Jumaat, 28 Mei 2010

Selamat datang ke dunia blog...

Gambar ini diambil ketika akad nikah angoh.



Tahniah adinda Rah kerana berjaya membuat blog dan menjadi salah seorang blogger. Dari kata-kata tersusun rapi, bahasa yang indah menarik hati untuk membaca apa yang terpapar. Sebenarnya, kita dapat meluahkan apa yang tersirat. Sedikit sebanyak dapat juga melatih diri kita menjadi seorang penulis yang berwibawa. Apatah lagi kita adik beradik ada sedikit 'mewarisi' bakat tersebut..

Sabtu, 22 Mei 2010

Sekadar Renungan-Hikmat Ayat Al-Kursi...

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.
3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.
4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.
5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.
7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT .

Jumaat, 14 Mei 2010

"Guru Pembina Negara Bangsa-Terima Kasih Cikgu"



Itulah tema hari guru pada Tahun ini. "Guru Pembina Negara Bangsa.". Saya bukannya mahu mengulas tentang tema tersebut. Tetapi berkenaan dengan situasi hari guru di sekolah saya. Situasi di bilik guru. Situasi ketika sambutan hari guru diadakan. Saya boleh bayangkan seperti tahun-tahun dulu, 'banyaknya' hadiah yang saya dapat. Lenguh tangan untuk membuka pembalutnya. Penuh 'mongget' kereta.


Begitu juga situasi ketika acara cabutan bertuah. Sememangnya tak bertuah. Kalau dapat hamperpun, pasti yang semua orang dapat. Itupun nama akhir sekali dipanggil. itupun berdebar jugak campur malu. Manalah tahu nama tak tersenarai atau tercicir.. Begitulah kalau jadi guru yang tak berapa popular. Usahlah diharapkan pada calon guru yang dipilih oleh pelajar. Tak masuk senaraipun..

Itu semua tidak menjadi kudis buat saya. Apa yang pasti kita mendidik pelajar penuh ikhlas. Bukan mengharap apa-apa. Selamat Hari Guru buat semua guru. Guru Pembina Negara Bangsa.

Ahad, 2 Mei 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik MRSM Kuantan


Alhamdulillah, saya berkesempatan menghadiri Majlis 3 dalam 1 di MRSM semalam. Penyampaian hadiah, pelancaran PGG dan mesyuarat agung muafakat. Walaupun jauh perjalanan, namun untuk memberi semangat dan motivasi untuk anakku Afiqah, kami pergi jua. Sekurang-kurangnya menampakkan kecaknaan kita. Menampakkan kesungguhan abah umi melihat iqah berjaya dalam SPM dengan cemerlang. Dapat juga memotivasikan Awa yang sedikit bermain dari belajar.....hehehe! Sempat juga saya berjumpa dengan bekas pelajar saya yang mengajar di MRSM kuantan, ustaz Ahmad Syahmi Syazwan.


Terima kasih juga buat adinda Muhammad Asruf dan isteri Ina kerana sudi menerima kehadiran kami untuk menginap di Istana Hinggap mereka.