Isnin, 19 Julai 2010

Hari Keluarga SMK Nasiruddin Shah

Bersama cikgu Hartini.

Keluarga besar ustazah Azimah


Pada Sabtu yang lepas, saya berpeluang menghadiri hari keluarga SMK Nasiruddin Shah yang dianjurkan oleh Kelab Kite sekolah tersebut. Walaupun acaranya sederhana, tetapi meriah dengan kehadiran pelbagai lapisan warga. Ada tukang kebun, jaga, kerani, pembantu Am rendah dan guru pelbagai lapisan. Dari guru besar sehinggalah guru kecil....sama-sama menunjukkan kerjasama ..tahniah..
Bukan senang untuk menganjurkan program seperti ini. Ada sebahagian sekolah, kelab warga kurang berperanan. Kurang mendapat sambutan dari pihak bawahan. Tidak ada kesepakatan. Susah untuk diajak berunding. Ada yang kelabnya hanya pada nama.....


Saya ambil kesempatan juga mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa Kelab Warga Maarif yang baru dilantik. Tahniah ustaz Zakaria kerana hampir majoriti warga memilih ustaz sebagai pengerusi. Diharapkan menjadi sinar baru dalam organisasi..

Selasa, 13 Julai 2010

Kenangan Dulu....

Kenangan bersama kawan-kawan dalam pertadingan musabaqah.(dari kiri, saya, Noriah, Wan Zalina, cg Roslan, cg Mohd Noor, Zaiton Harun dan Khairul Bariah (duduk)
Kenangan zaman persekolahan amat indah. Tidak terlahir dengan kata-kata. Saat dan tika itu, apa sahaja pertandingan, pasti dicuba dan diteroka. Kononya u tuk mencari pengalaman. Tapi itu dulu..Sekarang, nak bercakap pada perhimpunan mingguan dhadapan pelajarpun terasa gayat, sedikit gementar, berdebar dan macam-macam perasaan yang datang.... Maknanya, pengalaman dulu tidak boleh diambil kira......

Fadhilat Bulan Syaaban




Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:
Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
Bertaubat- Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."