Isnin, 17 September 2012

Selamat Menunaikan Haji Buat Tetamu Allah..

Salam 1 Zulkaedah buat semua pengunjung blog ini. Tahniah buat jemaah haji yang terpilih dan menjadi tetamu Allah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana memilihkan kita diantara umat yang lain. Apa hikmah yang dapat kita ambil dari menunaikan ibadah Haji 1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT Tuhan semesta alam. 2. Dari sudut kemasyarakatan, ibadah haji merupakan perhimpunan antarabangsa umat Islam dan mereka berada dalam satu tempat dalam satu masa dengan menghayati satu visi dan misi. 3. Ibadat haji mendidik manusia bahawa manusia itu sama, tidak ada perbezaan taraf, darjat berasaskan bangsa dan warna kulit, kekayaan dan sempadan geografi. Semuanya sama, ianya dijelmakan melalui pakaian ihram. 4. Ibadah haji juga merupakan suatu perghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia. Daripada perhimpunan ini menggambarkan bahawa wujudnya kesatuan manusia hanya dapat dirialisasikan dengan satu aqidah dan satu syariat. 5. Ibadah haji dapat membentuk keperibadian muslim dengan akhlak dan disiplin yang baik. Segala perintah dan larangan semasa ihram dipatuhi untuk mendapat haji yang mabrur. 6. Dari aspek spiritual manusia, ibadah haji menyuburkan keimanan dan ketakwaan. Ia mendidik dan memupuk spiritual seseorang agar mentauhid dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata. Dalam masa yang sama menolak untuk tunduk selain Allah. Perkara sebegini terpancar Jelas melalui ucapan-ucapan talbiah, doa dan zikir yang diucap oleh para jamaah haji ketika menunaikan ibadah tersebut. 7. Kita sebagai umat Islam boleh melihat sendiri Baitullah dan beribadah di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah SAW

Ahad, 9 September 2012

Sekadar Renungan 22 Syawal (Ahad 9 Sept)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". Nabi s.a.w. bersabda, "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik". Sejahat jahat musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau". Balaslah jasa orang. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya". Amalan Islam terbaik. Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab, "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Selasa, 4 September 2012

Musim Peperiksaan bakal menjelma...

Puasa sudah, rayapun sudah..puasa 6 pun masih tinggal saki baki bagi yang belum tertunai masih sempat lagi menunaikannya. Sekarang ini, pelajar PMR hanya tinggal lebih kurang 30 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Semoga anakanda Wan Nur Hazwani dapat menjawab dengan baik, dianugerahi kesihatan yang baik,dan Allah permudahkan segala urusan. Begitu juga buat anakanda Wan Nur Ezdiani..PMR yang berlalu 2 tahun dulu, diharapkan menjadi pedoman untuk kejayaan akan datang. Usaha,doa, tawakal kepada Allah. Bagi anakanda Wan Nurafiqah, selamat belajar di negara orang. Jaga diri, jaga pemakanan, jaga halal haram, jaga solat..InsyaAllah, berkat usaha semua, doa, kejayaan dan keberkatan dalam hidup akan diperolehi. Amin!