Sabtu, 29 Jun 2013

Ramadan bakal menjelma

Ramadan bakal menjelma tak lama lagi.Seperti tahun-tahun yang lalu, ramadan adalaha bulana yang ditunggu-tunggu oleh semaua umat islam. Ramadan bulan yang banayak mengandungi kelebihan yang tidak diragukan. Anatara kelebihannya,syaitan dibelenggu, pintu neraka ditutup, amalan akan digandakan, adanya malama lailatulnqadar dana banyaka lagi. ALhamdulillah, saya bersyukr kepada ALlah kerana masiha lagi diberi peluang dan kesemapatan untuk beramal di bulana raamadan al mubarak ini.. kepada semua rakan-rakan, adik-beradik,kaum kerabat, dan smua umat islama seluruh dunia..selamat menyambut ramadan al mubarak dgn penuh tawaduk..

Sabtu, 4 Mei 2013

Selamat Mengundi, buatlah pilihan yang tepat..

Esok adalah Pilihanraya Umum.Selamat mengundin buat semua. Buat atau undilah dengan tepat. Ingat undi kita adalah penentu arah tuju sesebuah negara. Jika pilihan yang kjita buat tidak tepat dan salah, tunggulah akan kehancuran.Urusan akan rosak jika diserahkan kepada orang yang tidak benar-benar memahaminya.. "Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabaat bertanya : Bagaimana sia-sia? Rasulullah menjawab : Apabila sesuatu jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya maka tunggulah saat kehancurannya" - (Riwayat Al-Bukhari)

Rabu, 1 Mei 2013

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA... Hari ini 1 Mei 2013. Sekejap masa berlalu. Rasa baru semalam kita menyambut tahun baru 2013. Tanpa sedar sekarang dah masuk bulan 5. Umurpun semakin bertambah. Walau bagaimanapun hari ini saya boleh merehatkan diri dari bebanan tugas yang sentiasa memerlukan perhatian dan perlu diambil berat. Hari cuti beginilah masa untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Hari cuti beginilah saya berpeluang meng up date blog yang sekian lama tidak sempat dijengah. Masa cuti inilah saya sempat menilik dan membelek lama-lama akhbar-akhbar perdana. Kebanyakan akhbar menyentuh tentang PRU 13. Baik disebelah kerajaan mahuopun dipihak pembangkang.Apa-apapun selamat mengundi buat semua. Buatlah pilihan yang terbaik...

Jumaat, 15 Februari 2013

TAHNIAH KEKANDA FARIZA.. Tahniah kekanda Fariza Nurbaya, abang ND dan Kak Eina . Semalam Huwaina telah selamat diijab qabulkan dengan suami di rumah mereka di Alur Lintang. Majlis pernikahan berjalan lancar dan amat meriah walaupun sederhana. Ramai sanak saudara dan rakan taulan yang datang memeriahkan majlis pernikahan ini. Majlis kenduri insyaAllah akan diadakan Mei ini. Semoga mendapat keberkatan berumahtangga..Tahniah dari kami seisi keluarga.

Sabtu, 12 Januari 2013

PLKN MERANG SURIA...

Petang kelmarin, jam 2.00 petang kami sekeluarga telah sampai ke KEM PLKN MERANG SURIA untuk melawat anakanda kami Ezdiani yang menjalani latihan di situ. Kami diminta melapor/ mendaftar nama di pondok kawalan. Terasa berlainan dengan PLKN BT JONG tempat anakanda Iqah dulu. Keramahan dan kemesraan jaga di BT Jong lebih terserlah dengan kehadiran ibu bapa. Ibu bapa yang datang, bukan calang-calang orang. Berbagai lapisan ada. Ada orang 'besar' ada yang 'sederhana, malah yang 'kecik' macam kami ini.Kereta tidak dibenarkan masuk ke dalam. Apa yang diperhatikan di dalampun cukup luas untuk kenderaan pelbagai saiz,malah kapal terbangpun muat. Terpaksalah berjalan 'jauh' sedikit. Bagi saya, yang tidak terlalu 'tua' ini tidak ada masalah..alah bisa tegal biasa..tapi bagi mereka yang 'tua' dan sakit urat, rasanya sedikit terbeban...