Jumaat, 7 November 2008

Ulasan Buat Sedetik Masa Sejentik Rasa

Kenapa Murid Suka Meniru?

Dalam hal ini, kita tidak boleh salahkan pelajar seratus persen. Peranan guru yang mengawas peperiksaan itu patut kita lihat. Apa yang diperhatikan secara tidak langsung, segelintir guru (bukan di SMA Maarif), tidak mengawasinya dengan baik. Ada yang membiarkan sahaja kegiatan pelajar. Ada yang membaca Novel, Majalah, Akhbar sisipan (Pancaindera, Bi Pop), Harian Metro dan lain-lain bacaan. Kata mereka, untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Pelajar sekarang cerdik. Mereka dapat 'membaca' guru-guru yang akan mengawasi mereka. Guru ini, guru tak kisah dan tak mengapa, guru ini tak boleh. Lantaran itu, sebelum bermulanya peperiksaan (tak kira Peperiksaan OTI, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan) mereka telah merancang untuk mencatat nota-nota baik di lengan, tangan, baju dan lain-lain tempat).

Bagi guru yang betul-betul berperanan dan bertanggungjawab, mereka tidak duduk diam. Mata bulatnya sentiasa merenung tajam kepada pelajar. Pelajar yang tidur, dititikkan air, pelajar yang sentiasa merenung guru, perlu diambil perhatian. Pelajar tidak berani untuk meniru, bercakap dan berbincang.. Aduhai para guru, ustazah, ustaz, ingatlah tanggungjawab kita. Kita mengharapkan guru anak-anak kita bertanggungjawab, begitu juga harapan ibu bapa pelajar kita. Jika kita tidak senang dan tidak suka anak kita melaporkan ada segelintir kawan-kawannya membawa nota, begitu juga perasaan mereka....