Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Sabtu, 1 Disember 2012
Pertandingan Ping Pong MSKPP Tahun 2012
MSKPP Tahun 2012
Alhamdulillah, pada 22-24 November yg lalu, saya berkesempatan mewakili Daerah dalam MSKPP dalam acara ping pong. Dalam debar dan getar, saya bermain. Bayangkanlah, pertandingan ping pong telah lama saya tinggalkan. Masa muda dahulu. Masa dalam tingkatan 3,4 & 5 dulu. Walaupun saban petang saya bermain, bukan untuk pertadingan tetapi riadah waktu petang.
Dalam pertadingan ini, saya menang ke atas pemain dari Marang dan Setiu. Orang yang paling hebat dan juara perseorangan ialah adinda kesayangan saya, hamilah. Oleh kerana kami telah memenangi peringkat ini, akan membawa kami mewakili Terengganu untuk peringkat kebangsaan. Chewah!! hebatnya dengar..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan