikan lalu dilanjutkan dengan melakukan kejelekan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan.”
Karena Allah telah memberi taufik dan menolong kita untuk melaksanakan puasa Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu, maka hendaklah kita mensyukuri hal ini dengan melaksanakan puasa setelah Ramadhan. Sebagaimana para salaf dahulu, setelah malam harinya melaksanakan shalat malam, di siang harinya mereka berpuasa sebagai rasa syukur pada Allah atas taufik yang diberikan. (Disarikan dari Latho’if Al Ma’arif, 244, Asy Syamilah)
Sungguh sangat beruntung sekali jika kita dapat melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal. Ini sungguh keutamaan yang luar biasa, saudaraku. Marilah kita melaksanakan puasa tersebut demi mengharapkan rahmat dan ampunan Allah.
Ahad, 13 September 2009
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Ramadan akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi. Sempena Sayawal yang akan menjelma, saya mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat semua kaum kerabat, kawan sejawat dan semua yang mengenali diri ini. Terutama buat Kak Fariza, Abg.Nd sekeluarga, Adinda Hamilah, Termizi sekeluarga, Jam, Amir sekeluarga, Rah,Din sekeluarga, Bi,Zul,Humayraa, Asruf, Ina sekeluargaNur, Jamal dan Amin, Uzaini & Ju, Auzan dan Abdul Muqit. Paling istimewa buat ma tersayang.
Tak lupa juga buat kawan-kawan di SMA Maarif.
Kian berlabuh tirai Ramadan,lambaian Syawal kian dinanti, luhur hati ikhlas amin, semoga segala ibdat Allah berkati. Selamat Hari Raya, maaf zahir batin.
Jumaat, 28 Ogos 2009
Lailatul Qadar
Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama’ untuk mencari Malam Lailatul Qadar.
Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:
1) Ahad atau Rabu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 29 Ramadhan
2) Isnin – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 21 Ramadhan3) Selasa atau Jumaat – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 27 Ramadhan
4) Khamis – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 25 Ramadhan
5) Sabtu – Malam Lailatul Qadar berlaku pada malam 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malamqadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!
Tanda malam Qadar ialah :
1) Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;2) Siangnya cahaya matahari warnanya pucat;3) Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI – 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.
Rabu, 26 Ogos 2009
Sembang-Sembang Ramadan
Ahad, 23 Ogos 2009
Kelebihan Solat Terawih
Jumaat, 21 Ogos 2009
Rabu, 19 Ogos 2009
Ahad, 16 Ogos 2009
Salam Penghujung Syaaban
Hujung minggu ini, aku akan bersih dapur. Itu janjiku. Surat khabar lama yang terperap menggunung di hujung kiri dapur akan ku bakar. Plastik 'rokrat' yang bersepah akanku buang. Debu-debu yang ada disetiap penjuru akanku sapu. Itu janjiku. Janji minggu dulu yang tidak terlaksana. InsyaAllah bila persekitaran bersih, kita sambut ramadhan dengan penuh keberkatan.
Hari Sabtu (kelmarin) aku terkecewa juga untuk beraksi di arena pingpong tidak kesampaian. Ini kerana aku terpaksa ke Kuantan mengambil anakku Iqah. Sekolahnya cuti mengejut kerana H1N1. Lega juga kerana anak-anak ada bersama.
Kesempatan ini juga saya sekeluarga mengucapkan takziah kepada adik iparku ustaz Jamaliza di atas kembalinya kakak iparnya ke rahmatullah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin.
Isnin, 10 Ogos 2009
Puisi Indahku Sempena Ramadan
Puisi IndahkuKubacakan bait-bait puisi indahuntuk membujukmuagar menghalalkan segala dosaku padamu :“Sebentar lagi taman puasa akan datangdihiasi bunga-bunga kebajikandilindungi hamparan rumput sedekahdisejukkan kolam ringan tangan pada sesamaSiangnya dihangatkan indahnya matahari menahan nafsuMalam harinya diterangi rembulan sholat malamBukankah hidup terasa begitu indah di raja segala bulan?”
Selasa, 4 Ogos 2009
Nisfu Syaaban
Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.
Malam 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban adalah satu malam yang sunat dirayakan dalam syariat Islam kerana ia merupakan malam yang paling mustajab dan penuh rahmat.
Malam nisfu Syaaban ini sayugialah kita hidupkan dengan membaca Surah Yaasiin tiga kali selepas sembahyan fardhu Maghrib. Dan setiap kali lepas membaca Yaasiin akan dibaca doa. Pada bacaan Yaasiin pertama diniatkan dengan memohon panjang umur, pada bacaan kali kedua diniatkan dengan memohon agar dijauhkan dari bala dan pada bacaan ketiga diniatkan memohon murah rezeki yang halal. Cara lain ialah menghidupkan malam nisfu Syaaban dengan berhimpun membaca zikir dan Al Quran.
Doa Malam Nisfu Syaaban
Ertinya : Allahumma Ya Allah Ya Tuhan yang empunya kurniaan, dan tiada siapa mengurniakan kepada-Nya, ya Tuhan yang empunya kemuliaan dan kebesaran, ya Tuhan yang empunya kurniaan, tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya dalam wujud ini melainkan Tuhan hamba sahaja, tempat sandaran hamba-hamba Tuhan yang memohon perlindungan, dan tempat perlindungan hamba-hamba Tuhan, yang mohon keselamatan, dan tempat keselamatan hamba-hamba Tuhan yang di dalam ketakutan. Kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz, akan seorang yang celaka, maka hamba mohon akan hapuskan daripada hamba nama kecelakaan itu, dan mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba akan seorang yang berbahagia. Dan kiranya Tuhan hamba telah ada menulis akan hamba di sisi Tuhan hamba dalam Loh Mahfudz akan seorang yang ditegah dari kebajikan, dan seorang yang disempitkan rezeki hamba, maka hamba mohon hapuskan tegahan itu daripada hamba, dan mudahkan rezeki hamba, dan hamba mohon tetapkan hamba di sisi Tuhan hamba, akan seorang yang berbahagia dan seorang yang ditaufikkan dengan kebajikan kerana bahawasanya Tuhan hamba telah berfirman dalam kitab yang telah Tuhan hamba turunkan (Al Quran) maksudnya : “Allah Taala menghapuskan apa yang Dia hendak hapuskan, dan Dia tetapkan apa yang Dia hendak tetapkan dalam suatu kitab dan di sisinya Loh Mahfudz.”
Jumaat, 24 Julai 2009
Pejam Celik-Pejam Celik Dah Bulan Syaaban
1. Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa RAsulullah SAW lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
2. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW.
Sabda Rasulullah SAW : "Barangsiapa yang mengagunkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
3. Bertaubat
Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata : Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."
Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Isnin, 15 Jun 2009
Alahai Nasib Badan....
Masa SSB dulu, saya tidak berkesempatan untuk merasa pergerakan gaji secara melintang dan menegak. Mendatarpun mendatar titik. Tak mengapalah. Dah nasib badan...
Kisah 2
Sekarang zaman SSM. Orang lain dah lama merasa DG 44. Malah dapat pulak kenaikan gaji sebab lulus PTK 4-4. Saya? Dah nasib badan. 3 kali ambil peperiksaan, baru lulus. Nak buat macamana? tak cerdik mana...
Kisah 3
Masa orang duk sibuk-sibuk isi borang untuk kenaikan pangkat bagi guru-guru yang mengajar tingkatan 6(Fasa 1 ), sekolah saya tidak tersenarai dalam kelayakan. Masa tu sekolah agama Negeri. Sekarang SABK. Bayangkan saya mengajar tingkatan 6 dari tahun 1991 (semasa menjadi guru sandaran). Kemudian saya posting tahun 1993. Tahun 1994 sehinggalah sekarang tahun 2009 saya mengajar tingkatan 6. Apa yang dapat? Tidak bernasib baik. Ada yang bernasib baik, baru mengajar 2-3 hari tingkatan 6, dah dapat gred dg 48. Dah nasib badan....
Luahan saya hanya saja-saja. Mengisi masa lapang. Tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekadar untuk menghidupkan blog ini..
Jumaat, 5 Jun 2009
Fatimah Humayraa Cucunda Ke 30
Selasa, 2 Jun 2009
Rabu, 13 Mei 2009
Oh Ibu Oh Guru
Guru adalah ibu pengasuh budiman Siapalah daku tanpa dirimu
Guru adalah ratu lebah Walaupun sering memarahiku
Lalu memujuk membelai kelopak Daku tidak pernah kecewa
cerita kasih sayang Kata-katamu bak mutiara
lilinnya berbunga sinar cahaya Kerana ku tahu disebalik kata-katamu
mendung berbunga penawar jiwa Kupasti setiap nasihat itu adalah utk kebaikan
Guru adalah penyu pengasih Mengajarku erti sebuah kehidupan
lalu menabur bunga telur Sempena hari ibu
baktinya segar mewangi Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
sepanjang pantai zaman Agar dipanjangkan umur
(sedutan dari JM Aziz) (Nukilan Sulaiman)
Sempena hari ibu, untuk bonda hasmah, semoga sejahtera, bahagia selalu, selamat dunia akhirat. Sempena hari guru, selamat hari guru buat semua guru. Jasamu guru..terlalu banyak untuk dihitung, terlalu tinggi untuk diukur, terlalu melaut untuk disukat, terlalu berharga untuk dinilai, terlalu mulia untuk dikenang, biar apapun budimu..SELAMAT HARI GURU untuk cikgu Affendi, cg Fariza Nurbaya, ustazah Hamilah, Ustaz Termizi, ustz Insijam, ust. Amirizal, cg Nasirah, cg Zainul Abidin, ustzh Rabihah, cg Nur Aini, cg/ust.Jamaliza, cg Auzan, En Asruf , cg Pazrina, cg Fauziah Hanim, ust. Abdullah, cg Rohani ,istimewa cg Wan Abdullah serta semua guru di SABK Maarif..
Isnin, 4 Mei 2009
Kawan Sejati....
Sabtu, 25 April 2009
Petua- Petui, Semakin Tua Semakin Berisi....
Jumaat, 17 April 2009
Blog Sepi, Bloggers Menyepi.....
Saya akur, tuan punya blog Laman Motivasi Guru berhambat dengan masa saban hari. Berhambat dengan pelajar setiap ketika. Perlantikan HEM sebagai amanah yang tidak akan dialpa. Begitu juga dengan Laman Kaktus Cikgu Za tentang isu PPSMI yang menjadi tajuk akhir paparan blognya, sudah hafal peminat blognya membaca setiap patah kata bicara. Adakah isu ini akan berakhir dengan berakhirnya era Datuk Hishamuddin? Kita tak tahu. Lihat dan tunggu.
Blog Sedetik Masa Sejentik Rasapun dah menyepi dengan "PTK datang lagi". Tuan punya blog ini seorang yang kreatif, inovatif dan berpandangan jauh. Mungkin juga masa yang sedetik tidak sempat dirasa.
Blog kawanku, Anak Dagang Di Rantau Orangpun dah lama menyepi. Sekalung tahniah buat cikgu Fauziah Hanim di atas kecemerlangan Kertas Prinsip Akaun dalam SPM 2008. Terbaik Daerah, terbaik di sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Mungkin juga pencapaian terbaik di Terengganu. Kesungguhannya mendidik anak-anak didik menjadi inspirasi kepada sebahagian guru-guru di sekolah. Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar SPM 2008 di SMA Maarif kerana pencapaian terbaik dalam SPM Daerah (tempat ke 4) dan tempat ke 2(JHEAT).
Isnin, 6 April 2009
Sembang-Sembang Petang..
Selesai bermain dan berlawan ala kadar, kami memetik 2 biji kelapa wangi muda yang sentiasa berbuah hasil air tangan peninggalan aruah papa. Seperti biasalah, aku yang petik dan kopek, adinda Lah membancuh air gula. Sambil minum, kita sembang-sembang di bawah pokok belimbing. Banyak hal yang menjadi topik..
Jumaat, 13 Mac 2009
Cuti Pertengahan Penggal Satu
Di kesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jejaka Melayu Terakhir Muhammad Uzaini dan isteri Julaikha. Semoga berbahagia, selamat dunia akhirat dan kekal sehingga ke akhir hayat.
Khamis, 5 Mac 2009
Syukran ala adami at tadkhiin
Isnin, 23 Februari 2009
Alahai.....
Sebenarnya, tujuan utama kami bermain selain suka-suka, ia boleh mengeluarkan peluh, hilangkan tension, eratkan hubungan kekeluargaan dan paling penting dapat mencairkan lemak-lemak yang terkumpul dan pejal. "sedap makan, selera sokmo, takut gemuk" perkataan yang selalu meniti dibibir....Alahai! bosan. jemu, letih memikirkannya!. Apa nak jadi, jadilah !!!!!
Sabtu, 21 Februari 2009
Orang Yang Banyak Bercakap Akan Banyak Kesalahannya
"Siapa yang banyak ketawa, maka sedikit hormat orang kepadanya.
Siapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga dipandang rendah oleh orang lain.
Siapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak bercakap, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.
Siapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya. dan.....
Siapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya."
Ahad, 15 Februari 2009
Kuah tidak tumpah ke nasi.....
Sabtu, 7 Februari 2009
Tak Mesra Pelanggan....
Seingat-ingat akulah, ini kali ke dua aku ke wad tersebut . Kali pertama, masa aku keguguran dan tumpah darah pada tahun 1999. Kali ini (petang khamis baru-baru ni) , membawa Awa yang demam panas dan pengsan secara tiba-tiba.
Semasa menunggu rawatan, aku meninjau-ninjau dan memerhatikan setiap sudut, nak tengok dan nak baca hal-hal kepentingan pelanggan atau apa-apa saja. Memang ada banyak , antaranya Piagam Pelanggan yang di letak di sudut kaunter tersebut. "Mesra Pelanggan" terletak betul-betul di hadapan pekerja tersebut..
Piagam Pelanggan ialah satu komitment bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran/perkhidmatannya kepada pelanggan. Piagam ini merupakan jaminan jabatan/ agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.( Perkhidmatan yang berkualiti, cepat, cekap dan memenuhi kehendak pelanggan)
Persoalannya, sejauhmanakah keikhlasan pekerja itu dalam merealisasikan hasrat kementerian tersebut.
Rabu, 4 Februari 2009
Lu Pikirlah Sendiri.......
Memang benar, akulah orang paling lama berada di sekolah itu. Bermula tahun 1980(Tingkatan 1) sehinggalah tingkatan 6 (1986). Masuk Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 1987-1991. Pohon sebagai guru sandaran tidak terlatih dengan JHEAT. Di tempatkan di sekolah ini. Sekolah yang banyak berjasa kepadaku. Tahun 1992, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini untuk mendapatkan KPLI di MPI Bangi. Tahun 1993, tidak disangka-sangka ditempatkan lagi di Sekolah ini sehinggalah sekarang. Bermakna campur tolak, hampir 30 tahun . Setia. Dari umur belasan tahun (13 tahun) hingga dah nak senja.
Nak buat macamana? Jarak dari rumah dengan sekolah tidak sampaipun 5 minit. Nak hantar dan ambil anak, tidak menjadi masalah. Apa naklagi?Sori banyak-banyak adindalah. 'Perkiraan' kita terpaksa ditangguhkan dulu....Nak fikir dulu. Lu fikirlah !! hehe
Ahad, 1 Februari 2009
Apa Yang Mahu di"Ngomong "Ya??
Nak 'ngomong' tentang blog? Saya bukanlah orang yang arif. Hanya tahu Sign in, View blog, New post, Edit post, Save dan Publish Post. Itu saja.
Nak ulas tentang bahasa? tentang nasib PPSMI? Tak tahu nak ulas macamana. Lagipun banyak ulasan yang telah dibuat dalam blog cikgu za. layarilah http://cikguza.blogspot.com/
Nak 'ngomong' hal politik ? Bukanlah pakar politik. Cuma berminat juga mengetahui senario politik masa kini, 'Politik Wang' yang sentiasa menjadi isu semasa dalam media massa.
Jumaat, 30 Januari 2009
Mantap atau Mantop?
Khamis, 29 Januari 2009
Sekadar Bicara Jumaat 3 Safar 1430
Isnin, 26 Januari 2009
Blog Oh Blog
i- Blog atau internet ialah aset penting bagi menyampaikan maklumat yang pantas dan menjadi pra syarat bagi keupayaan negara bersaing dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Blog jangan dimusuhi dan jangan pula disalahgunakan.
ii- Penulis blog mestilah bersikap jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menafsir sesuatu maklumat.
iii- Menjadi bloggers memerlukan disiplin yang tinggai, perlu beretika menulis secara berterusan dan tetap, bukan muncul sekali sekala.
iv- Penulis patut menulis sesuatu yang menggalakkan kehidupan yang berakhlak, adil, bebas, selamat, bersih dan beradab.
