Rabu, 16 Disember 2009

Dalam Duka Terselit Lega

Berakhirlah sudah peperiksaan SPM dengan berakhirnya kertas Pendidikan Syariah Islamiah. Jam 7.40 pagi saya telah berada di sekitar dewan bersama pelajar untuk sama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh Hafiz Fauzi. Setelah semua pelajar memasuki dewan selama 10 minit, saya didatangi oleh pengawas peperiksaan menyatakan masih ada 3 calon yang belum hadir iaitu Hakim, Faris Imadi dan Asyraf Aiman. Setelah 15 minit kemudian, barulah nampak kelibat Faris Imadi dan Hakim. Walau bagaimanapun, Asyraf Aiman tidak kelihatan sehinggalah berakhirnya kertas 2 tepat jam 12.15 tengahari. Saya cuba menghubungi Asyraf berdasarkan nombor yang diberi oleh Mohd Nor Akma. Asyraf memang telah ada niat untuk tidak hadir. menurutnya dia telah berada di Kuala Lumpur bertolak semalam. Entahlah boleh dipercayai ke tidak.

Dalam kekecewaan, hati saya terubat bila melihat soalan-soalan yang keluar. Kebanyakannya telah dibincangkan dengan pelajar sehari sebelum peperiksaan. .. Jika pelajar mengambil perhatian dan fokus pada hari tersebut, sememangnya dapat menjawab dengan baik. Amin...

Jumaat, 11 Disember 2009

Peperiksaan Akhir SPM 16 Disember...berdebarnya!!

16 Disember nanti, peperiksaan akhir SPM bakal menyusul dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiah(kod 5228). Sebagai guru yang bertanggungjawab dalam matapelajaran ini, saya sedikit gusar. Setakat mana pencapaian pelajar. Setakat mana kefahaman mereka. Setakat mana pembacaan, penghafalan dan ingatan mereka. Aku selalau berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya. Jika berbading dengan tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini aku sedikit 'bersungguh'.Kesungguhan ini sedikit sebanyak saya perolehi dari keazaman dan kesungguhan cikgu Zie. Tidak pernah letih dan penat dalam mendidik. Saya pernah tanya, vitamin apa yang dimakan kerana sentiasa bersemangat. luahannya dalam blognya Anak Dagang Di Rantau Orang adalah luahan yang penuh ikhlas. Kecewa dengan aras soalan Prinsip Akaun yang dirasakan terlalu tinggi untuk calon SPM. Nasihat saya, usah rasa hampa dan kecewa cikgu, mungkin pengredan PA nanti akan direndahkan. Saya percaya PA di sekolah kita nanti seperti tahun tahun yang lalu akan kekal nombor satu peringjkat daerah dan negeri. InsyaAllah. Kita sama-sama tunggu dan lihat!!!!!!