Jawapan Ibrahim Adham (Ahli Tasauf yang masyhur) seperti berikut:
- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak tunaikan hakNya.
- Kamu sangka kamu cinta kepada Rasulullah,tetapi kamu tinggalkan sunnahnya.
- Kamu telah membaca Al-Quran,tetapi kamu tidak beramal dengannya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah,tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya.
- Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu,tetapi kamu tidak menentangnya.
- Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar, tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa neraka itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu telah berkata bahawa mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu bangun dari tidur lalu kamu menceritakan segala keaiban manusia,tetapi kamu lupa keaiban kamu sendiri.
- Kamu kuburkan mayat, tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripada mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan