Rabu, 7 Oktober 2009

Tingkatan Enam Oh Tingkatan Enam..

Hari ini telahpun 18 Syawal kita di dalam bulan Syawal. Selamat berpuasa enam bagi mereka yang sedang menghabiskan sisa-sisa enam hari bulan Syawal. Masih belum terlambat bagi mereka yang belum lagi melaksanakan puasa sunat ini. Hari ini jugak, kesabaran aku telah sampai ke kemuncak terhadap pelajar tingkatan Enam Bawah . Semasa P&P berlangsung tengahari tadi, segelintir mereka tidak menumpukan perhatian kepada P&P. Ada yang dengan 'ralit' membaca akhbar harian metro. Ada yang matanya dari awal hingga akhir memandang ke luar kelas. Pelajar perempuan tingkatan 5 yang mundar-mandir di koridor lebih menarik perhatian mereka. Dahlah ada yang macam biskut chipsmore. Sekejap ada sekejap tiada. Aku rasa ini salah satu dari keburukan belajar secara kuliah. Guru tidak dapat menumpukan perhatian kepada keseluruhan pelajar. Itu belum lagi dikira keadaan kelas yang tidak kondusif.

Catatan ini tidak menyentuh mana-mana pihak. Cuma mengeluarkan apa yang tersurat dan ketidak puasan hati saya sahaja sebagai salah seorang tenaga pengajar Tingkatan Enam.Itu saja.

Tiada ulasan: