Jumaat, 24 Disember 2010

Apa-apa saja......



Lamanya saya tidak menulis dan melayari blog. Masa memang banyak, cuma saya ketandusan idea. Sebenarnya banyak benda yg boleh dikongsikan, tetapi bahasa pula rasanya tidak kena.. Semenjak dua menjak ni, saya rasa 'kesedihan' semakin banyak menghantui saya. Saya rasa kesedihan sahaja yang mendatang. Tapi saya reda ujian Allah. Orang lain diuji dengan perkara yang lebih besar. Kita patut bersyukur. Mungkin sesetengah orang merasakan pertukaran saya ke SMA Ittifakiah sesuatu yg enteng. Tapi bagi saya, pengorbanan dan kerja buat saya seolah-olah tidak ada harga. Syukran jazilan buat mudir, kerana mempertikaikan penghijrahan saya kepada JPNT. Sekurang-kurangnya kesedihan dan keterasaan saya sedikit terubat.


Sekali fikir, elok juga saya melakukan penghijrahan ini. Bila lama di satu-satu tempat, prestasi kitapun kadang-kadang mendatar. Elok juga mencari kenalan dan menyambung silaturrahim dengan orang lain pula... Mata pelajaran Syariah 2, akan saya tinggalkan selama-lamanya. Walaupun sayang kerana hampir 20 thun bersama suka duka kertas ini.


Kesedihan semakin parah, apabila keputusan PMR diumumkan. Ada yang mendapat kejayaan cemerlang, malah ada yang kurang cemerlang. Buat anakanda kesayangan, ruang masih ada. SPM penentu segala. Jangan bersedih dan berduka....umi dan abah reda seada...

Rabu, 10 November 2010

Majlis Restu Ilmu STPM 2010




Lamanya saya tidak menjenguk blog saya. Nak kata kesuntukan masa, tidak tepat kerana saya ada pula masa untuk melayari facebook. Ini kerana dengan penangan facebook ini saya dapat berhubung dengan ramai rakan dan taulan yang terputus sekian lama. Berpuluh-puluh tahun. bayangkanlah..Antara kawan yang saya dapat kembali menyambung persahabatan ialah Farizaini teman sebilik semasa saya dalam tahun 3 di Kamsis Dato'Onn, UKM. Kak Zaidah Abu Bakar, selalau mengunjungi bilik saya di Blok A , Kamsis yg sama semasa saya dlm th 1. Sekarang beliau seorang pensyarah di IPG, Sabah. Rohani Mat, kawan sebelah bilik semasa di kamsis Palapes dalam tahun 4. Ramai kawan-kawan semasa saya dlm tg 6 di SMA Maarif, daapat menyambung kembali dan mengimas kembali nostalgia lama. .Terima kasih buat semua termasuklah bekas-bekas pelajar saya bermula dari tahun 1991 di SMA Maarif.Oklah lupakan sebentar tentang fb.


Semalam, 9hb November, Majlis Restu Ilmu STPM dapat direalisasikan dalam suasana yang penuh gemilang. Acara dimulakan dgn bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan saya sebagai pengurus Projek, ucapan PK 6, ucapan guru-guru Mata pelajaran, ucapan Pengetua. Setiap tetamu yg hadir dihadiahkan cenderahati... terima kasih semua kepada yang memberi sokongan. Dalam kemeriahan itu, ada juga terselit duka.. saya kecewa dgn kata-kata seorang guru yang bercakap agak kasar dengan saya. Projek ini bukan projek saya seorang, tetapi melibatkan kumpulan. bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah...lupakanlah!

Sabtu, 2 Oktober 2010


Selamat menempuh peperiksaan PMR buat anakanda tersayang, Wan Nur Ezdiani..semoga berjaya dengan cemerlang. Begitu juga buat Aimann Termiizi...serta semua pelajar PMR di SMA Maarif.

Selasa, 10 Ogos 2010

Salam Ramadan buat semua..Ramadan bulan berkat


Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).


Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Isnin, 19 Julai 2010

Hari Keluarga SMK Nasiruddin Shah

Bersama cikgu Hartini.

Keluarga besar ustazah Azimah


Pada Sabtu yang lepas, saya berpeluang menghadiri hari keluarga SMK Nasiruddin Shah yang dianjurkan oleh Kelab Kite sekolah tersebut. Walaupun acaranya sederhana, tetapi meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan warga. Ada tukang kebun, jaga, kerani, pembantu Am rendah dan guru pelbagai lapisan. Dari guru besar sehinggalah guru kecil....sama-sama menunjukkan kerjasama ..tahniah..
Bukan senang untuk menganjurkan program seperti ini. Ada sebahagian sekolah, kelab warga kurang berperanan. Kurang mendapat sambutan dari pihak bawahan. Tidak ada kesepakatan. Susah untuk diajak berunding. Ada yang kelabnya hanya pada nama.....


Saya ambil kesempatan juga mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa Kelab Warga Maarif yang baru dilantik. Tahniah ustaz Zakaria kerana hampir majoriti warga memilih ustaz sebagai pengerusi. Diharapkan menjadi sinar baru dalam organisasi..

Selasa, 13 Julai 2010

Kenangan Dulu....

Kenangan bersama kawan-kawan dalam pertadingan musabaqah.(dari kiri, saya, Noriah, Wan Zalina, cg Roslan, cg Mohd Noor, Zaiton Harun dan Khairul Bariah (duduk)
Kenangan zaman persekolahan amat indah. Tidak terlahir dengan kata-kata. Saat dan tika itu, apa sahaja pertandingan, pasti dicuba dan diteroka. Kononya u tuk mencari pengalaman. Tapi itu dulu..Sekarang, nak bercakap pada perhimpunan mingguan dhadapan pelajarpun terasa gayat, sedikit gementar, berdebar dan macam-macam perasaan yang datang.... Maknanya, pengalaman dulu tidak boleh diambil kira......

Fadhilat Bulan Syaaban




Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Isnin, 28 Jun 2010

Majlis Penyampaian Sijil dan Hamper

Sebahagian pelajar yg menerima hamper
Bakal siswi tahun depan













bakal siswa tahun depan

Alhamdulillah..saya panjat kesyukuran kepada Allah , saya dapat menyempurnakan majlis penyampaian hadiah yang tidak seberapa. Sedikit sebanyak dapat menghargai kesungguhan pelajar STPM 2009 yang berjaya ke menara gading. Saya cuba upload gambar dalam face book, tetapi tak dapat dan tak reti. Hanya sekeping gambar sahaja yang dapat.. untuk tidak menghampakan pelajar dan guru, saya cuba muat turun dalam blog saya ini....

Selasa, 15 Jun 2010

Bulan Rejab datang lagi...

FADHILAT BULAN REJAB Bulan Rejab kembali lagi. Ia merupakan bulan yang sangat dimuliakan di dalam Islam. Banyak hadis Rasulullah S.A.W. yang telah diriwayatkan oleh para sahabat Baginda mengenai kelebihan bulan Rejab, bulan ketujuh di dalam kalendar Islam. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya dan Ruangan Bimbingan Rohani kali ini menyorot fadhilat bulan Rejab dan beberapa hadis Rasulullah S.A.W. berkenaan dengannya. Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:Antaranya, Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi. Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya. Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka, Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal. Puasa 5 hari - aman dari azab kubur. Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya. Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya. Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya. Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga. Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Khamis, 10 Jun 2010

Leganya........




Leganya....pagi tadi, jam 12.00 tengahari kami sebahagian guru menjalani Peperiksaan PTK untuk kesekian kalinya. Lega....walaupun jawapan saya tidak selega mana. Lega kerana ia telah berakhir (untuk kali inilah). Lega kerana cuti sekolah bagi saya seolah-olah baru bermula dalam erti kata sebenar. Lega, saya dapat merehatkan minda dari memikirkan berkaitan PTK ini. Maklum sajalah, bila umur dah meningkat, pegang sahaja buku PTK (kononnya nak studylah) mata mula kuyu dan terus lelap dibuai mimpi. Tetapi, bila buka sahaja kertas soalan PTK tadi, rasanya tak studypun tak mengapa. Bukan mudah, tetapi apa yang dibaca sikitpun tak keluar. Apa-apapun semuanya boleh jadi.. nak berserah pada Allah sahaja, tidak patut. ...




Jumaat, 28 Mei 2010

Selamat datang ke dunia blog...

Gambar ini diambil ketika akad nikah angoh.



Tahniah adinda Rah kerana berjaya membuat blog dan menjadi salah seorang blogger. Dari kata-kata tersusun rapi, bahasa yang indah menarik hati untuk membaca apa yang terpapar. Sebenarnya, kita dapat meluahkan apa yang tersirat. Sedikit sebanyak dapat juga melatih diri kita menjadi seorang penulis yang berwibawa. Apatah lagi kita adik beradik ada sedikit 'mewarisi' bakat tersebut..

Sabtu, 22 Mei 2010

Sekadar Renungan-Hikmat Ayat Al-Kursi...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT .

Jumaat, 14 Mei 2010

"Guru Pembina Negara Bangsa-Terima Kasih Cikgu"



Itulah tema hari guru pada Tahun ini. "Guru Pembina Negara Bangsa.". Saya bukannya mahu mengulas tentang tema tersebut. Tetapi berkenaan dengan situasi hari guru di sekolah saya. Situasi di bilik guru. Situasi ketika sambutan hari guru diadakan. Saya boleh bayangkan seperti tahun-tahun dulu, 'banyaknya' hadiah yang saya dapat. Lenguh tangan untuk membuka pembalutnya. Penuh 'mongget' kereta.


Begitu juga situasi ketika acara cabutan bertuah. Sememangnya tak bertuah. Kalau dapat hamperpun, pasti yang semua orang dapat. Itupun nama akhir sekali dipanggil. itupun berdebar jugak campur malu. Manalah tahu nama tak tersenarai atau tercicir.. Begitulah kalau jadi guru yang tak berapa popular. Usahlah diharapkan pada calon guru yang dipilih oleh pelajar. Tak masuk senaraipun..

Itu semua tidak menjadi kudis buat saya. Apa yang pasti kita mendidik pelajar penuh ikhlas. Bukan mengharap apa-apa. Selamat Hari Guru buat semua guru. Guru Pembina Negara Bangsa.

Ahad, 2 Mei 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM Kuantan


Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis 3 dalam 1 di MRSM semalam. Penyampaian hadiah, pelancaran PGG dan mesyuarat agung muafakat. Walaupun jauh perjalanan, namun untuk memberi semangat dan motivasi untuk anakku Afiqah, kami pergi jua. Sekurang-kurangnya menampakkan kecaknaan kita. Menampakkan kesungguhan abah umi melihat iqah berjaya dalam SPM dengan cemerlang. Dapat juga memotivasikan Awa yang sedikit bermain dari belajar.....hehehe! Sempat juga saya berjumpa dengan bekas pelajar saya yang mengajar di MRSM kuantan, ustaz Ahmad Syahmi Syazwan.


Terima kasih juga buat adinda Muhammad Asruf dan isteri Ina kerana sudi menerima kehadiran kami untuk menginap di Istana Hinggap mereka.

Isnin, 19 April 2010

Catatan 1(Doa untuk Abg Nd), Catatan 2(Doa Untuk Siti Mariah Mauzud), Catatan 3(Majlis Ikrar Dan Mentor-Mentee STPM 2010)











Catatan 1:
Saya sekeluarga mendoakan agar abg Nd selamat menjalani pembedahan di IJN.. Amin!

Catatan 2:
Kelmarin 18 hb April, saya dan beberapa orang guru melawat Siti Mariah Mauzud yang terlantar sakit SLE di rumahnya. Sayu dan sedih melihat keadaannya. Dalam menahan kesakitan, masih lagi tersenyum menerima kehadiran kami. Sedih melihatnya. Tabah, redha, ikhlas menerima ketetapan Allah terhadapnya. Saya doakan semoga Siti sihat dan sembuh seperti sedia kala..Amin!

Catatan 3:
Al hamdulillah, Majlis Ikrar dan Mentor-Mentee STPM dapat dijalankan. Walaupun majlis yang dirasmikan oleh PKI Tn Haji Mat Zin sederhana, tetapi cukup bermakna buat pelajar.Terima kasih kepada tenaga pengajar STPM 2 010 atas komitment tersebut.






Selasa, 30 Mac 2010

Syukur, Alhamdulillah...(sekadar meluahkan apa yang tersirat)


Syukur, alhamdulillah..berbanyak-banyak kesyukuran saya panjatkan kepada Allah. Peratus kelulusan dan pencapaian kertas Pendidikan syariah Islamiah (Kod 5228) SPM 2009 bagi SMA Maarif, sekali lagi terbaik Daerah Besut untuk kali ke 2. Mungkin kebanyakan orang (dSMA Maarif) tidak menyedarinya. Saya tidak kisah. Sekurang-kurangnya usaha saya, usaha pelajar berbaloi. Kelas malam selama sebulan mungkin menjadi salah satu faktor. Atau mungkin latih- tubi berterusan menjadi penyebab. Atau mungkin Ujian 1,ujian 2, ujian 3 sehingga u jian10 yang sentiasa diamalkan menjadi pencetusnya.

Terima kasih dan tahniah buat rakan yang mengajar, ustazah Syaripah kerana selalu mengiakan tindakan saya, tidak pernah menolak apa saja usaha yang dilakukan. Saya sedikit terkilan, dalam Post Mortem SPM baru-baru ini. Saya tidak kisah tidak diberi peluang untuk bercakap (wakil guru dalam setiap mata pelajaran lain bercakap), tetapi sekurang-kurangnya pentadbir cubalah menilik sedikit pencapaian PSI.

SMA Maarif dapat mengatasi SMKA Nurul Ittifaq dan SMKA Wataniah dalam PSI. Manakala di Peringkat Sek.Men.Agama Negeri Terengganu masih menjadi tempat k e-2 selepas SMASZA.

Walaupun 'orang' tidak nampak, tidak mengapa. Ia tidak sedikitpun melunturkan semangat saya untuk terus mengajar dan mengajar agar setanding dengan sekolah-sekolah yang terpilih. Amin!!!

Khamis, 25 Mac 2010

Jangan Meneka Dalam Kesamaran


Seperti kelaziman dan kebiasaan, setiap petang aku dan dinda Lah akan ke rumah ma untuk berlawan pingpong.Kadang-kadang aku menang, kebanyakkannya dialah yang menang. Tak apalah, memang aku sengaja mengalahkan diri. Kalau aku yang selalu menang, akibatnya lingkuplah meja pingpong diterbalikkan....hehehe..(gurau aje..)

Petang kelmarin, semasa aku bergandingan bahu dengan dinda Lah untuk ke gelanggang pingpong, datang seseorang ke rumah ma. Seperti biasalah, aku yang pertama akan cam. "Mak cik Esah!!!" terpancul dari mulutku seolah-olah terlalu biasa dan terlalu kenal. "Bukan Mak cik Esahlah, ni makcik Timah!!" katanya dengan suara garau yang sedikit garang. Aku dan dinda Lah segera memintanya naik ke rumah dan kami terus bergegas lari sambil menahan perut.

Mak cik Timah bukan orang lain . Dia adalah sepupu dengan aruah pa. Tapi tak heranlah, kalau sepupu sepapat aruah kita tak berapa kenal. Adik aruah sendiripun kita kenal dalam kesamaran.(seperti diceritakan oleh dinda Lah dalam blognya). Aku nak catatkan perbezaan antara aruah Pa dengan sepupunya mak cik Timah terlalu banyak perbezaan. Bukan seperti perbandingan yang dibuat oleh adinda Lah terhadap aruah dan adiknya. Antara yang paling ketara ialah, aruah lelaki, mak cik timah perempuan..

Saya mengambil kesempatan juga di sini, mengucapkan tahniah kepada cikgu Fauziah Hanim. Kerana, 1- Dilantik sebagai Guru Kanan. 2- Penerima Anugerah Perkhid.Cemerlang Tahun 2009.3- Prinsip Akaun, tetap unggul terbaik daerah...Tahniah, anda yang terlayak...

Rabu, 10 Mac 2010

Lawatan Ke Medan, Indonesia



Alhamdulillah, setelah menyepi seketika,Kalam Bicara Cahaya Purnama kembali memeriahkan dunia blog. Walaupun catatannya tidak seindah cahaya Bulan. Walaupun kata-katanya tidak seindah bahasa . Apa yang penting, apa yang tersirat di sudut hati dapat dikeluarkan. Terima kasih kepada warga SMK Putra kerana membenarkan hamba ini mengikut serta rombongan ke Medan. Bermacam gelagat, kata-kata humor menjadi teman sepanjang perjalanan. Di sana, pengalaman indah menaiki motor becak tidak akan dilupa. Kagum juga dengan kegigihan pemandunya meraih hasil dalam kesibukan . Dengan hanya membayar 10 Rupiah, kami dapat sampai ke Pasar Ikan.Kebanyakan kedai hanya menjual telekung sembahyang. "Makcik makcik!, datin datin ! mahu berbelanja ya" itulah kata-kata peniaga. Mereka ingat kita suka dipanggil makcik dan datin. Panggilan makcik di tempat kita biasanya untuk golongan 'berumur '. Mana mungkin kita dipanggil begitu ? hehehe..kata seorang ustaz, yang turut serta dalam lawatan itu, panggil saja 'kakek'! jangan panggil makcik!. Sedangkan kakek itu lebih tua dari makcik. Apa-apapun, kita dapat pengalaman dan kenangan dari rombongan itu.

Gambar-gambar Danau Toba yang menjadi hiasan dan paparan di blog ini hanya dipetik dari internet.

Jumaat, 5 Februari 2010

Nostalgia Lama Masih Dalam Memori...


Beginilah kami masa kecil-kecil dulu. Masa mengaji Quran masa yang paling mendebarkan. Walaubagaimanapun, inilah permulaan kami mengenal alif. ba dan ta. Aruah pa sendiri yang mengajarnya yang tidak lekang memegang rotan. Dari kiri adinda Lah, tengah saya sendiri dan kekanda Za..

Rabu, 3 Februari 2010

Jangan Berkata 'Kalaulah'.....

Hadis sahih Muslim, daripada Abu hurairah r.a, katanya Rasulullah s.a.w bersabda :

Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan dikasihi Allah daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat); dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata " Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu"; akan tetapi katakanlah " Taqdir Allah, dan Allah berbuat sekehendakNya". Sesungguhnya perkataan "kalaulah" hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

Rabu, 20 Januari 2010

Majlis 'Miftahul Ilmi'




Lamanya saya tak up date my blog. Sibuk katakan! atau mungkin saya buat-buat sibuk. Lega rasanya, projek pertama STPM, 'Majlis Miftahul Ilmi selesai. Walaupun majlisnya sederhana dan tidak seberapa, tetapi amat bermakna sebagai pencetus semangat para pelajar. Terima kasih kepada guru-guru yang menunjukkan komitment.Sesungguhnya sokongan yang padu daripada guru-guru amat diperlukan dalam menjayakan misi dan visi Projek mencapai matlamatnya.InsyaAllah!.