Sabtu, 27 September 2008

Salam Raya buat bonda....

Selamat Hari Raya buat Ma di bumi Anbia'

"Isteri yang diam ketika suami sedang marah
akan menyelamatkan rumahtangganya"
SMS dari aruah papa masih tersimpan dalam handset murah ini
Ma, kenangan bersama aruah tidak akan terpadam

1 Syawal bakal menjelang
Tidak sabar menanti akan kepulangan
Rindu dendam akan terlerai
Anak cucu menunggu penuh ceria
Sebulan ketiadaan semacam setahun
Kasih sayangmu seluas lautan
Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan
Bukan juga apa yang dihebah-hebahkan
Tetapi pengorbanan tanpa diketahui.....
Salam Aidil Fitri.....






Isnin, 22 September 2008

Kenangan semasa di Muzium Mekah



Sedetik Masa Dahulu.....

Maaf kupinta adinda Lah kerana mengambil dan mencedok tajuk dari adinda "Sedetik Masa Dahulu..". Sedetik masa dahulu,sebelum ke Masjid untuk menunaikan solat Hari Raya,kita tidak akan berangkat selagi belum mencapai dan mencium tangan serta memohon maaf dari pa dan ma. Berbaris mengikut peringkat umar kelahiran. Didahului dengan kekanda Za,umijay,adinda Lah,Jam, Rah, Bi, Yoh, Zening, Auzan dan Pok Qit.

Sedetik Masa dahulu, aruah banyak mengajar anak-anak. Antaranya,setiap kali Raya kita adik beradik disuruh 'meround' sebutir kampung. Bertandang ke rumah jiran tetangga,sanak saudara. Biarlah mereka tidak pernah menginjak kaki ke rumah kita. Kata aruah, tak baik kita berbalas benda yang tak elok..dalam keterpaksaan kita buat juga..

Sedetik Masa dahulu, aruah ajar bila tetamu datang, kenal atau tidak kita mesti bersalam dengan tetamu. Maka berbarislah kita bersalam dengan orang yang datang. aruah dengan bangga memperkenalkan kita seorang demi seorang puteri-puterinya yang cantik. Tetapi al an anak-anak kita,agak sukar untuk bersalam dengan tetamu..perlu disuruh..

Menuju Keredaan Allah

LAILATUL QADAR

Di antara malam-malam Ramadan, terdapat satu malam yang dikenali sebagai lailatulqadar, satu malam yang mempunyai keberkatan yang teramat besar. Dalam al-Qur'an ia dinyatakan sebagai mempunyai keberkatan dan kelebihan rohaniah yang lebih besar daripada seribu bulan. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala menganugerahkan keberkatan, kemuliaan, kerahmatan dan kesejahteraan khususnya kepada umat Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sesungguhnya beruntunglah bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh memperolehi apa yang dianugerahkan Allah pada malam lailatulqadar itu.
Firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 1 - 5 yang maksudnya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Qur'an) pada malam lailatulqadar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui tentang kebesaran malam lailatul qadar itu? Lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"
Sesungguhnya malam lailatulqadar itu penuh dengan janji-janji Allah subhanahu wata'ala kerana sifat rahman dan rahim-Nya yang ditentukan kepada orang-orang beriman yang sanggup dan bersungguh-sungguh menghidupkan malam itu dengan mengerjakan amal ibadah dengan harapan agar dapat menemukan malam yang penuh keberkatan itu. Pada malam itu Allah subhanahu wata'ala akan melipatgandakan pahala amalan hamba-hamba-Nya yang ikhlas mencari keredaan-Nya.
Pada malam tersebut, jika ditakdirkan oleh Allah subhanahu wata'ala ibadah yang dilakukan bertepatan dengan masa lailatulqadar itu, maka pahala yang bakal diperolehi akan berlipat ganda, sehingga ibadah pada malam itu lebih besar pahalanya dari ibadah selama seribu bulan, sebagaimana firman Allah subhanahu wata'ala dalam surah al-Qdar ayat 3 yang bermaksud:
"Malam lailatulqadar itu lebih baik daripada seribu bulan."
Kenapakah malam lailatulqadar itu disifatkan sebagai malam yang lebih baik dari seribu bulan? Allah subhanahu wa- ta'ala menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya dalam surah al-Qdar, ayat 4 - 5 yang maksudnya:
"(Pada malam itu) diturunkan malaikat dan jibrail dengan izin Tuhan. Kerana mereka dapat mengatur setiap pekerjaan, sehingga selamat sejahtera (malam itu) hingga terbit fajar."
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh an-Imam al-Nasa'ie daripada Abu Hurairah radiallahuanhu bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatan. Allah 'Azzawajalla telah mewajibkan ke atas kamu supaya berpuasa padanya. (Pada bulan itu) dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka serta dimasukkan ke dalamnya syaitan-syaitan. Di dalamnya ada satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang tidak diberikan kebaikannya, maka sesungguhnya dia tidak diberikan kebaikan."
Menurut pendapat yang sahih, malam atau masa lailatulqadar ialah pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadan dan ianya berpindah-pindah dan berubah-ubah sebagaimana hadis riwayat al-Imam at-Tirmizi, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah bersabda yang maksudnya:
"Carilah dengan bersungguh-sungguh malam lailatulqadar itu pada hari kesembilan daripada baki (bulan Ramadan), tujuh, lima atau tiga hari malam terakhir (dari bulan Ramadan)."
Dalam sebuah hadis yang lain riwayat al-Imam at-Tirmidzi, dari Sayidatina Aisyah
radiallahuanha katanya yang bermaksud:
"Bahawasanya Rasulullah sallallahu alaihi wasallam berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat pada sepuluh malam yang akhir (dari bulan ramadan), berbanding dengan malam-malam lainnya."
Oleh kerana hadis-hadis tersebut adalah umum, maka lailatulqadar itu tidaklah dapat ditentukan masa atau ketikanya dengan tepat, hanya kita diarahkan supaya mencari saat tersebut dengan memperbanyakkan ibadat pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan.
Dalam sebuah hadis riwayat al-Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah radiallahu- anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam bersabda yang maksudnya:
"Barangsiapa mengerjakan ibadat di malam lailatulqadar kerana imannya kepada Allah dan kerana mengharapkan keredaan-Nya, nescaya diampunkanlah dosanya yang telah lalu."
Hadis ini menunjukkan bahawa ibadat yang dilakukan pada malam lailatul-qadar besar ganjarannya. Oleh yang demikian beruntunglah bagi sesiapa yang menjumpai lailatulqadar itu. Keuntungan yang diperolehinya adalah besar dan tidak ternilai harganya.
Orang-orang yang beramal ibadat pada sepuluh malam yang terakhir dari bulan Ramadan sama ada sedikit ataupun banyak adalah tergolong dalam golongan orang yang berusaha untuk mendapatkan lailatulqadar.


Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah, sehingga kelebihan lailatulqadar itu tetap diberikan kepada sesiapa sahaja yang mengerjakan amal ibadat sekalipun amalan yang dikerjakannya itu hanya sedikit. Oleh kerana keikhlasannya terhadap Allah subhanahu wata'ala, maka pahala dan kelebihan itu tetap diperolehinya. Beramal hanya kerana Allah semata-mata di malam hari itu haruslah juga diteruskan di siang hari. Jadikanlah siang dan malam itu sebagai masa yang diamanahkan untuk beribadat kepada Allah subhanahu wata'ala.

Isnin, 15 September 2008

Sekilas pandang secebis renungan

Tuntutan al-Quran:

Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.
Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya
.

Peringatan:
Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.

Selasa, 9 September 2008


Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri buat abang Affandi sekeluarga,ustaz Tarmizi sekeluarga,Uztaz Amirizal sekeluarga,Cikgu Zainul Abidin sekeluarga,Encik Zulkifli dan uztazah Rabihah,Encik Muhammad Asruf sekeluarga,cikgu/ustaz Jamaliza sekeluarga,Muhammad Uzaini,Muhammad Auzan dan Abdul Muqit..
Tidak lupa juga buat semua rakan-rakan guru di SABK Maarif,Kg.Raja,terutama rakan sebilik, Cikgu Fauziah Hanim sekeluarga,cikgu Hartini,cikgu Wan Noraina,ustazah Hanan,ustazah Suriani ,ustazah Rabiah,ustazah Engku Nor Hasni,cikgu W.Noraini,Maaf jika ada tersalah kata,tersasul bicara..

Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin


Isnin, 8 September 2008

Secebis tazkirah sempena Ramadhan ..

Sebab-sebab doa tidak dikabulkan.

Jawapan Ibrahim Adham (Ahli Tasauf yang masyhur) seperti berikut:
  • Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
  • Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
  • Kamu telah membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.
  • Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah,tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
  • Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
  • Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
  • Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
  • Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.

Isnin, 1 September 2008

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH

Berikut merupakan kelebihan Solat Terawih dari Hari Pertama hingga hari ke tujuh :
1. Kelebihan Solat Tarawih Malam PertamaDiampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
2. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeduaDiampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
3. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetigaPara malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
4. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeempatOrang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
5. Kelebihan Solat Tarawih Malam KelimaAllah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.
6. Kelebihan Solat Tarawih Malam KeenamAllah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.
7. Kelebihan Solat Tarawih Malam KetujuhSeolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.