Jumaat, 29 Ogos 2008

Selamat datang Ramadhan Al Mubaarak....

Setitis fadhilat puasa..selamat berpuasa

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu."


Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan. Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."

Rabu, 27 Ogos 2008

Sedetik masa, sejentik rasa...

Sudah beberapa hari, saya tidak melayari dan mengemaskini laman web ini. Keterbatasan masa. Walaupun hanya guru biasa, di sekolah biasa, setiap hari perlu kepada persediaan untuk menghadapi pelajar. Pun begitu kehangatan Pilihanraya, politik Malaysia masa kini, diskusi Penganalisis Politik dan lain-lain masalah global sempat juga menjadi tatapan dan pilihan utama.
Terima kasih banyak-banyak kepada cikgu Fauziah Hanim,kerana sudi melayari laman web Kalam Bicara yang tidak seberapa ini. Terima kasih juga buat cikgu Marhanis kerana menunjukkan minat terhadap paparan di laman ini.

Akhir kalam, untuk mama tersayang selamat berangkat ke Makkatul Mukarramah untuk melaksanakan umrah dan menjalani ibadah puasa...InsyaAllah,kalam bicara akan menyambung bicara lagi..

Jumaat, 22 Ogos 2008

Bicara santai pagi jumaat.....

Sekadar bicara untuk menjana minda...

"55 ringgit,tikar Sarawak-tikar Sarawak!55 ringgit tikar Sarawak-tikar Sarawak!"..kedengaran satu suara yangntak henti-henti melalui pembesar suara. Pada mulanya aku ingat suara 'real' penjual tikar memancing minat pengunjung Pasar Tani Pekan Kuala Besut. Rupa-rupanya hanyalah 'tape' yang diulang-ulang. Sebab itulah tak letih-letih kedengaran. Malah aku yang mendengarnya pula rasa'kering tekak dan 'pening kepala'.Aku terus berjalan sambil memerhati gelagat penjual-penjual. 'Bele-bele' suamiku mencari,memilih,mencuba dan menawar kasut bola di tempat jualan barangan kasut terpakai, aku sempat menjeling penjual ubat yang menjual di hadapanku. Sebelum tu,aku telah mendengar dari jauh suara penjual itu."Ubat resdung,ubat kurap,ubat gatal semua ada. Jika kak guna dalam masa 3 hari sahaja, dah dapat lihat kesan dan hasilnya. Cara penggunaannya tak susah,hanya lumur 2 kali sehari"..rupa-rupanya penjual itu hanya bercakap seorang diri,'bermonolog',tidak ada seorang pembelipun. Kasihan aku lihat. Kadang-kadang mengesat peluh yang mengalir, kadang-kala menyedut air untukmembasahi anak tekak ..betullah kata orang,menceburi bidang perniagaan ini, memerlukan ketabahan,jati diri dan kesabaran.....

Rabu, 20 Ogos 2008

Renung-renungkanlah..fikir-fikirkanlah.....

Air mata di tepi kuburan

Suatu hari Sayyidina Usman r.a berjalan melintasi sebuah kawasan kubur. Tiba-tiba Usman berhenti melangkah dan terdiam.Kemudian, air matanya mengalir setitis demi setitis, hingga membasahi janggutnya.Melihat Usman menangis terseak-esak di tepi kuburan itu,datang seorang sahabat lalu bertanya:"Wahai Amirul Mukminin, engkau selalu menyebut syurga dan neraka serta segala penderitaan di hari akhirat, tetapi aku tidak pernah melihat engkau menangis semasa memperkatakannya. Tapi hari ini apabila engaku berjalan di tepi kuburan, engkau menangis pula.Apa sebabnya wahai Amirul Mukiminin?Jawab Usman,"kerana Nabi telah bersabda, 'Kubur ini tempat pertama dari tempat-tempat akhirat dan tempat terakhir dari tempat-tempat dunia.Barangsiapa yang selamat dari kubur itu, maka apa yang sesudahnya adalah lebih ringan. Dan barangsiapa yang tidak selamat darinya, maka apa yang berlaku sesudahnya akan lebih berat lagi."Usman mengesat air matanya, kemudian menyambung,"Jika aku di neraka, aku akan bersama manusia lain, jika aku di alam akhirat, akupun bersama manusia lain, tetapi jika kau berada dalam kubur maka tiada seorangpun manusia bersamaku. Tinggallah aku bersendirian saja di dalam pusara. itulah sebabnya aku menangis."

