Jumaat, 17 April 2009

Blog Sepi, Bloggers Menyepi.....

Saya rasa terpanggil memandangkan bloggers masing-masing sepi dan menyepi. Mungkin kerana kekangan masa. Mungkin juga sudah berpuashati dengan tahu membuat blog. Kalau begitulah keadaannya, kita bukanlah seorang bloggers yang bertanggungjawab. Cuba baca paparan saya melalui Blog Oh Blog.

Saya akur, tuan punya blog Laman Motivasi Guru berhambat dengan masa saban hari. Berhambat dengan pelajar setiap ketika. Perlantikan HEM sebagai amanah yang tidak akan dialpa. Begitu juga dengan Laman Kaktus Cikgu Za tentang isu PPSMI yang menjadi tajuk akhir paparan blognya, sudah hafal peminat blognya membaca setiap patah kata bicara. Adakah isu ini akan berakhir dengan berakhirnya era Datuk Hishamuddin? Kita tak tahu. Lihat dan tunggu.

Blog Sedetik Masa Sejentik Rasapun dah menyepi dengan "PTK datang lagi". Tuan punya blog ini seorang yang kreatif, inovatif dan berpandangan jauh. Mungkin juga masa yang sedetik tidak sempat dirasa.

Blog kawanku, Anak Dagang Di Rantau Orangpun dah lama menyepi. Sekalung tahniah buat cikgu Fauziah Hanim di atas kecemerlangan Kertas Prinsip Akaun dalam SPM 2008. Terbaik Daerah, terbaik di sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Mungkin juga pencapaian terbaik di Terengganu. Kesungguhannya mendidik anak-anak didik menjadi inspirasi kepada sebahagian guru-guru di sekolah. Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar SPM 2008 di SMA Maarif kerana pencapaian terbaik dalam SPM Daerah (tempat ke 4) dan tempat ke 2(JHEAT).

1 ulasan:

Hamilah berkata...

Kanda Jay....blogger tak larat doh nak nulis banyak-banyak...