Selasa, 30 Mac 2010

Syukur, Alhamdulillah...(sekadar meluahkan apa yang tersirat)


Syukur, alhamdulillah..berbanyak-banyak kesyukuran saya panjatkan kepada Allah. Peratus kelulusan dan pencapaian kertas Pendidikan syariah Islamiah (Kod 5228) SPM 2009 bagi SMA Maarif, sekali lagi terbaik Daerah Besut untuk kali ke 2. Mungkin kebanyakan orang (dSMA Maarif) tidak menyedarinya. Saya tidak kisah. Sekurang-kurangnya usaha saya, usaha pelajar berbaloi. Kelas malam selama sebulan mungkin menjadi salah satu faktor. Atau mungkin latih- tubi berterusan menjadi penyebab. Atau mungkin Ujian 1,ujian 2, ujian 3 sehingga u jian10 yang sentiasa diamalkan menjadi pencetusnya.

Terima kasih dan tahniah buat rakan yang mengajar, ustazah Syaripah kerana selalu mengiakan tindakan saya, tidak pernah menolak apa saja usaha yang dilakukan. Saya sedikit terkilan, dalam Post Mortem SPM baru-baru ini. Saya tidak kisah tidak diberi peluang untuk bercakap (wakil guru dalam setiap mata pelajaran lain bercakap), tetapi sekurang-kurangnya pentadbir cubalah menilik sedikit pencapaian PSI.

SMA Maarif dapat mengatasi SMKA Nurul Ittifaq dan SMKA Wataniah dalam PSI. Manakala di Peringkat Sek.Men.Agama Negeri Terengganu masih menjadi tempat k e-2 selepas SMASZA.

Walaupun 'orang' tidak nampak, tidak mengapa. Ia tidak sedikitpun melunturkan semangat saya untuk terus mengajar dan mengajar agar setanding dengan sekolah-sekolah yang terpilih. Amin!!!

Khamis, 25 Mac 2010

Jangan Meneka Dalam Kesamaran


Seperti kelaziman dan kebiasaan, setiap petang aku dan dinda Lah akan ke rumah ma untuk berlawan pingpong.Kadang-kadang aku menang, kebanyakkannya dialah yang menang. Tak apalah, memang aku sengaja mengalahkan diri. Kalau aku yang selalu menang, akibatnya lingkuplah meja pingpong diterbalikkan....hehehe..(gurau aje..)

Petang kelmarin, semasa aku bergandingan bahu dengan dinda Lah untuk ke gelanggang pingpong, datang seseorang ke rumah ma. Seperti biasalah, aku yang pertama akan cam. "Mak cik Esah!!!" terpancul dari mulutku seolah-olah terlalu biasa dan terlalu kenal. "Bukan Mak cik Esahlah, ni makcik Timah!!" katanya dengan suara garau yang sedikit garang. Aku dan dinda Lah segera memintanya naik ke rumah dan kami terus bergegas lari sambil menahan perut.

Mak cik Timah bukan orang lain . Dia adalah sepupu dengan aruah pa. Tapi tak heranlah, kalau sepupu sepapat aruah kita tak berapa kenal. Adik aruah sendiripun kita kenal dalam kesamaran.(seperti diceritakan oleh dinda Lah dalam blognya). Aku nak catatkan perbezaan antara aruah Pa dengan sepupunya mak cik Timah terlalu banyak perbezaan. Bukan seperti perbandingan yang dibuat oleh adinda Lah terhadap aruah dan adiknya. Antara yang paling ketara ialah, aruah lelaki, mak cik timah perempuan..

Saya mengambil kesempatan juga di sini, mengucapkan tahniah kepada cikgu Fauziah Hanim. Kerana, 1- Dilantik sebagai Guru Kanan. 2- Penerima Anugerah Perkhid.Cemerlang Tahun 2009.3- Prinsip Akaun, tetap unggul terbaik daerah...Tahniah, anda yang terlayak...

Rabu, 10 Mac 2010

Lawatan Ke Medan, Indonesia



Alhamdulillah, setelah menyepi seketika,Kalam Bicara Cahaya Purnama kembali memeriahkan dunia blog. Walaupun catatannya tidak seindah cahaya Bulan. Walaupun kata-katanya tidak seindah bahasa . Apa yang penting, apa yang tersirat di sudut hati dapat dikeluarkan. Terima kasih kepada warga SMK Putra kerana membenarkan hamba ini mengikut serta rombongan ke Medan. Bermacam gelagat, kata-kata humor menjadi teman sepanjang perjalanan. Di sana, pengalaman indah menaiki motor becak tidak akan dilupa. Kagum juga dengan kegigihan pemandunya meraih hasil dalam kesibukan . Dengan hanya membayar 10 Rupiah, kami dapat sampai ke Pasar Ikan.Kebanyakan kedai hanya menjual telekung sembahyang. "Makcik makcik!, datin datin ! mahu berbelanja ya" itulah kata-kata peniaga. Mereka ingat kita suka dipanggil makcik dan datin. Panggilan makcik di tempat kita biasanya untuk golongan 'berumur '. Mana mungkin kita dipanggil begitu ? hehehe..kata seorang ustaz, yang turut serta dalam lawatan itu, panggil saja 'kakek'! jangan panggil makcik!. Sedangkan kakek itu lebih tua dari makcik. Apa-apapun, kita dapat pengalaman dan kenangan dari rombongan itu.

Gambar-gambar Danau Toba yang menjadi hiasan dan paparan di blog ini hanya dipetik dari internet.