Jumaat, 30 Mei 2014

Syaaban datang lagi..

Syaaban datang lagi. Cepatnya masa berlalu. Rasa baru semalam kita berada dalam tahun 2014. Sekarang dah masuk bulan Jun. Lebih kurang 30 hari lagi kita akan menyambut ramadan al mubarak. Bulan yang penuh keberkatan dan mempunyai banyak kelebihan berbanding bulan-bulan yang lain. Antara kelebihan bulan ramadan yang telah diketahui dan dimaklumi, antaranya syaitan dibelenggu, pintu syurga di buka dan pintu neraka ditutup. Amalan kebaikan digandakan. Malah adanya malam lailatul qadar, solat terawikh, al quran diturunkan dan kemenangan tentera islam dalam perang badar. Syaaban juga mempunyai banyak kelebihan. Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Rasulullah s.a.w menjawab, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama). Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Bulan Syaaban dianggap merupakan bulan yang baik untuk kita meminta keampunan daripada Allah, serta memperbaiki diri dari segala macam cela. Dan bersedia untuk bulan Ramadhan yang menyuci dan membersihkan jiwa kita. Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Keutamaan bulan Syaaban ke atas bulan-bulan yang lain adalah seperti keutamaan aku di atas semua nabi-nabi yang lain, sedangkan keutamaan bulan Ramadan ke atas semua bulan yang lain adalah seperti keutamaan Allah Taala ke atas makhlukNya.”

Isnin, 24 Februari 2014

AKTIVITI FEBRUARI 2014

23 FEBRUARI 2014 Pantasnya masa berlalu. Tahun 2014 dah masuk bulan akhir bulan februari. Akhir bulan ini, kami sebahagian guru akan mengikuti kursus yang dianjurkan oleh LADAP sekolah ke Kuala Lumpur iaitu di International hotel bermula dari 27 hingga 1 Mac. Saya amat mengharapkan kursus ini berjaya dan menegmbirakan. Kursus ini spenuhnya ditaja oleh koperasi. Terima kasih koperasi Malaysia. Sebelum kursus, acara sebelumnya ialah ke BPI di Cyberjaya. InsyaAllah segelintir permasaalahan guru dapat diselesaikan.. Sebelum ini pada 8 Februari, semua guru telah megikuti kursus gi ILIM Wilayah Timur di Bukit Keluang.

Sabtu, 11 Januari 2014

SELAMAT DATANG TAHUN 2014

SELAMAT DATANG TAHUN 2014
Pantasnya masa berlalu. Tahun 2013 meninggalkan kita dengan penuh kenangan. Bagi tahun 2014, saya ditugaskan sebagai Setiausaha JKS sekolah. Dah 2 tahun saya memegangjawatan sebagai Pengurus Projek SPM. Perlu kepada semangat, dedikasi, kesungguhan dalam apa saja perkara yang dirancang. Komitmen semua pihak amat diperlukan. Bukan mudah untuk menempa kejayaan jika semua perkara dianggap enteng. InsyaAllah dengan kesungguhan semua pihak, kita nantikan hasilnya pada Mac nanti. Saya yakin dan percaya SMA Maarif akan mencapai kecemerlangan dan kegemilangan dalam SPM 2013. Ini telah terbukti dalam Keputusan PMR 2013 yang lalu. Saya juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat belajar kepada anakanda saya Wan Nur Hazwani dan Wan Nur Ezdiani ,masing2 akan menghadapi peperiksaan SPM dan STPM.