Isnin, 23 Februari 2009

Alahai.....

Dalam seminggu, lebih kurang 3 atau 4 kali kami berlawan dalam permainan ping pong. Antara aku dan adindaku Hamil. Pertama kali kami bertemu dalam arena pingpong ialah semasa sukan MASMAT (Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Terengganu) dalam tahun 1983/1984. Aku mewakili SMA Maarif. Manakala adinda Hamil wakil dari SMA Khairiah. Seperti biasalah aku kalah dalam setiap perlawanan. Tapi kumpulan kami tetap menang. Kalau tidak silap, aku juga kalah dengan adinda Hamil. Dia memang 'terror' dan 'bersungguh-sungguh' dalam apa jua perlawanan/ permainan( congkak, karom, badminton dll) emmm... faham-faham ajelah kalau kalah.

Sebenarnya, tujuan utama kami bermain selain suka-suka, ia boleh mengeluarkan peluh, hilangkan tension, eratkan hubungan kekeluargaan dan paling penting dapat mencairkan lemak-lemak yang terkumpul dan pejal. "sedap makan, selera sokmo, takut gemuk" perkataan yang selalu meniti dibibir....Alahai! bosan. jemu, letih memikirkannya!. Apa nak jadi, jadilah !!!!!

Sabtu, 21 Februari 2009

Orang Yang Banyak Bercakap Akan Banyak Kesalahannya

Dari Umar r.a yang bermaksud:

"Siapa yang banyak ketawa, maka sedikit hormat orang kepadanya.
Siapa yang memandang rendah terhadap manusia, maka dirinya juga dipandang rendah oleh orang lain.
Siapa yang banyak melakukan sesuatu, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak bercakap, maka dia menjadi terkenal dalam perkara itu.
Siapa yang banyak kesalahannya, maka sedikit malunya.
Siapa yang sedikit malunya, maka sedikit waraknya. dan.....
Siapa yang sedikit waraknya, maka mati hatinya."

Ahad, 15 Februari 2009

Kuah tidak tumpah ke nasi.....




Orang ingat anak-anak Allahyarham Haji Muhammad mewarisi seni penulisan khat. "Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?". Sangkaan itulah, orang ingat saya pandai, mahir dan cantik dalam penulisan khat jawi. Dilantik sebagai penasihat Kelab Jawi dan Seni Khat. Kasihan pada Allahyarham, usahanya dalam mengembangkan martabat penulisan khat tidak dapat disambung dan diwarisi oleh anak-anak dan cucunya. Rugi dan sedih rasanya semasa hayatnya, anak-anak tidak menunjukkan minat yang mendalam. Akhirnya bengkel Seni Khat Besut terkubur begitu sahaja. Meninggalkan sisa-sisa kenangan penuh syahdu.




Sabtu, 7 Februari 2009

Tak Mesra Pelanggan....

"Pukul berapa doh nih?" Soal seorang pekerja di kaunter pendaftaran Wad Kecemasan Hospital Besar Besut dengan muka yang masam mencuka. Dahlah muka tu hodoh, kalu handsome tak apalah jugak. Boleh dimaafkan. Itupun setelah 3 kali pertanyaan suamiku bertanyakan bagaimana prosedur nak buat ke atas anakku Awa yang demam panas. Dia ingat kita ke Wad Kecemasan tu suka-suka, gi saja-saja, nak tengok muka dia..

Seingat-ingat akulah, ini kali ke dua aku ke wad tersebut . Kali pertama, masa aku keguguran dan tumpah darah pada tahun 1999. Kali ini (petang khamis baru-baru ni) , membawa Awa yang demam panas dan pengsan secara tiba-tiba.

Semasa menunggu rawatan, aku meninjau-ninjau dan memerhatikan setiap sudut, nak tengok dan nak baca hal-hal kepentingan pelanggan atau apa-apa saja. Memang ada banyak , antaranya Piagam Pelanggan yang di letak di sudut kaunter tersebut. "Mesra Pelanggan" terletak betul-betul di hadapan pekerja tersebut..

Piagam Pelanggan ialah satu komitment bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran/perkhidmatannya kepada pelanggan. Piagam ini merupakan jaminan jabatan/ agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.( Perkhidmatan yang berkualiti, cepat, cekap dan memenuhi kehendak pelanggan)

Persoalannya, sejauhmanakah keikhlasan pekerja itu dalam merealisasikan hasrat kementerian tersebut.

Rabu, 4 Februari 2009

Lu Pikirlah Sendiri.......

Berapa tahun lagi nak mengajar di situ? Sehingga pencen? Tak minat ke nak beralih angin? Tengok dunia luar? Atau memang betul-betul selesa? Itulah antara soalan-soalan cepu emas yang sentiasa dilontarkan kepadaku.

Memang benar, akulah orang paling lama berada di sekolah itu. Bermula tahun 1980(Tingkatan 1) sehinggalah tingkatan 6 (1986). Masuk Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 1987-1991. Pohon sebagai guru sandaran tidak terlatih dengan JHEAT. Di tempatkan di sekolah ini. Sekolah yang banyak berjasa kepadaku. Tahun 1992, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini untuk mendapatkan KPLI di MPI Bangi. Tahun 1993, tidak disangka-sangka ditempatkan lagi di Sekolah ini sehinggalah sekarang. Bermakna campur tolak, hampir 30 tahun . Setia. Dari umur belasan tahun (13 tahun) hingga dah nak senja.

Nak buat macamana? Jarak dari rumah dengan sekolah tidak sampaipun 5 minit. Nak hantar dan ambil anak, tidak menjadi masalah. Apa naklagi?Sori banyak-banyak adindalah. 'Perkiraan' kita terpaksa ditangguhkan dulu....Nak fikir dulu. Lu fikirlah !! hehe

Ahad, 1 Februari 2009

Apa Yang Mahu di"Ngomong "Ya??

Tak tahu nak ngomong apa. Nak ngomong tentang kekejaman Israel di Gaza? Tak tahu nak ulas macamana? Hanya yang boleh dibantu dengan solat hajat, sedikit bantuan kewangan, boikot barang-barang dan yang paling penting membenci dan mengutuk habis-habisan di dalam hati, meminta doa agar bumi dan rakyat Palestin diselamatkan Allah. Itu sahaja yang mampu. Untuk mendapat lebih banyak info tentang Gaza, layarilah http://affandimotivator.blogspot.com/

Nak 'ngomong' tentang blog? Saya bukanlah orang yang arif. Hanya tahu Sign in, View blog, New post, Edit post, Save dan Publish Post. Itu saja.

Nak ulas tentang bahasa? tentang nasib PPSMI? Tak tahu nak ulas macamana. Lagipun banyak ulasan yang telah dibuat dalam blog cikgu za. layarilah http://cikguza.blogspot.com/

Nak 'ngomong' hal politik ? Bukanlah pakar politik. Cuma berminat juga mengetahui senario politik masa kini, 'Politik Wang' yang sentiasa menjadi isu semasa dalam media massa.