Seperti kelaziman dan kebiasaan, setiap petang aku dan dinda Lah akan ke rumah ma untuk berlawan pingpong.Kadang-kadang aku menang, kebanyakkannya dialah yang menang. Tak apalah, memang aku sengaja mengalahkan diri. Kalau aku yang selalu menang, akibatnya lingkuplah meja pingpong diterbalikkan....hehehe..(gurau aje..)
Petang kelmarin, semasa aku bergandingan bahu dengan dinda Lah untuk ke gelanggang pingpong, datang seseorang ke rumah ma. Seperti biasalah, aku yang pertama akan cam. "Mak cik Esah!!!" terpancul dari mulutku seolah-olah terlalu biasa dan terlalu kenal. "Bukan Mak cik Esahlah, ni makcik Timah!!" katanya dengan suara garau yang sedikit garang. Aku dan dinda Lah segera memintanya naik ke rumah dan kami terus bergegas lari sambil menahan perut.
Mak cik Timah bukan orang lain . Dia adalah sepupu dengan aruah pa. Tapi tak heranlah, kalau sepupu sepapat aruah kita tak berapa kenal. Adik aruah sendiripun kita kenal dalam kesamaran.(seperti diceritakan oleh dinda Lah dalam blognya). Aku nak catatkan perbezaan antara aruah Pa dengan sepupunya mak cik Timah terlalu banyak perbezaan. Bukan seperti perbandingan yang dibuat oleh adinda Lah terhadap aruah dan adiknya. Antara yang paling ketara ialah, aruah lelaki, mak cik timah perempuan..
Saya mengambil kesempatan juga di sini, mengucapkan tahniah kepada cikgu Fauziah Hanim. Kerana, 1- Dilantik sebagai Guru Kanan. 2- Penerima Anugerah Perkhid.Cemerlang Tahun 2009.3- Prinsip Akaun, tetap unggul terbaik daerah...Tahniah, anda yang terlayak...

1 ulasan:
Tapi, yang paling kita takut apabila memandang matanya yang agak garang dan mulutnya yang berwarna merah (sebab banyak makan sireh..) dan kanda memang takut habis kan....dinda akan ingat itu.
Catat Ulasan