Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 5 Jun 2009
Fatimah Humayraa Cucunda Ke 30
Minggu lepas, Aisyah Mariah dilahirkan di hospital USM. Tahniah Rah dan Din. Hari Selasa 3 Jun pula Fatimah Humayraa pula dilahirkan. Tahniah Bie dan Zul. Dengan kelahiran Fatimah Humayraa, genaplah cucu ma dan aruah pa 30 orang. Alhamdulillah!. Bermula dengan Huwaina, cucu pertama, diikuti dengan Umar Abdul Aziz, Hassan Ali, Hussin Ali, Abu Dzar Al Ghiffari, Wan Nur Afiqah, Wan Nur Ezdiani, Wan Nur Hazwani, Nuzul Badree, Aimann, Harizz Eilman, Inayatul Fasihah, Ifwatul Iman, Nur Insyirah, Wafiey, Mufid, Isyraqi, Amilin, Hannah, Awatif, Ibrahim Adhan, Nur Khalisya, Budiman, Baihaqi, Farah, Aisyah Mariah, Nabihah, Siddiq Marzuki, Muhammad Amin dan Fatimah Humayraa. ( Maaf ya ibu-ibu dan bapak-bapak, jika ejaan nama anak-anak salah)
Selasa, 2 Jun 2009
Rabu, 13 Mei 2009
Oh Ibu Oh Guru
Bunga sirih untuk guru Sajak untuk ibu
Guru adalah ibu pengasuh budiman Siapalah daku tanpa dirimu
Guru adalah ratu lebah Walaupun sering memarahiku
Lalu memujuk membelai kelopak Daku tidak pernah kecewa
cerita kasih sayang Kata-katamu bak mutiara
lilinnya berbunga sinar cahaya Kerana ku tahu disebalik kata-katamu
mendung berbunga penawar jiwa Kupasti setiap nasihat itu adalah utk kebaikan
Guru adalah penyu pengasih Mengajarku erti sebuah kehidupan
lalu menabur bunga telur Sempena hari ibu
baktinya segar mewangi Daku berdoa ke atas kesejahteraan dirimu
sepanjang pantai zaman Agar dipanjangkan umur
(sedutan dari JM Aziz) (Nukilan Sulaiman)
Sempena hari ibu, untuk bonda hasmah, semoga sejahtera, bahagia selalu, selamat dunia akhirat. Sempena hari guru, selamat hari guru buat semua guru. Jasamu guru..terlalu banyak untuk dihitung, terlalu tinggi untuk diukur, terlalu melaut untuk disukat, terlalu berharga untuk dinilai, terlalu mulia untuk dikenang, biar apapun budimu..SELAMAT HARI GURU untuk cikgu Affendi, cg Fariza Nurbaya, ustazah Hamilah, Ustaz Termizi, ustz Insijam, ust. Amirizal, cg Nasirah, cg Zainul Abidin, ustzh Rabihah, cg Nur Aini, cg/ust.Jamaliza, cg Auzan, En Asruf , cg Pazrina, cg Fauziah Hanim, ust. Abdullah, cg Rohani ,istimewa cg Wan Abdullah serta semua guru di SABK Maarif..

