Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 13 November 2009
Semoga panjang umur, murah rezeki
Agak terlewat untuk daku mengucapkan selamat hari jadi buat adindaku Hamilah. Daku doakan semoga panjang umur, murah rezeki , mendapat keberkatan di dunia dan diakhirat. Sememangnya, kami semua tidak seingat mu. Semua tarikh lahir, no kad pengenalan kaum kerabat dalam kepalamu. Cuba adinda ingat, pernah satu ketika dulu, ada pegawai polis datang ke rumah buat bancian dan perlu no kad pengenalan warga keluarga kita. Tidak menimbulkan masalah, kerana ianya ada dalam kotak memori adinda. Hebat..
MySpace Icons
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Kekanda ini, janganlah terlalu memuji ingatan adinda yang kian berkarat sekarang ni. Dulu adinda kurang tengok tv.Malah tak tahu yang mana cerita hindustan atau cerita Tamil..kuat juga baca al-Quran.Sebenarnya itulah kunci kekuatan. Sekarang ni banyak buat perkara lagha..lalai..anyway, syukran kerana masih ada ucapan buat adinda yang sudah menjadi 'remaja bangka' ini..
Catat Ulasan