Jumaat, 11 Mac 2011

Alahai!Sensitifnya Tentang Umur


Saya masuk ke kelas 5A2 tepat jam 10.00 pagi. Mereka telah bersiap sedia dengan buku teks PSI bimbang disoal. Tajuk pada hari itu ialah tanggung jawab suami isteri. Seperti biasa, saya cuba ingatkan balik tajuk sebelumnya dengan bersoal jawab. Soalan berkaitan dengan rukun nikah, hukumnya, syarat saksi, susunan wali dan lain-lain lagi. Seperti hari-hari yang lain, mereka kadang-kadang terlopong dan termanggu-manggu bila disoal seperti belum belajar. Kadang-kadang itulah yang menyebabkan darahku naik secara tiba-tiba.


Melihatkan keadaan pelajar yang kurang bermotivasi, saya cuba menjadi pakar motivasi dengan menerangkan pentingnya pelajaran. Walaupun pelajar dari golongan berada. Perlunya kesungguhan dalam belajar dan mengimbas kembali pengalaman rakan-rakan saya yang malas belajar. Menurut mereka, mereka sesal kerana terlalu ikutkan perasaan,ingin berkahwin dalam usia muda. sekarang, dengan anak berderet-deret, tanpa pekerjaan, mereka tidak terurus dan tidak sempat nak melawa. Umur nampak tua dari usia sebenar. Saya kata kepada pelajar saya, umur kawan-kawan saya tidak seperti umur saya. Umur '34' tahun.


Semua pelajar dalam kelas, mengerutkan kening dan tanpa berfikirkan perasaan saya, mereka berkata"oloh!! jolo ke umur ustazah 34 tahun? soal mereka. Saya tidak menjawabnya tapi dalam hati, kalau ditanya bimbang mereka akan meneka umur lebih dari 54 tahun ke atas..hahaha!!sensitifnya bila sebut tentang umur..

Tiada ulasan: