"Pukul berapa doh nih?" Soal seorang pekerja di kaunter pendaftaran Wad Kecemasan Hospital Besar Besut dengan muka yang masam mencuka. Dahlah muka tu hodoh, kalu handsome tak apalah jugak. Boleh dimaafkan. Itupun setelah 3 kali pertanyaan suamiku bertanyakan bagaimana prosedur nak buat ke atas anakku Awa yang demam panas. Dia ingat kita ke Wad Kecemasan tu suka-suka, gi saja-saja, nak tengok muka dia..
Seingat-ingat akulah, ini kali ke dua aku ke wad tersebut . Kali pertama, masa aku keguguran dan tumpah darah pada tahun 1999. Kali ini (petang khamis baru-baru ni) , membawa Awa yang demam panas dan pengsan secara tiba-tiba.
Semasa menunggu rawatan, aku meninjau-ninjau dan memerhatikan setiap sudut, nak tengok dan nak baca hal-hal kepentingan pelanggan atau apa-apa saja. Memang ada banyak , antaranya Piagam Pelanggan yang di letak di sudut kaunter tersebut. "Mesra Pelanggan" terletak betul-betul di hadapan pekerja tersebut..
Piagam Pelanggan ialah satu komitment bertulis jabatan/agensi kerajaan terhadap penyampaian keluaran/perkhidmatannya kepada pelanggan. Piagam ini merupakan jaminan jabatan/ agensi kerajaan untuk menyampaikan keluaran perkhidmatan mengikut standard kualiti yang ditetapkan.( Perkhidmatan yang berkualiti, cepat, cekap dan memenuhi kehendak pelanggan)
Persoalannya, sejauhmanakah keikhlasan pekerja itu dalam merealisasikan hasrat kementerian tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan