Berapa tahun lagi nak mengajar di situ? Sehingga pencen? Tak minat ke nak beralih angin? Tengok dunia luar? Atau memang betul-betul selesa? Itulah antara soalan-soalan cepu emas yang sentiasa dilontarkan kepadaku.
Memang benar, akulah orang paling lama berada di sekolah itu. Bermula tahun 1980(Tingkatan 1) sehinggalah tingkatan 6 (1986). Masuk Universiti Kebangsaan Malaysia tahun 1987-1991. Pohon sebagai guru sandaran tidak terlatih dengan JHEAT. Di tempatkan di sekolah ini. Sekolah yang banyak berjasa kepadaku. Tahun 1992, aku terpaksa meninggalkan sekolah ini untuk mendapatkan KPLI di MPI Bangi. Tahun 1993, tidak disangka-sangka ditempatkan lagi di Sekolah ini sehinggalah sekarang. Bermakna campur tolak, hampir 30 tahun . Setia. Dari umur belasan tahun (13 tahun) hingga dah nak senja.
Nak buat macamana? Jarak dari rumah dengan sekolah tidak sampaipun 5 minit. Nak hantar dan ambil anak, tidak menjadi masalah. Apa naklagi?Sori banyak-banyak adindalah. 'Perkiraan' kita terpaksa ditangguhkan dulu....Nak fikir dulu. Lu fikirlah !! hehe
1 ulasan:
Sepatutnya, pihak JHEAT mestilah mengambil kira "kelamaan" adinda berkhidmat di sekolah Maarif dengan memberikan nafas baharu kepada sekolah ini. Saya mengesyorkan agar SMA Maarif ditukarkan namanya kepada SEKOLAH MENENGAH AGAMA ALJAILAMI. Hidup adindaku Jailami!!!!!
Catat Ulasan