Isnin, 6 April 2009

Sembang-Sembang Petang..


" Dah lama i tak up date my blog", sungut saya kepada adinda Lah ketika kami bermain pingpong petang tadi. " i pun gitu jugak!". Katanya. Tidak ada idea untuk ditulis. Heran! orang macam dia yang kreatif dan inovatifpun tidak ada idea. Kalau orang macam saya ni, lainlah. Periksa PTKpun 3-4 kali baru pass. Biarlah hal ptk tuh. Malas nak fikir..


Selesai bermain dan berlawan ala kadar, kami memetik 2 biji kelapa wangi muda yang sentiasa berbuah hasil air tangan peninggalan aruah papa. Seperti biasalah, aku yang petik dan kopek, adinda Lah membancuh air gula. Sambil minum, kita sembang-sembang di bawah pokok belimbing. Banyak hal yang menjadi topik..

1 ulasan:

Hamilah berkata...

Yalah kanda jay..banyak hal yang disembang.soal masa silam..masa sekarang..dan masa depan. Tentang anak-anak yang kian dewasa. Tentang bonda tercinta. Tentang pengantin senja. Tentang apa sahaja. Sesungguhnya, kita adalah anak-anak yang lahir dari dunia yang cukup ajaib, indah dan menarik.Sampai hari ini bukan setakat nyiur wangi ayahanda yang kita minum airnya tapi kisah ayahanda tetap mewangi dalam aliran masa. Al-Fatihah!