Sekadar bicara untuk menjana minda...
"55 ringgit,tikar Sarawak-tikar Sarawak!55 ringgit tikar Sarawak-tikar Sarawak!"..kedengaran satu suara yangntak henti-henti melalui pembesar suara. Pada mulanya aku ingat suara 'real' penjual tikar memancing minat pengunjung Pasar Tani Pekan Kuala Besut. Rupa-rupanya hanyalah 'tape' yang diulang-ulang. Sebab itulah tak letih-letih kedengaran. Malah aku yang mendengarnya pula rasa'kering tekak dan 'pening kepala'.Aku terus berjalan sambil memerhati gelagat penjual-penjual. 'Bele-bele' suamiku mencari,memilih,mencuba dan menawar kasut bola di tempat jualan barangan kasut terpakai, aku sempat menjeling penjual ubat yang menjual di hadapanku. Sebelum tu,aku telah mendengar dari jauh suara penjual itu."Ubat resdung,ubat kurap,ubat gatal semua ada. Jika kak guna dalam masa 3 hari sahaja, dah dapat lihat kesan dan hasilnya. Cara penggunaannya tak susah,hanya lumur 2 kali sehari"..rupa-rupanya penjual itu hanya bercakap seorang diri,'bermonolog',tidak ada seorang pembelipun. Kasihan aku lihat. Kadang-kadang mengesat peluh yang mengalir, kadang-kala menyedut air untukmembasahi anak tekak ..betullah kata orang,menceburi bidang perniagaan ini, memerlukan ketabahan,jati diri dan kesabaran.....
2 ulasan:
Teringat masa abg nd jual pokok kat pasar tani dulu. Macam tu lah, lelah...untung tak banyak, muka jadi hitam. Kulit jadi legam. Cuma pengalaman tu sungguh berharga. Jadi tok peraih pasar tani ni tak sama dengan org makan gaji. Rezeki turun naik. Tapi tak ada gangguan birokrasi. Kita bebas buat apa sahaja. Teringat kisah Rasul Junjungan yang juga 'seorang peraih'. Cuma namanya bukan pasar tani.
Sudah lama tidak kujenguk pasar tani kuala besut sejak awang rajuk tidak lagi menjadi sebahagian daripada warganya. pasar tani kuala besut sebenarnya merupakan pasar kehidupan kerana di situ pelbagai gelagat kehidupan dapat dilihat. kita melihat kepayahan dan kegigihan untuk mencari sesuap nasi. kita melihat kemungkaran dan kedurjanaan. semuanya ada di sana..
Catat Ulasan