Selasa, 27 Disember 2011


SELAMAT DATANG TAHUN 2012
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011

Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Sekejapnya masa berlalu. Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011 rasanya baharu saja bermula dah meninggalkan saki baki 2-3 hari lagi. Umurpun saban tahun meningkat tidak dapat ditahan-tahan lagi. Adakah azam tahun 2011 terlaksana dengan jayanya atau tidak, terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilainya. Bagi saya, tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan. Sedikit sebanyak memberi erti dan pengajaran kepada saya. Tahun 2011 saya mula menjejaki kaki di SMA Ittifakiah setelah memulakan kerjaya saya selama 17 tahun di SMA Maarif. Kalau dihitung tahun memijakkan kaki ke SMA Maarif agak lama lagi bermula tahun 1980 sebagai pelajar Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 Atas. Kemudian masuk ke Universiti tahun 1987 hingga 1991. Tahun 1991 saya menjadi guru GSTT di Maarif setelah habis mendapat ijazah sarjana Muda. Tahun 1992 , saya melanjutkan pelajaran untuk mendapat Diploma Pendidikan melalui KPLI. Tahun 1993 dihantar ke SMA Maarif untuk memulakan kerjaya pendidikan.

Tanpa diminta walaupun bosan ditempat kerja yang lama, saya ditukarkan ke SMA Ittifakiah. Memanglah sedikit berbeza dari sekolah yang lama, tapi seronok jugak berpeluang untuk 'alih angin'. Tuan pengetua yang happy go lucky yang selalu bergurau senda dengan guru-guru, PK1 yang serius, tegas dan berwawasan, guru-guru yang sentiasa berkomitmen dengan tugas.

Pada awal bulan oktober, EG tukar dibuka, saya mengisinya untuk mencuba nasib pohon pertukaran ke Maarif. Alhamdulillah, nampaknya tahun 2012 saya bakal sekali lagi menapak di SMA Maarif. Mungkin ada sesetengahnya rasa meluat melihat kehadiran saya, saya tak kisah yang penting , dekat dan hampir dengan rumahtangga saya...

Sabtu, 10 Disember 2011


CUTI AKHIR TAHUN PERSEKOLAHAN

Tidak ada yang menariknya musim cuti-cuti begini. Hanya rutin harian yang menemani. Tugas pada Negara akan selesai...

Selasa, 1 November 2011

MENIRU, DITIRU, MEMBERI TIRU DALAM PEPERIKSAAN


MENIRU...MENIRU..MEMBERI TIRU,DITIRU DALAM PEPERIKSAAN

Setiap kali mengawasi peperiksaan, terasa sangat tekanan darah saya naik. Tak kira jenis peperiksaan, samada peperiksaan TOV, OTI, Pertengahan Tahun atau Akhir Tahun masalah pelajar meniru dalam peperiksaan selalu dan sentiasa berlaku. Ditambah lagi faktor guru yang mengawasi tidak memainkan peranan yang efektif menyebab faktor ini semakin parah. Pada pandagan saya, pelajar hari ini semakin berani, dididik dengan budaya meniru (mungkin sejak tadika dan UPSR) lagi menyebabkan mereka tidak segan silu, tidak takut, selalu mengambil peluang yang ada.

Guru yang mengawasi sepatutnya memainkan peranan dan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas. Tunjuklah role model, contoh tauladan yang baik kepada pelajar. Itu adalah sebahagian daripada mendidik . Saya sedih melihat keadaan 'tiru-meniru'berlaku. Malah ada kelas yang guru ghaib entah ke mana. Gegak gempita jadinya.

Wahai pelajar yang meniru..ingatlah kepada dosa pahala,tak adil kepada pelajar yang betul-betul study siang malam. Ingat jugak kepada keberkatan. .. Selamat beramal.

Selasa, 18 Oktober 2011

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W

Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

"Sesungguhnya aku telah mengalami
mimpi-mimpi yang menakjubkan pada
malam aku sebelum di Israqkan.... ...."

1. Aku telah melihat seorang dari
umatku telah di datang oleh malaikatul
maut dengan keadaan yg amat
mengerunkan untuk mengambil nyawanya,
maka
malaikat itu terhalang perbuatannya
itu disebabkan oleh KETAATAN DAN
KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2 . Aku melihat seorang dari umatku
telah disediakan azab kubur yang amat
menyiksakan, diselamatkan oleh berkat
WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku
sedang dikerumuni oleh
syaitan-syai tan dan iblis-iblis
lakhn atullah, maka ia diselamatkan
deng an berkat ZIKIRNYA YANG TULUS
IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku
diseret dengan rantai yang diperbuat
daripad a api neraka jahanam yang
dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan
ranta i tersebut ke duburnya oleh
malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG
KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah
melepaskann ya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga
yang amat berat, setiap kali dia
mendatangi satu telaga di halang dari
meminumnya,k etika itu datanglah
pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA
ALLAH SWT memberi minum hingga ia
merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk
mendekati kumpulan para nabi yang
sedang duduk berkumpulan- kumpulan ,
setiap kali dia datang dia akan
diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB
DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA
sambi l ke kumpulanku seraya duduk
disebelahku .

7. Aku melihat seorang dari umatku
berada di dalam keadan gelap gelita
di sekelilingnya, sedangkan dia
sendiri di dalam keadaan binggung,
maka
datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA
YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu
mengeluarkan nya dari kegelapan kepada
tempat yang terang - benderang.

8. Aku mel ihat umatku cuba berbicara
dengan golongan orang mukmin
tetapi mereka tidakpun membalas
bicarany a,maka menjelmalah SIFAT
SILATURRAHI MNYA DAN TIDAK SUKA
BERMUSUH-MUS UHAN SESAMA UMATKU lalu
menyeru kepada mereka agar menyambut
bicaran ya,lalu berbicara mereka
dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-
nepis percikan api ke mukanya,maka
sege ralah menjelma pahala SEDEKAHNYA
YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu
menabir muka dan kepalanya dari bahaya
api tersebut.

BER SABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH
PES ANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN
WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Jumaat, 14 Oktober 2011

Pencen Umur 60 Tahun


telah pembentangan bajet yang baru selesai, rata-rata kebanyakan guru-guru termasuk saya terasa sedikit gusar bila had persaraan dilanjutkan sehingga umur 60 tahun. Pada pendapat saya, umur 60 tahun kurang sesuai dengan profession perguruan. Saya tidak dapat bayangkan macamana keadaan dan situasinya nanti. Memandangkan dalam umur 40 an inipun, saya dah rasa letih, sakit urat untuk ke tingkat 4 mengajar. Sementelah lagi darah sentiasa mendidih nak tekanan darah selalu naik apabila berdepan dengan peel perangai pelajar zaman sekarang. Itu belum dikira lagi tentang mata kabur untuk menanda kertas pelajar.

Sememangnya pelajar zaman sekarang amat berbeza dengan pelajar dulu.(masa saya dan sengkatan atau sebelumnya).

Ahad, 2 Oktober 2011

WASIAT NABI MUHAMMAD KEPADA SAIDINA ALI

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.; Wahai Ali,
bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Ahad, 18 September 2011

Kelebihan Ayat Kursi


KELEBIHAN AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, "Rasulullah s.a.w. bersabda : "Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."
Berkata Anas bin Malik, "Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah s.a.w., " Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."
Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah s.w.t. dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Quran, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah s.a.w. kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah s.a.w. menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala. Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Quran yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Sabtu, 3 September 2011

Berpuasa Sudah, Berayapun Sudah, Apa pula Selepas ini?



Ramadan dan Syawal telah berlalu, meninggalkan seribu kenangan. apakah masih ada sinar Ramadan dan Syawal untuk kita pada tahun yang akan datang? Apakah amalan kita ,asih ditakuk lama? Tidak ada sebarang perubahan dalam ketja buat kita. Kita tahu anatara kelebihan bulan Ramadan ialah adanya malam Lailatul Qadar. Cukupkah kita berusaha untuk memperolehi keberkatannya?

Hari initugas dan rutin harian kita kembali seperti biasa. Tanggungjawab dan amanah yang dipikul kadang kala tidak terlarat buat kita. Tambah-tambah lagi dengan asakan feel perangai segelintir pelajar yang selalu menguji tahap kesabaran kita.



Sama-samalah kita ingat mengingat tentang tanggung jawab dan amanah yg dipiukl sebagai pendidik. Didiklah diri dengan akhlak yg terpuji. menjadi role model kepada anak didik. Tepatilah masa (masuk dan kleuar kelas)...

Wassalam..jumpa lagi

Sabtu, 20 Ogos 2011

Cara Beramal Pada Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)




Cara Beramal Pada Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)


1) Kepada orang tua lemah, cara beramal ialah dgn menunaikan solat Mahgrib, Isyak dan Tarawikh secara berjamaah di masjid/ surau. Ini sudah dikra beramal Al Qadar.


2) Orang yang tidak sanggup solat malam yg panjang, boleh baca ayat akhir surah Al Baqarah, ayat Kursi, Surah yaasin, Surah Al zalzalah, al kafirun dan al Ikhlas.

3) Bagi orang yang kuat dan cergas, bangunkan isteri dan anak-anak dengan mandi, solat malam dengan Tahajjud, Hajat, Istikhorah dan baca al Quran. Tarikh turunnya al-Quran (17 Ramadan), beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal-amal yg baik..


Selamat Beramal...








Rabu, 10 Ogos 2011

Kelebihan Solat Tarawikh Malam 10 hingga 20

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.
12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.
14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).
19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Isnin, 1 Ogos 2011

Sekadar Renungan Ramadan

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali.Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya "Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Rabu, 27 Julai 2011

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak



Kepada semua yang mengenali dan melayari laman blog ini. Saya mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadan yang penuh dengan keberkatan, keampunan dan ganjaran syurga yang dijanjikan untuk orang yang bertakwa. Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa dan menjadikan puasa kita pada ramadan kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.



Selamat berpuasa buat semua...

Jumaat, 8 Julai 2011

Selamat Hari Jadi Buat Anakanda Awa











Hari ini, 8 Julai, adalah hari ulang tahun kelahiran anak bongsuku. Dah besar panjang rupanya. Pantasnya masa berlalu. Semalam, kita sambut ala kadar selepas tahlil mingguan di teratak bonda, di pusu Tinggi. Sederhana tetapi meriah. terima kasih buat semua yang menjayakan majlis ini.

Selasa, 28 Jun 2011

Isra' Mikraj

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Khamis, 9 Jun 2011

Cuti Sekolah Akan berahkir..







Cuti pertengahan penggal 1 hanya berbaki 2 hari sahaja lagi. Rupanya berharganya cuti bagi seorang guru. Pada pendapat saya, ramai guru di luar sana berperasaan yang sama dengan saya. walaupun dalam bercuti terpaksa melunasi tanggungjawab menanda kertas Pep.OTI baru-baru ini. Masa cuti-cuti beginilah jika diperhatikan banyak kenderaan di jalanan. Ada yang berarak untuk menghadiri kenduri kendara, malah ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menunaikan umrah, membawa keluarga melawat Beijing, Vietnam, Jakarta, ada yang berseminar di bandung dan ada yang mengiringi anak ke Matrikulasi, Asasi di IPTA diserata tempat.


Rasanya belum puas dan belum cukup untuk bercuti. Itu belum dikira lagi masa untuk mengemas rumah, melipat kain, membersih lantai, menyapu halaman rumah dan bermacam-macam aktiviti lagi yang tidak sempat dilaksanakan. Kitalah guru, kitalah ibu, kitalah bibik, kitalah tukang kebun, kitalah ..kitalah..dan bermacam-macam kita yang lakukan.




Walau bagaimanapun, semua itu cukup membahagiakan ...sebab ia datang dari keikhlasan bukan terbit dari paksaan.

Khamis, 2 Jun 2011

Sekadar Luahan mesra



Pada 29 hb Mei yang lalu, kami sekeluarga ke Uni.Malaya mendaftar anakanda Afiqah yang berjaya ke Asasi Sains Hayat. Pada awalnya, ramai kawan-kawannya yang terpilih kesana, namun pada hari pendaftaran kawan-kawan baik kebanyakannya mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke timur tengah dalam bidang perubatan. Nasib tidak menyebelahinya, kerana dia sahaja yang gagal untuk mendapat tempat dan tajaan ke luar negara. Mungkin disitu sudah menjadi tempat untuknya menyambung pelajaran. Memang banyak suara-suara yang kedengaran mengatakan, untuk mendapat kursus perubatan dalam negara amat sukar dan banyak saingan selain sentiasa perlu mendapat gred purata yang tinggi. Cubalah setakat yang mampu. Allah itu maha adil. Setiap kejadian ada hikmatnya. Entahlah di mana silapnya. Tajaan Yayasan Terengganupun sukar diperolehi. Surat rayuan telahpun dibuat. Kalau usaha akhir ini tidak membuahkan hasil, belajarlah di situ. Usaha biar lebih. Minta doa, solat hajat sentiasa..

Jumaat, 13 Mei 2011

Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara



Rasa baru semalam, saya meluahkan apa yang tersirat pada hari guru 2010. (Penulisan saya pada Jumaat 14 Mei 2010) dengan tajuk " Guru Pembina Negara Bangsa- terima kasih cikgu". Pantasnya masa berlalu. Tema berganti tema. Kerja buat kita macamana? Jika melihat sepintas lalu tema hari guru pada tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, nampak besar dan beratnya tanggungjawab seseorang yang bergelar guru menggalas hasrat dan inspirasi negara. Memang sukar, terutama zaman sekarang. Zaman teknologi canggih yang sedikit sebanyak menggugat kesabaran dan memerlukan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa yang fikiran mereka banyak dicampur adukkan dengan unsur-unsur dan godaan luaran yang luas. Tidak terbatas. Sukarnya amanah ini, melahirkan modal yang bernama insan.




Tahun ini, kali pertama saya menyambut hari guru di tempat baru. Adakah ia semeriah tempat lama saya? sama-sama kita saksikan. Apa-apa keadaan sekalipun, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru buat semua. Buat keluarga Arwah Cikgu Muhammad (Cikgu Fariza, cg Affandi, suami saya cg Wan Abdullah, ustzh Hamilah, ustz Termizi, ustzh Insijam, ustz Amirizal, cg Nasirah, cg Zainul Abidin, Cg Pazrina, ustzh Rabihah,cg Nur Aini, cg /ustz Jamaliza, cg Muhammad Auzan serta semua guru di SMAM dan SeMAI..

Selasa, 29 Mac 2011



Datang ke SeMAI membawa harapan yang mewangi dalam sejuta kenyataan. Tanpa banyak soal, tanpa banyak bicara, selain Tg 5 dan Tg 4, saya ditugaskan mengajar khat Tg 1. Aku terima dengan hati terbuka dan dengan dada yang lapang serta aikhlas. Ingat sedetik, minat arwah ayahahanda yang terlau cintakan bidang khat ini.


4 bulan telah berlalu. Huruf-huruf tunggal dalam khat nasakh (huruf menegak, huruf mendatar, melengkung, separa bulatan, berekor, bersegi) telah ku ajar. .tinggal lagi huruf bersambung sama ada awal, tengah ataupun hujung. Walaupun tak pandai dan buat-buat reti serta pro, saya tak sabar, pelajarpun tak sabar . Tapi sedih, kecewa bukan kepalang, masuk bulan 4, jadual baru yang diedarkan, saya diminta menagajar kelas Tg 1 lain. Lebih mengecewakan kmerana kelas baru itu, tidak pernah diajar menulis khat,malah pen ke, pensil khatpun tidak ada. Saya perlu bermula dari awal.... nasib badan!! terima sahaja kerana ingat satu, ia adalah tugas dan amanah....

Jumaat, 11 Mac 2011

Alahai!Sensitifnya Tentang Umur


Saya masuk ke kelas 5A2 tepat jam 10.00 pagi. Mereka telah bersiap sedia dengan buku teks PSI bimbang disoal. Tajuk pada hari itu ialah tanggung jawab suami isteri. Seperti biasa, saya cuba ingatkan balik tajuk sebelumnya dengan bersoal jawab. Soalan berkaitan dengan rukun nikah, hukumnya, syarat saksi, susunan wali dan lain-lain lagi. Seperti hari-hari yang lain, mereka kadang-kadang terlopong dan termanggu-manggu bila disoal seperti belum belajar. Kadang-kadang itulah yang menyebabkan darahku naik secara tiba-tiba.


Melihatkan keadaan pelajar yang kurang bermotivasi, saya cuba menjadi pakar motivasi dengan menerangkan pentingnya pelajaran. Walaupun pelajar dari golongan berada. Perlunya kesungguhan dalam belajar dan mengimbas kembali pengalaman rakan-rakan saya yang malas belajar. Menurut mereka, mereka sesal kerana terlalu ikutkan perasaan,ingin berkahwin dalam usia muda. sekarang, dengan anak berderet-deret, tanpa pekerjaan, mereka tidak terurus dan tidak sempat nak melawa. Umur nampak tua dari usia sebenar. Saya kata kepada pelajar saya, umur kawan-kawan saya tidak seperti umur saya. Umur '34' tahun.


Semua pelajar dalam kelas, mengerutkan kening dan tanpa berfikirkan perasaan saya, mereka berkata"oloh!! jolo ke umur ustazah 34 tahun? soal mereka. Saya tidak menjawabnya tapi dalam hati, kalau ditanya bimbang mereka akan meneka umur lebih dari 54 tahun ke atas..hahaha!!sensitifnya bila sebut tentang umur..

Rabu, 23 Februari 2011

Didiklah Diri Dengan ucapan 'Terima Kasih"

Didiklah diri kita dengan ucapan terima kasih. Tidak salah kita permudahkan. Tidak salah jika kita selalu ucapkan ucapan terima kasih. Bukan sahaja pelajar kepada guru yang berjasa, malah guru juga hendaklah melazimkan diri ucapkan terima kasih kepada pelajar jika telah berbakti walaupun sekelumit jasa.

Saya mengambil kesempatan diruangan ini, mengucapkan tahniah kepada pelajar STPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang. Terutama bekas anak-anak didik saya di SMA Maarif. Saya amat terharu menerima ucapan tahniah dari PK Akademik, ust.Mat Zin atas kecemerlangan yang amat boleh dibanggakan dalam mata pelajaran Syariah 2. Dengan 32 orang mendapat Gred A dan lebih kurang 98% mencatat keputusan lulus penuh dan 100% lulus..Alhamdulillah. Usaha selama ini berbaloi.

Cuma saya sedikit terkilan, kata-kata terima kasih dari bekas pelajar tidak diterima. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang mengingatinya. ....Ingat !perjalanan anda masih jauh. Banyak lagi yang perlu anda tempuh. Melangkah ke Universitipun belum lagi. Jangan tersalah pilih...

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidul Rasul




Salam Maulidul Rasul buat semua . .

Khamis, 10 Februari 2011

Minggu Minggu Awal di SeMAI....


Minggu Pertama di SeMAI...


Minggu pertama dan kedua aku di SeMAI, aku tidak banyak cakap. Sedangkan di SMAM, aku terkenal jugak dengan orang yang banyak cakap, ditambah pulak dengan kata-kata humor ustazah Hanan. Ibarat kata, tak kering gusilah. Ada sahaja ' buah' yang menjadi tajuk bualan saban hari..


Minggu partama, SeMAI dikunjungi oleh beberapa orang pegawai dari SPI JPNT, untuk melihat perjalanan sekolah minggu-minggu pertama. Mereka juga ingin melihat Buku Rekod Pengajaran guru-guru Agama, terutama Rancangan Harian. Nasib baiklah aku telah memberesinya.. dan tidak menjadi masalah...Alhamdulillah.


Minggu ke dua pula, SeMAI dikunjungi lagi untuk melihat Buku Latihan Pelajar. Juga mereka ingin melihat guru -guru Agama. Adakah dalam seminggu dua ini, beri latihan atau tidak kepada pelajar. Bagi saya, itu juga tidak ada masalah..sebab 2 tajuk yang diajar, 2 latihan kepada pelajar dan kerja rumah juga telah diberi. Alhamdulillah.....