Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Isnin, 17 September 2012
Selamat Menunaikan Haji Buat Tetamu Allah..
Salam 1 Zulkaedah buat semua pengunjung blog ini. Tahniah buat jemaah haji yang terpilih dan menjadi tetamu Allah. Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana memilihkan kita diantara umat yang lain.
Apa hikmah yang dapat kita ambil dari menunaikan ibadah Haji
1. Sebagai tanda pengabdian diri kepada Allah SWT Tuhan semesta alam.
2. Dari sudut kemasyarakatan, ibadah haji merupakan perhimpunan antarabangsa umat Islam dan mereka berada dalam satu tempat dalam satu masa dengan menghayati satu visi dan misi.
3. Ibadat haji mendidik manusia bahawa manusia itu sama, tidak ada perbezaan taraf, darjat berasaskan bangsa dan warna kulit, kekayaan dan sempadan geografi. Semuanya sama, ianya dijelmakan melalui pakaian ihram.
4. Ibadah haji juga merupakan suatu perghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia. Daripada perhimpunan ini menggambarkan bahawa wujudnya kesatuan manusia hanya dapat dirialisasikan dengan satu aqidah dan satu syariat.
5. Ibadah haji dapat membentuk keperibadian muslim dengan akhlak dan disiplin yang baik. Segala perintah dan larangan semasa ihram dipatuhi untuk mendapat haji yang mabrur.
6. Dari aspek spiritual manusia, ibadah haji menyuburkan keimanan dan ketakwaan. Ia mendidik dan memupuk spiritual seseorang agar mentauhid dan mengabdikan diri hanya kepada Allah SWT semata-mata. Dalam masa yang sama menolak untuk tunduk selain Allah. Perkara sebegini terpancar Jelas melalui ucapan-ucapan talbiah, doa dan zikir yang diucap oleh para jamaah haji ketika menunaikan ibadah tersebut.
7. Kita sebagai umat Islam boleh melihat sendiri Baitullah dan beribadah di Masjid Nabawi serta menziarahi makam Rasulullah SAW
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan