Rabu, 26 Ogos 2009

Sembang-Sembang Ramadan


Sudah menjadi kemestian, setiap petang aku dan suami ke Bazar Ramadan. Berbeza dengan sebelum ini ( bukan bulan ramadan) aku puas memerah otak untuk mereka/menyediakan menu harian. Anak-anakku pernah bersuara menyatakan menu harianku macam menu di asrama. Hari Ahad, tomyam dan ikan sweet sour, Hari Isnin, gulai kuning ikan tenggiri & ayam goreng berempah. Hari Selasa sop tulang & ikan kerisi goreng. Hari Rabu masak pedas timun batang & ayam goreng. Manakala hari Khamis, ikan masak kicap & sayur campur goreng putih.


Berbeza pada bulan ramadan ini, aku lebih suka membeli makanan yang sudah siap dimasak. Aku rasa akulah pengunjung setia pasar ramadan Kg.Raja. Antara menu yang menjadi kegemaran kami sekeluarga ialah ikan talapia bakar (perencahnya sedap) RM 6.00 seekor. Ikan bakar cencaru bersumbatkan sambal (RM 3.00), ayam masak pedas( RM 6.00), ikan keli percik (RM 3.00), kerabu perut (RM 2.00) dan kuah sama ada sop/ gulai kepala ikan (RM 6.00).


Setiap hari hitung panjang perbelanjaan kami membeli lauk pauk, kuih muih dan air dalam sekitar RM 40.00. Tak mengapalah. Ramadan setahun sekali. Ubah selera sikit. Boring jugak asyik makan menu yang sama. Tapi terpulanglah kepada cita rasa masing-masing. Tepuk dada tanya selera.

Tiada ulasan: