Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 11 Disember 2009
Peperiksaan Akhir SPM 16 Disember...berdebarnya!!
16 Disember nanti, peperiksaan akhir SPM bakal menyusul dengan kertas Pendidikan Syariah Islamiah(kod 5228). Sebagai guru yang bertanggungjawab dalam matapelajaran ini, saya sedikit gusar. Setakat mana pencapaian pelajar. Setakat mana kefahaman mereka. Setakat mana pembacaan, penghafalan dan ingatan mereka. Aku selalau berdoa agar Allah mempermudahkan segalanya. Jika berbading dengan tahun-tahun sebelumnya, pada tahun ini aku sedikit 'bersungguh'.Kesungguhan ini sedikit sebanyak saya perolehi dari keazaman dan kesungguhan cikgu Zie. Tidak pernah letih dan penat dalam mendidik. Saya pernah tanya, vitamin apa yang dimakan kerana sentiasa bersemangat. luahannya dalam blognya Anak Dagang Di Rantau Orang adalah luahan yang penuh ikhlas. Kecewa dengan aras soalan Prinsip Akaun yang dirasakan terlalu tinggi untuk calon SPM. Nasihat saya, usah rasa hampa dan kecewa cikgu, mungkin pengredan PA nanti akan direndahkan. Saya percaya PA di sekolah kita nanti seperti tahun tahun yang lalu akan kekal nombor satu peringjkat daerah dan negeri. InsyaAllah. Kita sama-sama tunggu dan lihat!!!!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
sama sama kita doakan pelajar kita dapat jawab dengan baik,hamba pun berdebar result PMR dah nak keluar,kalau kurang dari 100 orang dapat A macam tahun 2008,hamba nak letak jawatan!
Betul laa..cikgu jangan gabra kerana kalau cikgu gabra murid lagi lara. sama-samalah berdoa semoga Allah permudahkan murid ustazah utnuk jawab psi.
Catat Ulasan