Jumaat, 24 Disember 2010

Apa-apa saja......



Lamanya saya tidak menulis dan melayari blog. Masa memang banyak, cuma saya ketandusan idea. Sebenarnya banyak benda yg boleh dikongsikan, tetapi bahasa pula rasanya tidak kena.. Semenjak dua menjak ni, saya rasa 'kesedihan' semakin banyak menghantui saya. Saya rasa kesedihan sahaja yang mendatang. Tapi saya reda ujian Allah. Orang lain diuji dengan perkara yang lebih besar. Kita patut bersyukur. Mungkin sesetengah orang merasakan pertukaran saya ke SMA Ittifakiah sesuatu yg enteng. Tapi bagi saya, pengorbanan dan kerja buat saya seolah-olah tidak ada harga. Syukran jazilan buat mudir, kerana mempertikaikan penghijrahan saya kepada JPNT. Sekurang-kurangnya kesedihan dan keterasaan saya sedikit terubat.


Sekali fikir, elok juga saya melakukan penghijrahan ini. Bila lama di satu-satu tempat, prestasi kitapun kadang-kadang mendatar. Elok juga mencari kenalan dan menyambung silaturrahim dengan orang lain pula... Mata pelajaran Syariah 2, akan saya tinggalkan selama-lamanya. Walaupun sayang kerana hampir 20 thun bersama suka duka kertas ini.


Kesedihan semakin parah, apabila keputusan PMR diumumkan. Ada yang mendapat kejayaan cemerlang, malah ada yang kurang cemerlang. Buat anakanda kesayangan, ruang masih ada. SPM penentu segala. Jangan bersedih dan berduka....umi dan abah reda seada...