Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Selasa, 27 Disember 2011
SELAMAT DATANG TAHUN 2012
SELAMAT TINGGAL TAHUN 2011
Pejam celik pejam celik dah nak masuk tahun 2012. Sekejapnya masa berlalu. Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2011 rasanya baharu saja bermula dah meninggalkan saki baki 2-3 hari lagi. Umurpun saban tahun meningkat tidak dapat ditahan-tahan lagi. Adakah azam tahun 2011 terlaksana dengan jayanya atau tidak, terpulanglah kepada diri masing-masing untuk menilainya. Bagi saya, tahun 2011 banyak meninggalkan kenangan. Sedikit sebanyak memberi erti dan pengajaran kepada saya. Tahun 2011 saya mula menjejaki kaki di SMA Ittifakiah setelah memulakan kerjaya saya selama 17 tahun di SMA Maarif. Kalau dihitung tahun memijakkan kaki ke SMA Maarif agak lama lagi bermula tahun 1980 sebagai pelajar Tingkatan 1 hinggalah Tingkatan 6 Atas. Kemudian masuk ke Universiti tahun 1987 hingga 1991. Tahun 1991 saya menjadi guru GSTT di Maarif setelah habis mendapat ijazah sarjana Muda. Tahun 1992 , saya melanjutkan pelajaran untuk mendapat Diploma Pendidikan melalui KPLI. Tahun 1993 dihantar ke SMA Maarif untuk memulakan kerjaya pendidikan.
Tanpa diminta walaupun bosan ditempat kerja yang lama, saya ditukarkan ke SMA Ittifakiah. Memanglah sedikit berbeza dari sekolah yang lama, tapi seronok jugak berpeluang untuk 'alih angin'. Tuan pengetua yang happy go lucky yang selalu bergurau senda dengan guru-guru, PK1 yang serius, tegas dan berwawasan, guru-guru yang sentiasa berkomitmen dengan tugas.
Pada awal bulan oktober, EG tukar dibuka, saya mengisinya untuk mencuba nasib pohon pertukaran ke Maarif. Alhamdulillah, nampaknya tahun 2012 saya bakal sekali lagi menapak di SMA Maarif. Mungkin ada sesetengahnya rasa meluat melihat kehadiran saya, saya tak kisah yang penting , dekat dan hampir dengan rumahtangga saya...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan