Rabu, 28 Oktober 2009

Selamat Menjalani Peperiksaan STPM Dan SPM

Musim peperiksaan tiba lagi. Apa yang pasti 'demam' peperiksaan nampaknya belum lagi berlaku kepada calon SPM dan STPM di sekolah saya. Masing-masing seperti biasa, bergelak ketawa, berbual-bual kosong di koridor dan tangga, lepak di sana-sini. Apa yang pasti, guru yang mengajar lebih teruja. Lebih berdebar. Termasuklah saya yang mengajar 3 tingkatan. Tingkatan 6 Atas, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Bawah. Semuanya perlu diberi perhatian. Tak cukup siang hari, malampun ada kelas. Saban waktu memikirkan cara terbaik untuk diberi saat-saat akhir ini. Apa yang perlu dibuat untuk pelajar elit dan sederhana,tanpa meninggalkan pelajar halus(harapan Lulus).

Pada masa yang sama, saya selalu tertekan dengan pelajar 6 Bawah. Style kuliah dan tutorial yang dilaksanakan belum lagi dapat diterima oleh saya. Mungkin suasana, kelas, persekitaran yang tidak kondusif. Lebih-lebih lagi persediaan yang kurang dari saya. Menjadi tenaga pengajar bagi tingkatan 6 sedikit penat. Maklumlah mengajar 'budak tua'. Sedikit sebanyak mereka telah matang dari pelbagai segi. Memberi impak kepada saya.

Apa-apapun, selamat menempuh peperiksaan STPM bagi pelajar-pelajarku. Semoga berjaya menjejaki ke IPTA. Begitu juga kepada calon SPM.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Kursus Edu Web


Alhamdulillah, syukur pada hari ini Sabtu 10 Oktober, sebahagian guru SABK Maarif menjalani Kursus Edu WebTV. Semuanya berjalan lancar. Cuma sebahagian daripada kita tidak dapat untuk memuat turun ke CD. Terima kasih kepada cikgu Marina kerana kesudian dan kelapangan masa untuk melayari blog Kalam Bicara Cahaya Purnama yang tidak seberapa. Paling penting, orang ada blog, kitapun ada blog. Terima kasih juga kepada guru-guru lain yang turut berminat untuk melayari apa yang terpapar di blog ini. Marilah kita sama-sama membina blog untuk tidak ketinggalan dalam arus era globalisasi terutama dalam bidang ICT. Terima kasih semua. Sokongan daripada guru-guru membuatkan saya lebih berminat untuk sentiasa 'meng up date' blog ini..

Rabu, 7 Oktober 2009

Tingkatan Enam Oh Tingkatan Enam..

Hari ini telahpun 18 Syawal kita di dalam bulan Syawal. Selamat berpuasa enam bagi mereka yang sedang menghabiskan sisa-sisa enam hari bulan Syawal. Masih belum terlambat bagi mereka yang belum lagi melaksanakan puasa sunat ini. Hari ini jugak, kesabaran aku telah sampai ke kemuncak terhadap pelajar tingkatan Enam Bawah . Semasa P&P berlangsung tengahari tadi, segelintir mereka tidak menumpukan perhatian kepada P&P. Ada yang dengan 'ralit' membaca akhbar harian metro. Ada yang matanya dari awal hingga akhir memandang ke luar kelas. Pelajar perempuan tingkatan 5 yang mundar-mandir di koridor lebih menarik perhatian mereka. Dahlah ada yang macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada. Aku rasa ini salah satu dari keburukan belajar secara kuliah. Guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada keseluruhan pelajar. Itu belum lagi dikira keadaan kelas yang tidak kondusif.

Catatan ini tidak menyentuh mana-mana pihak. Cuma mengeluarkan apa yang tersurat dan ketidak puasan hati saya sahaja sebagai salah seorang tenaga pengajar Tingkatan Enam.Itu saja.