Isnin, 31 Disember 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013 UNTUK SEMUA...
Esok tahun baru 2013. Cuti persekolahan yang akan melabuhkan tirainya tidak terasa sama sekali. Apa tidaknya, masa cuti banyak masa dihabiskan di sekolah. Pelajar SPM tamat peperiksaan mereka ialah 6 Disember. Begitu juga dengan peperiksaan STPM, kertas Syariah 2 ialah pada 10 Disember. Kemudian disusuli dengan memeriksa kertas PSI 5228/2 dari 7 Disember hinggalah 27 Disember. Padat !29 Disember Mesyuarat Guru kali pertama. Tugasan yg diberi seperti tahun lepas, sebagai pengurus Projek SPM. InsyaAllah, saya akan laksanakan tugas tersebut dengan penuh amanah, ikhlas dan berdedikasi.

Sabtu, 1 Disember 2012

Pertandingan Ping Pong MSKPP Tahun 2012

MSKPP Tahun 2012 Alhamdulillah, pada 22-24 November yg lalu, saya berkesempatan mewakili Daerah dalam MSKPP dalam acara ping pong. Dalam debar dan getar, saya bermain. Bayangkanlah, pertandingan ping pong telah lama saya tinggalkan. Masa muda dahulu. Masa dalam tingkatan 3,4 & 5 dulu. Walaupun saban petang saya bermain, bukan untuk pertadingan tetapi riadah waktu petang. Dalam pertadingan ini, saya menang ke atas pemain dari Marang dan Setiu. Orang yang paling hebat dan juara perseorangan ialah adinda kesayangan saya, hamilah. Oleh kerana kami telah memenangi peringkat ini, akan membawa kami mewakili Terengganu untuk peringkat kebangsaan. Chewah!! hebatnya dengar..

Isnin, 12 November 2012

Peperiksaan SPM 2012 bermula...

Rasanya baru sedetik kita dalam tahun 2012. Rasa baru semalam saya berpindah dan berkhidmat kembali di SMA Maarif, rasa baru sahaja anakanda Iqah ke Russia, rasa baru saja anakanda Ezdiani dlm Ting 5, rasa baru saja anakanda Awa dlm tg 3..rupa-rupanya tahun 2012 telah sampai ke penghujung tahun. Pantasnya masa berlalu. Umur jugak semakin meningkat saban tahun. Walau apa sekalipun, alhamdulillah saya masih bertenaga dan mampu mengajar dan menjalankan tugas-tugas yg diamanahkan dengan baik.Pengurus Projek SPM yg diamanahkan begitu teruja. Apa tidaknya, memimpin 112 orang pelajar dan 25 orang guru sedikit sebanyak menguji kesabaran dan mencabar. Pelbagai karenah anak didik yg perlu ditangani. Saya sedar mereka datang dari pelbagai latar belakang.

Sabtu, 27 Oktober 2012

Korban Aidil Adha 1433H

Korban (27 September 2012) Korban pada tahun ini, sama seperti mana tahun-tahun sebelum ini. Cuma yang bagus dan bauknya, proses penyembelihan, pengagihan daging untuk orang fakir, jiran tetangga tidak mengabil masa lama untuk menyelesaikan. Mungkin dah menjadi biasa bagi kami adik beradik. Jam 1.30 petang, daging singgang dan goreng dah siap dimasak. Tetamu pada hari ini (27 September) 11 Zulhijjah ialah keluarga Ngah Hindun. (Ramzan dan isteri, Ida dan suami serta anak-anak)..Alhamdulillah.. Saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya adil adha kepada rakan sejawat di SMA Maarif, SMA Ittifakiah, Kaum keluarga dan semua yang mengenali dan pelayar blog saya ini..

Isnin, 17 September 2012

Selamat Menunaikan Haji Buat Tetamu Allah..