Isnin, 4 Mei 2009
Kawan Sejati....
Berpesan Al Qomah kepadanya, "Wahai puteraku! Sekiranya engkau merasakan perlu untuk bersahabat dengan seseorang maka hendaklah engkau memilih teman-teman yang memiliki sifat yang berikut: 1. Jika kamu ditimpa oleh bencana maka temanmu itu akan cuba melakukan sesuatu untuk menghilangkan dan meringankan kesusahanmu itu. 2. Jika kamu meminta sesuatu bantuan atau pertolongan dari teman itu maka ia akan segera mengusahakannya. 3. Jika kamu merancangkan sesuatu maka temanmu itu akan turut membantumu dengan memberikan pandangannya. 4. Jika kamu bercakap-cakap dengannya maka temanmu itu akan membenarkan kata-katamu. 5. Jika temanmu itu melihat sesuatu yang tidak baik dari perbuatan atau perkataan atau perkataanmu maka dia akan menutupinya. 6. Jika kamu mengeratkan hubungan persahabatan dengan temanmu itu maka dia akan membalas dengan baik pertalian persahabatan itu. 7. Jika kamu menghulurkan sesuatu kebaikan (hadiah) kepada temanmu itu maka ia akan menerimanya dengan baik malah ia membalasnya kembali. 8. Jika temanmu itu mendapat sesuatu kebaikan dan kebajikan darimu itu maka ia akan mengingati, menghargai dan menyebutkan akan kebaikanmu itu. 9. Jika kamu berdiam diri atau kerana malu untuk meminta sesuatu darinya maka dia akan bertanyakan akan kesusahanmu itu.
Sabtu, 25 April 2009
Petua- Petui, Semakin Tua Semakin Berisi....
Saban hari kita memperkatakan tentang gemuk! gemuk! gemuk!. Di mana-mana sahaja. Baik di sekolah mahupun ketika berjumpa kawan di tengah jalan. Di sini diperturunkan 12 tips untuk membantu mengurangkan masalah berat badan. Antaranya : Jangan berlapar, ambil sesuatu yang pahit sebelum makan, minum 8 gelas air sehari, elakkan minum air bergas, kurangkan pengambilan garam, ambil sarapan pagi, makan dengan perlahan-lahan, kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil, biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit, kurangkan pengambilan merjerin/butter, minum air limau nipis/jus oren dan jangan timbang berat badan setiap hari.
Jumaat, 17 April 2009
Blog Sepi, Bloggers Menyepi.....
Saya rasa terpanggil memandangkan bloggers masing-masing sepi dan menyepi. Mungkin kerana kekangan masa. Mungkin juga sudah berpuashati dengan tahu membuat blog. Kalau begitulah keadaannya, kita bukanlah seorang bloggers yang bertanggungjawab. Cuba baca paparan saya melalui Blog Oh Blog.
Saya akur, tuan punya blog Laman Motivasi Guru berhambat dengan masa saban hari. Berhambat dengan pelajar setiap ketika. Perlantikan HEM sebagai amanah yang tidak akan dialpa. Begitu juga dengan Laman Kaktus Cikgu Za tentang isu PPSMI yang menjadi tajuk akhir paparan blognya, sudah hafal peminat blognya membaca setiap patah kata bicara. Adakah isu ini akan berakhir dengan berakhirnya era Datuk Hishamuddin? Kita tak tahu. Lihat dan tunggu.
Blog Sedetik Masa Sejentik Rasapun dah menyepi dengan "PTK datang lagi". Tuan punya blog ini seorang yang kreatif, inovatif dan berpandangan jauh. Mungkin juga masa yang sedetik tidak sempat dirasa.
Blog kawanku, Anak Dagang Di Rantau Orangpun dah lama menyepi. Sekalung tahniah buat cikgu Fauziah Hanim di atas kecemerlangan Kertas Prinsip Akaun dalam SPM 2008. Terbaik Daerah, terbaik di sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Mungkin juga pencapaian terbaik di Terengganu. Kesungguhannya mendidik anak-anak didik menjadi inspirasi kepada sebahagian guru-guru di sekolah. Kesempatan ini juga saya mengucapkan tahniah kepada semua tenaga pengajar SPM 2008 di SMA Maarif kerana pencapaian terbaik dalam SPM Daerah (tempat ke 4) dan tempat ke 2(JHEAT).

Isnin, 6 April 2009
Sembang-Sembang Petang..

" Dah lama i tak up date my blog", sungut saya kepada adinda Lah ketika kami bermain pingpong petang tadi. " i pun gitu jugak!". Katanya. Tidak ada idea untuk ditulis. Heran! orang macam dia yang kreatif dan inovatifpun tidak ada idea. Kalau orang macam saya ni, lainlah. Periksa PTKpun 3-4 kali baru pass. Biarlah hal ptk tuh. Malas nak fikir..
Selesai bermain dan berlawan ala kadar, kami memetik 2 biji kelapa wangi muda yang sentiasa berbuah hasil air tangan peninggalan aruah papa. Seperti biasalah, aku yang petik dan kopek, adinda Lah membancuh air gula. Sambil minum, kita sembang-sembang di bawah pokok belimbing. Banyak hal yang menjadi topik..
Langgan:
Catatan (Atom)