Ahad, 17 Ogos 2008

Renungan sejenak wasiat Rasulullah....

13 wasiat Rasulullah kepada Ali

Antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas: Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:" 1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un). 2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut. 3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia". 4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka. 5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga. 6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya. 7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari. 8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan. 9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan. 10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran. 11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah. 12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi. 13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau. Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah

Sabtu, 16 Ogos 2008


Alhamdulillah,dapatlah jugak saya menyambung bicara saya berkenaan dengan pengalaman mengerjakan haji. Niat ihram, Tawaf, Wukuf, Saie, bercukur dan tertib adalah rukun haji. Jika tertinggal salah satu, haji tidak sah. Berbanding dengan Wajib Haji, jika tertinggal salah satu haji masih sah tetapi dengan syarat membayar dam.

Antara gambar-gambar di Makkah
Nisfu Syaaban

Nisfu dlm bahasa arab beerti setengah. Nisfu Syaaban beerti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:
Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."
Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:1.Solat sunat nisfu sya'aban - terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini
Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat
.
Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya
i) Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allahii) Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allahiii) Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman
3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)

Jumaat, 15 Ogos 2008

Memori penuh makna


Bulan Ramadan datang lagi, disusul dengan syawal , zulkaedah dan zulhijjah..bulan haji. Catatan ku ini sedikit sebanyak dapat berkongsi dengan bakal-bakal tetamu Allah. Memang benar, bila kita menjadi tetamu Allah, Allah telah memberi kita banyak kemuliaan..kita sebagai 'VIP', di'iringi' dengan polis semasa kita di bawa dengan bas ke Kelana Jaya. Oleh sebab aku dan suami dipilih penerbangan lewat, kami bertolak dari Kelana Jaya dengan berpakaian ihram.Tidak kisahlah, yang penting kami amat bersyukur kerana terpilih mengerjakan haji pada tahun itu, iaitu tahun 2006. Sampai di Mekah, kami telah menginap di Hotel Saada, berdekatan dengan Masjidil Haram. Dengar khabar, hotel yang menjadi penginapan kami telahpun dirobohkan untuk meluaskan lagi kawasan Masjidil Haram.


Syukran jazilan buat Mohamad Latiff dan Hadi atas keikhlasan dan kesungguhan membantu kami. Mereka berdua telah menjadi warganegara Mesir berasal dari Pattani. Setelah beberapa jam kami sampai,mutawwif kami ustaz Wan Ahmad, membawa kumpulan kami meninjau kawasan masjid sebelum kami memulakan tawaf qudum.


bersambung...

cuti sekolah


Cuti datang lagi. Apa yang pasti cuti ataupun tidak, kita tetap begini. Tidak ke mana-mana. Janji dengan anak-anak, Wan Nurafiqah, Wan Nur Ezdiani dan Wan Nur Hazwani belum tertunai. Dulu semasa Iqah dalam tahun 6, jika dapat 5A UPSR, akan 'round' Malaysia. Leni dah nak PMR. InsyaAllah, pasti janji akan terlaksana. Start kelmarin, Awa ke PKG, ikuti Kem Kecemerlangan Anak Soleh, rasa sunyi jugak.Sekurang-kurangnya cuti sekolah terisi dengan benda yang berfaedah. Tidak asyik membuang masa dengan menonton channel 611, 613 ataupun Conan. Anak Soleh Pemangkin Kecemerlangan Insan. Itulah motto Kem Ibadah itu.