Rasa baru semalam, saya meluahkan apa yang tersirat pada hari guru 2010. (Penulisan saya pada Jumaat 14 Mei 2010) dengan tajuk " Guru Pembina Negara Bangsa- terima kasih cikgu". Pantasnya masa berlalu. Tema berganti tema. Kerja buat kita macamana? Jika melihat sepintas lalu tema hari guru pada tahun ini, Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara, nampak besar dan beratnya tanggungjawab seseorang yang bergelar guru menggalas hasrat dan inspirasi negara. Memang sukar, terutama zaman sekarang. Zaman teknologi canggih yang sedikit sebanyak menggugat kesabaran dan memerlukan kesungguhan dalam mendidik anak bangsa yang fikiran mereka banyak dicampur adukkan dengan unsur-unsur dan godaan luaran yang luas. Tidak terbatas. Sukarnya amanah ini, melahirkan modal yang bernama insan.
Tahun ini, kali pertama saya menyambut hari guru di tempat baru. Adakah ia semeriah tempat lama saya? sama-sama kita saksikan. Apa-apa keadaan sekalipun, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru buat semua. Buat keluarga Arwah Cikgu Muhammad (Cikgu Fariza, cg Affandi, suami saya cg Wan Abdullah, ustzh Hamilah, ustz Termizi, ustzh Insijam, ustz Amirizal, cg Nasirah, cg Zainul Abidin, Cg Pazrina, ustzh Rabihah,cg Nur Aini, cg /ustz Jamaliza, cg Muhammad Auzan serta semua guru di SMAM dan SeMAI..
1 ulasan:
setiap warga berhak mendapat pendidikan..selamat hari guru..
aziman.
Catat Ulasan