Jumaat, 13 Mac 2009

Cuti Pertengahan Penggal Satu


Seronoknya cuti. Walaupun umur dah separuh abad, cuti tetap ditunggu-tunggu. Bukan tak tahu kerjaya sebagai guru. Cuti-cuti beginilah boleh rehat sikit. Rehatkan minda. Rehatkan fizikal. Relax senafas dari bebanan tugas. Tugas guru bukan sekadar mengajar. Bahkan secara tidak langsung bertugas hal-hal perkeranian, perkebunan, keceriaan, kebersihan dan lain-lain tugas.


Sekali fikir, sesal jugak menambah 2 tahun perkhidmatan lagi setelah umur pencen 56 tahun. Guru bukan macam kerja lain, bila umur 58 tahun rasanya tak larat nak 'kerabat' tingkat 3 setiap waktu untuk mengajar. Tambah-tambah lagi jika dilihat perangai pelajar leni..


Di kesempatan ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat Jejaka Melayu Terakhir Muhammad Uzaini dan isteri Julaikha. Semoga berbahagia, selamat dunia akhirat dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Khamis, 5 Mac 2009

Syukran ala adami at tadkhiin


Hari ini, tak pasal-pasal pagi hari lagi kepalaku dah pening. Aku tahu sebabnya. Aku tahu puncanya. Aku tahu, orang yang migrain macam aku, alah sangat dengan bau-bauan. Bukan sahaja pewangi-pewangi yang mahal-mahal apatah lagi dengan asap rokok. Geram tidak kepalang. Di kantin pagi tadi, ramainya perokok-perokok sedang merokok. Tak kira pangkat. Dari jaga, tukang kebun bahkan guru sendiri. Di kantin misalnya, amaran jangan menghisap rokok tidak diendahkan sama sekali. Tergantung megah. " Thank you for not smoking". Tak cukup dengan bahasa inggeris, ditambah lagi dengan bahasa arab."Syukran ala adami at tadkhin". Bahasa apa lagi yang perlu digunakan untuk memahamkan mereka? tak tahulah.....