Jumaat, 29 Jun 2012

SYAABAN DATANG LAGI... Pejam celik-pejam celik, ramadan akan menyusul tak lama lagi. Pantasnya masa berlalu. Saban hari dhambat waktu yang tak pernah padam, nak menulis di blogpun sendiripun tidak sempat. Apatah lagi nak menjenguk laman sesawang fb. Kalu dulu seblum wujud fb, sempat jugak pemblogger-pemblogger menulis di blog untuk tatapan peminat blog, tetapi sejak wujudnya fb, minat pemblogger telah beralih arah. Saya terkesan ,kerana sayapun begitu juga. Fenomena menulis di wall masing-masing dalam fb, saya melihat ada kesan positif dan ada kesan negatif. Melalui fb, yang paling ketara positifnya ialah dapat menghubungkan tali silaturrahim antara kawan. Bayangkanlah kawan sesama universiti, sesama sekamsis, sesama kuliah yang telah lama terputus, dapat dihubungkan semula. Baru-baru ini, kawan baik saya yang terputus hubungan dapat disatukan kembali walaupun fbnya tidak begitu aktif. Tahun ini, saya diamanahkan sebagai pengurus projek SPM . Terasa jugak sedikit terbeban. Banyak tugas yg perlu di bereskan. Dalam masa yg sama, pengajaran dan pemelajaran tidak akan diabaikan walaupun sekelumit. Saya tahu itulah tugas utama kita sebagai guru. Waktu senggang, tidak dapat rehat seperti sesetengah yg lain, masih sempat membuka laman sesawang. Masa senggang itulah saya gunakan untuk menyemak buku dan latihan pelajar serta menaip latihan untuk pelajar. Tak kiralah tingkatan 6 Atas atau Ting 5.. Pada Allah, saya berdoa semoga pelajar saya amnya, sabjek saya khasnya(Syariah k2 STPM dan PSI SPM) berjaya dengan cemerlang..InsyaAllah..