Didiklah diri kita dengan ucapan terima kasih. Tidak salah kita permudahkan. Tidak salah jika kita selalu ucapkan ucapan terima kasih. Bukan sahaja pelajar kepada guru yang berjasa, malah guru juga hendaklah melazimkan diri ucapkan terima kasih kepada pelajar jika telah berbakti walaupun sekelumit jasa.
Saya mengambil kesempatan diruangan ini, mengucapkan tahniah kepada pelajar STPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang. Terutama bekas anak-anak didik saya di SMA Maarif. Saya amat terharu menerima ucapan tahniah dari PK Akademik, ust.Mat Zin atas kecemerlangan yang amat boleh dibanggakan dalam mata pelajaran Syariah 2. Dengan 32 orang mendapat Gred A dan lebih kurang 98% mencatat keputusan lulus penuh dan 100% lulus..Alhamdulillah. Usaha selama ini berbaloi.
Cuma saya sedikit terkilan, kata-kata terima kasih dari bekas pelajar tidak diterima. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang mengingatinya. ....Ingat !perjalanan anda masih jauh. Banyak lagi yang perlu anda tempuh. Melangkah ke Universitipun belum lagi. Jangan tersalah pilih...
2 ulasan:
nasib baik rase nk bkk blog ustazah...dan nasib baik jugak tebaca post nie..ustzah,,mungkin mereka terlupa kerna terleka dek terlalu gembira..bg pihak kwn2,,sye mtk maaf dr hjg rmbut ke hjung kki...doakan kami meneruskan perjalanan ni yer..semoga Allah shje dpt membalas segala pengorbanan dan jasa2 ustazah dan cikgu2..amin~
Jangan ambik kisah sangat post ni..saje2.Maklumlah bila rasa diri terbuang di sini..macam2 rasa..sedih,kecewa,tak dihargai...
Catat Ulasan