Salam 1 Zulkaedah buat semua pengunjung blog ini. Tahniah buat jemaah haji yang terpilih dan menjadi tetamu Allah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana memilihkan kita diantara umat yang lain. Apa hikmah yang dapat kita ambil dari menunaikan ibadah Haji 1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT Tuhan semesta alam. 2. Dari sudut kemasyarakatan, ibadah haji merupakan perhimpunan antarabangsa umat Islam dan mereka berada dalam satu tempat dalam satu masa dengan menghayati satu visi dan misi. 3. Ibadat haji mendidik manusia bahawa manusia itu sama, tidak ada perbezaan taraf, darjat berasaskan bangsa dan warna kulit, kekayaan dan sempadan geografi. Semuanya sama, ianya dijelmakan melalui pakaian ihram. 4. Ibadah haji juga merupakan suatu perghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia. Daripada perhimpunan ini menggambarkan bahawa wujudnya kesatuan manusia hanya dapat dirialisasikan dengan satu aqidah dan satu syariat. 5. Ibadah haji dapat membentuk keperibadian muslim dengan akhlak dan disiplin yang baik. Segala perintah dan larangan semasa ihram dipatuhi untuk mendapat haji yang mabrur. 6. Dari aspek spiritual manusia, ibadah haji menyuburkan keimanan dan ketakwaan. Ia mendidik dan memupuk spiritual seseorang agar mentauhid dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata. Dalam masa yang sama menolak untuk tunduk selain Allah. Perkara sebegini terpancar Jelas melalui ucapan-ucapan talbiah, doa dan zikir yang diucap oleh para jamaah haji ketika menunaikan ibadah tersebut. 7. Kita sebagai umat Islam boleh melihat sendiri Baitullah dan beribadah di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah SAW

Ahad, 9 September 2012

Sekadar Renungan 22 Syawal (Ahad 9 Sept)

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Perumpamaan orang mukmin dalam hal saling mencintai.. saling mengasihi dan saling menyayang bagaikan sebuah tubuh. Apabila salah satu anggota tubuh terasa sakit.. maka seluruh tubuh akan merasa sakit.. tidak dapat tidur dan terasa demam". Nabi s.a.w. bersabda, "Jagalah dirimu dari api neraka.. meskipun dengan sedekah separuh dari sebiji kurma..jika tidak dapat.. maka sepatah kata yang baik". Sejahat jahat musuh. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sejahat jahat musuh engkau adalah nafsu yang berada antara dua rusuk engkau". Balaslah jasa orang. Rasulullah s.a.w. bersabda, "Siapa menghulurkan kepadamu suatu kebaktian maka balasilah dia ..jika kamu tiada apa apa balasan ..maka hendaklah kamu doakan kepadanya". Amalan Islam terbaik. Seorang lelaki bertanya,"Manakah amalan Islam yang terbaik??" Nabi s.a.w. menjawab, "Memberikan makanan.. mengucap salam baik kepada orang orang yang dikenal mahupun kepada orang yang tidak dikenal".

Selasa, 4 September 2012

Musim Peperiksaan bakal menjelma...

Puasa sudah, rayapun sudah..puasa 6 pun masih tinggal saki baki bagi yang belum tertunai masih sempat lagi menunaikannya. Sekarang ini, pelajar PMR hanya tinggal lebih kurang 30 hari lagi untuk menghadapi peperiksaan penting ini. Semoga anakanda Wan Nur Hazwani dapat menjawab dengan baik, dianugerahi kesihatan yang baik,dan Allah permudahkan segala urusan. Begitu juga buat anakanda Wan Nur Ezdiani..PMR yang berlalu 2 tahun dulu, diharapkan menjadi pedoman untuk kejayaan akan datang. Usaha,doa, tawakal kepada Allah. Bagi anakanda Wan Nurafiqah, selamat belajar di negara orang. Jaga diri, jaga pemakanan, jaga halal haram, jaga solat..InsyaAllah, berkat usaha semua, doa, kejayaan dan keberkatan dalam hidup akan diperolehi. Amin!

Selasa, 21 Ogos 2012

Salam Aidil Fitri buat semua Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua. Sanak saudara ,adik beradik, rakan-rakan guru dan semua yang melayari blog ini.

Selasa, 7 Ogos 2012

Guru Oh Guru

Guru Oh Guru Guru adalah pekerjaan yang mulia. Saban waktu berhambat dengan masa. Tiada istilah masa rehat . Masa yang tidak ada kelas, masa tulah kita perlu menyiapkan tugasan, kemas kini buku ringkasan, folio, memeriksa buku latihan, menanda kertas dan soalan2 latih tubi. Pada Masa yang sama juga, jika seorang itu ditugaskan menerajui projek2 Kecemerlangan Pelajar, masa rehat itulah perlu membuat tuntutan guru-guru. Tuntutan kelas tambahan, kem2 yang berlangsung, menyiapkan kertas kerja, merangka program2 yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa. Dengan luahan rasa seperti ini, sekurang-kurangnya penat lelah dapat dikurangkan. Menyesal jadi guru? tidak sama sekali. Inilah profesion kita. Kita makan gaji, dapat hasil setiap bulan dari tugas inilah. Mencabar? sememangnya mencabar kredibiliti kadang-kadang. Manakan tidak, pelajar sekarang amat berbeza dengan dulu. Pelajar sekarang pelajar yang celik IT, pelajar yang saban waktu melayari internet. Mengakses maklumat2 terkini. Kita patut bangga kerana menjagi guru.. Selamat berbuka dan menjalani ibadat2 di malamnya.

Ahad, 29 Julai 2012

Ramadan Bulan Keberkatan-Tazkiran ramadan Hadis Riwayat Imam Termizi : Sabda Rasulullah SAW Bermaksud “ Betapa ramainya orang yang berpuasa tetapi tidak dapat apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga sahaja

Isnin, 9 Julai 2012

Mesyuarat Projek SPM kali ke 3

Alhamdulillah, sebagai pengurus projek kecemerlangan SPM bagi tahun 2012, saya amat lega apabila mesyuarat kali ke 3 dapat dilaksanakan pada 5 julai 2012 jam 2.00 petang. Antara lain, membincangkan laporan prestasi pelajar dalam peperiksaan OTI 1 yang lalu. Sasaran dalam semua mata pelajaran masih berdasarkan TOV masih jauh lagi untuk mencapainya. Begitu juga dengan GPS sekolah, masih jauh dari sasaran...

Jumaat, 29 Jun 2012

SYAABAN DATANG LAGI... Pejam celik-pejam celik, ramadan akan menyusul tak lama lagi. Pantasnya masa berlalu. Saban hari dhambat waktu yang tak pernah padam, nak menulis di blogpun sendiripun tidak sempat. Apatah lagi nak menjenguk laman sesawang fb. Kalu dulu seblum wujud fb, sempat jugak pemblogger-pemblogger menulis di blog untuk tatapan peminat blog, tetapi sejak wujudnya fb, minat pemblogger telah beralih arah. Saya terkesan ,kerana sayapun begitu juga. Fenomena menulis di wall masing-masing dalam fb, saya melihat ada kesan positif dan ada kesan negatif. Melalui fb, yang paling ketara positifnya ialah dapat menghubungkan tali silaturrahim antara kawan. Bayangkanlah kawan sesama universiti, sesama sekamsis, sesama kuliah yang telah lama terputus, dapat dihubungkan semula. Baru-baru ini, kawan baik saya yang terputus hubungan dapat disatukan kembali walaupun fbnya tidak begitu aktif. Tahun ini, saya diamanahkan sebagai pengurus projek SPM . Terasa jugak sedikit terbeban. Banyak tugas yg perlu di bereskan. Dalam masa yg sama, pengajaran dan pemelajaran tidak akan diabaikan walaupun sekelumit. Saya tahu itulah tugas utama kita sebagai guru. Waktu senggang, tidak dapat rehat seperti sesetengah yg lain, masih sempat membuka laman sesawang. Masa senggang itulah saya gunakan untuk menyemak buku dan latihan pelajar serta menaip latihan untuk pelajar. Tak kiralah tingkatan 6 Atas atau Ting 5.. Pada Allah, saya berdoa semoga pelajar saya amnya, sabjek saya khasnya(Syariah k2 STPM dan PSI SPM) berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah..