Musim peperiksaan tiba lagi. Apa yang pasti 'demam' peperiksaan nampaknya belum lagi berlaku kepada calon SPM dan STPM di sekolah saya. Masing-masing seperti biasa, bergelak ketawa, berbual-bual kosong di koridor dan tangga, lepak di sana-sini. Apa yang pasti, guru yang mengajar lebih teruja. Lebih berdebar. Termasuklah saya yang mengajar 3 tingkatan. Tingkatan 6 Atas, tingkatan 5 dan tingkatan 6 Bawah. Semuanya perlu diberi perhatian. Tak cukup siang hari, malampun ada kelas. Saban waktu memikirkan cara terbaik untuk diberi saat-saat akhir ini. Apa yang perlu dibuat untuk pelajar elit dan sederhana,tanpa meninggalkan pelajar halus(harapan Lulus).
Pada masa yang sama, saya selalu tertekan dengan pelajar 6 Bawah. Style kuliah dan tutorial yang dilaksanakan belum lagi dapat diterima oleh saya. Mungkin suasana, kelas, persekitaran yang tidak kondusif. Lebih-lebih lagi persediaan yang kurang dari saya. Menjadi tenaga pengajar bagi tingkatan 6 sedikit penat. Maklumlah mengajar 'budak tua'. Sedikit sebanyak mereka telah matang dari pelbagai segi. Memberi impak kepada saya.
Apa-apapun, selamat menempuh peperiksaan STPM bagi pelajar-pelajarku. Semoga berjaya menjejaki ke IPTA. Begitu juga kepada calon SPM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan