Rabu, 16 Disember 2009

Dalam Duka Terselit Lega

Berakhirlah sudah peperiksaan SPM dengan berakhirnya kertas Pendidikan Syariah Islamiah. Jam 7.40 pagi saya telah berada di sekitar dewan bersama pelajar untuk sama-sama mengaminkan doa yang dibaca oleh Hafiz Fauzi. Setelah semua pelajar memasuki dewan selama 10 minit, saya didatangi oleh pengawas peperiksaan menyatakan masih ada 3 calon yang belum hadir iaitu Hakim, Faris Imadi dan Asyraf Aiman. Setelah 15 minit kemudian, barulah nampak kelibat Faris Imadi dan Hakim. Walau bagaimanapun, Asyraf Aiman tidak kelihatan sehinggalah berakhirnya kertas 2 tepat jam 12.15 tengahari. Saya cuba menghubungi Asyraf berdasarkan nombor yang diberi oleh Mohd Nor Akma. Asyraf memang telah ada niat untuk tidak hadir. menurutnya dia telah berada di Kuala Lumpur bertolak semalam. Entahlah boleh dipercayai ke tidak.

Dalam kekecewaan, hati saya terubat bila melihat soalan-soalan yang keluar. Kebanyakannya telah dibincangkan dengan pelajar sehari sebelum peperiksaan. .. Jika pelajar mengambil perhatian dan fokus pada hari tersebut, sememangnya dapat menjawab dengan baik. Amin...

Tiada ulasan: