Rabu, 25 November 2009

Hari Raya Qurban



Setelah seminggu cuaca mendung, hari ini matahari memancarkan cahayanya. Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mengeringkan pakaian, kereta dan apa-apalah yang 'kous' beberapa hari. Alhamdulillah. Agar cahaya indah ini berterusan sehinggalah jumaat ini. Bukan apa ,ramai yang akan menyembelih lembu untuk berqurban sempena idil adha.


Sangat banyak kedapatan hadis Rasulullah s.a.w yang menerangkan fadilat berkorban.
Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)


Selamat Menyambut Hari Raya Idil Adha buat semua..

Ahad, 15 November 2009

Tahniah Buat Adinda-adinda...

Akhirnya, adindaku Bi dapat juga menggenggam segulung ijazah. Tahniah kerana berjaya dalam menempuh cabaran. Berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dengan kepujian yang sedang berlangsung di PWTC. Bakal menyusul nanti adinda Jam dan adinda Rah. Masing-masing bertungkus lumus belajar untuk mendapat ijazah dalam bidang masing-masing. adinda Jam sedang belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi. Manakala adinda Rah mendapatkan ijazah di Universiti Sains Malaysia. Tahniah buat kalian. Walaupun anak berderet, kesungguhan dan komitment yang ditunjuk, boleh diberi pujian.....

Jumaat, 13 November 2009

Semoga panjang umur, murah rezeki

Agak terlewat untuk daku mengucapkan selamat hari jadi buat adindaku Hamilah. Daku doakan semoga panjang umur, murah rezeki , mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat. Sememangnya, kami semua tidak seingat mu. Semua tarikh lahir, no kad pengenalan kaum kerabat dalam kepalamu. Cuba adinda ingat, pernah satu ketika dulu, ada pegawai polis datang ke rumah buat bancian dan perlu no kad pengenalan warga keluarga kita. Tidak menimbulkan masalah, kerana ianya ada dalam kotak memori adinda. Hebat..

MySpace Icons