Bagi saya pula, perasaan ingin menulis sentiasa wujud, tetapi agak terbantut kerana penulisan yang tidakkreatif, bahasa tunggang-langgang, kurang menghiburkan sekadar untuk suka-suka. Paling penting "orang ada blog, kitapun ada blog". Sekurang-kurangnya boleh menghibur hati sendiri.hehehe
Jumaat, 23 Januari 2009
Dulu Lain Sekarang Lain
Masih ku ingat, dulu nak tonton tv amat susah. Adik beradik nak gi rumah orang kaya cikgu Yusof, ayah Azizah masing-masing bertolak-tolak nak minta izin. Itupan hanya 1 kali dalam seminggu . Nak tonton cerita melayu malam Sabtu. Tapi lening? anak-anak kita lebih dari 7 kali sehari tonton tv. Tak kira masa, tak kira cerita.
Dulu, pelajar-pelajar amat hormat, segan, berlemah lembut dengan guru. Tak pernah sedetikpun memperlekehkan guru. Tapi pelajar lening pandai menilai guru best tak best.
Dulu, pergi ke mana sahaja, hutan rimba, bukit bukau ibu bapa tak rungsing dan tak kisah. Tapi sekarang? Ibu bapa menghantar dan menjemput pulang anak-anak dari sekolah di depan pintu pagar sekolah. Bezanya dengan dulu..
Selasa, 20 Januari 2009
Sekadar Hiburan Untuk Mengubat hati lara..
Sabtu, 10 Januari 2009
Apa-Apa Aje.....
Israel di Gaza iaitu kira-kira 1 daripada setiap 3 orang yang terbunuh. Malah semua peringkat usia, rakyat Palestin menderita sengsara akibat kekejaman Israel.
Mungkin juga kesedihan akhir-akhir ini akibat melihat dan memerhatikan gelagat pelajar-pelajar dalam kelas yang ku ajar. Betapa dangkalnya pemikiran mereka. Belum matang dalam memikirkan soal-soal kehidupan. Soal-soal masa depan yang mencabar. Masih lagi dibuai mimpi, leka, tidak serius dalam belajar. Sedih bila terbayang keringat ibu bapa mereka membanting tulang bekerja membesarkan mereka. Rata-rata kebanyakkan ibu bapa adalah petani. Wahai pelajar 5 Arif! sedarlah, insaflah! Cubalah serius dalam belajar hanya untuk beberapa bulan sahaja. InsyaAllah, masih belum terlambat mengejar kejayaan..
Khamis, 8 Januari 2009
Luahan Rasa Secubit Suka..
Khamis, 1 Januari 2009
Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Tahun 2009
Pejam celik-pejam celik, tahun 2009 telah membuka tirai. Cepatnya masa berlalu. Kemunculan tahun baru seharusnya menjentik minda kita memikirkan atau bermuhasabah diri apa yang telah kita lakukan. Adakah amalan kita bertambah? Adakah kita telah menggalas tanggungjawab dengan amanah? Adakah sebagai seorang guru atau apa-apa kerja sekalipun, kita betul-betul tidak amalkan rasuah masa? Apa yang pasti bagi saya,amalan seperti biasa, tidak berlebih berkurang. Pastinya yang jelas nampak bertambah ialah umur dan berat badan. Dari 50 kg,jadi 70 kg..
Kalam Bicara Cahaya Purnama kembali memeriahkan dunia blog, setelah lama 'mendiamkan' diri. Rindu pada semua tidak terkata. Selamat Tahun Baru buat Abg Endy,kak za, adik Lah, Mizi, Jam, Amir, Rah, Din, Bi, Zul,Yoh, Ina,Nur,Jamal, Uzaini, Auzan,Pak Kit dan untuk Mama tersayang....juga buat kak zie sekeluarga, rakan-rakan guru si SABK Maarif( Cikgu Ani,Nora,Tini dll)