Selasa, 21 Ogos 2012

Salam Aidil Fitri buat semua Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua. Sanak saudara ,adik beradik, rakan-rakan guru dan semua yang melayari blog ini.

Selasa, 7 Ogos 2012

Guru Oh Guru

Guru Oh Guru Guru adalah pekerjaan yang mulia. Saban waktu berhambat dengan masa. Tiada istilah masa rehat . Masa yang tidak ada kelas, masa tulah kita perlu menyiapkan tugasan, kemas kini buku ringkasan, folio, memeriksa buku latihan, menanda kertas dan soalan2 latih tubi. Pada Masa yang sama juga, jika seorang itu ditugaskan menerajui projek2 Kecemerlangan Pelajar, masa rehat itulah perlu membuat tuntutan guru-guru. Tuntutan kelas tambahan, kem2 yang berlangsung, menyiapkan kertas kerja, merangka program2 yang dirasakan perlu dari semasa ke semasa. Dengan luahan rasa seperti ini, sekurang-kurangnya penat lelah dapat dikurangkan. Menyesal jadi guru? tidak sama sekali. Inilah profesion kita. Kita makan gaji, dapat hasil setiap bulan dari tugas inilah. Mencabar? sememangnya mencabar kredibiliti kadang-kadang. Manakan tidak, pelajar sekarang amat berbeza dengan dulu. Pelajar sekarang pelajar yang celik IT, pelajar yang saban waktu melayari internet. Mengakses maklumat2 terkini. Kita patut bangga kerana menjagi guru.. Selamat berbuka dan menjalani ibadat2 di malamnya.