Selasa, 29 Mac 2011



Datang ke SeMAI membawa harapan yang mewangi dalam sejuta kenyataan. Tanpa banyak soal, tanpa banyak bicara, selain Tg 5 dan Tg 4, saya ditugaskan mengajar khat Tg 1. Aku terima dengan hati terbuka dan dengan dada yang lapang serta aikhlas. Ingat sedetik, minat arwah ayahahanda yang terlau cintakan bidang khat ini.


4 bulan telah berlalu. Huruf-huruf tunggal dalam khat nasakh (huruf menegak, huruf mendatar, melengkung, separa bulatan, berekor, bersegi) telah ku ajar. .tinggal lagi huruf bersambung sama ada awal, tengah ataupun hujung. Walaupun tak pandai dan buat-buat reti serta pro, saya tak sabar, pelajarpun tak sabar . Tapi sedih, kecewa bukan kepalang, masuk bulan 4, jadual baru yang diedarkan, saya diminta menagajar kelas Tg 1 lain. Lebih mengecewakan kmerana kelas baru itu, tidak pernah diajar menulis khat,malah pen ke, pensil khatpun tidak ada. Saya perlu bermula dari awal.... nasib badan!! terima sahaja kerana ingat satu, ia adalah tugas dan amanah....

Jumaat, 11 Mac 2011

Alahai!Sensitifnya Tentang Umur


Saya masuk ke kelas 5A2 tepat jam 10.00 pagi. Mereka telah bersiap sedia dengan buku teks PSI bimbang disoal. Tajuk pada hari itu ialah tanggung jawab suami isteri. Seperti biasa, saya cuba ingatkan balik tajuk sebelumnya dengan bersoal jawab. Soalan berkaitan dengan rukun nikah, hukumnya, syarat saksi, susunan wali dan lain-lain lagi. Seperti hari-hari yang lain, mereka kadang-kadang terlopong dan termanggu-manggu bila disoal seperti belum belajar. Kadang-kadang itulah yang menyebabkan darahku naik secara tiba-tiba.


Melihatkan keadaan pelajar yang kurang bermotivasi, saya cuba menjadi pakar motivasi dengan menerangkan pentingnya pelajaran. Walaupun pelajar dari golongan berada. Perlunya kesungguhan dalam belajar dan mengimbas kembali pengalaman rakan-rakan saya yang malas belajar. Menurut mereka, mereka sesal kerana terlalu ikutkan perasaan,ingin berkahwin dalam usia muda. sekarang, dengan anak berderet-deret, tanpa pekerjaan, mereka tidak terurus dan tidak sempat nak melawa. Umur nampak tua dari usia sebenar. Saya kata kepada pelajar saya, umur kawan-kawan saya tidak seperti umur saya. Umur '34' tahun.


Semua pelajar dalam kelas, mengerutkan kening dan tanpa berfikirkan perasaan saya, mereka berkata"oloh!! jolo ke umur ustazah 34 tahun? soal mereka. Saya tidak menjawabnya tapi dalam hati, kalau ditanya bimbang mereka akan meneka umur lebih dari 54 tahun ke atas..hahaha!!sensitifnya bila sebut tentang umur..

Rabu, 23 Februari 2011

Didiklah Diri Dengan ucapan 'Terima Kasih"

Didiklah diri kita dengan ucapan terima kasih. Tidak salah kita permudahkan. Tidak salah jika kita selalu ucapkan ucapan terima kasih. Bukan sahaja pelajar kepada guru yang berjasa, malah guru juga hendaklah melazimkan diri ucapkan terima kasih kepada pelajar jika telah berbakti walaupun sekelumit jasa.

Saya mengambil kesempatan diruangan ini, mengucapkan tahniah kepada pelajar STPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang. Terutama bekas anak-anak didik saya di SMA Maarif. Saya amat terharu menerima ucapan tahniah dari PK Akademik, ust.Mat Zin atas kecemerlangan yang amat boleh dibanggakan dalam mata pelajaran Syariah 2. Dengan 32 orang mendapat Gred A dan lebih kurang 98% mencatat keputusan lulus penuh dan 100% lulus..Alhamdulillah. Usaha selama ini berbaloi.

Cuma saya sedikit terkilan, kata-kata terima kasih dari bekas pelajar tidak diterima. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang mengingatinya. ....Ingat !perjalanan anda masih jauh. Banyak lagi yang perlu anda tempuh. Melangkah ke Universitipun belum lagi. Jangan tersalah pilih...

Isnin, 14 Februari 2011

Salam Maulidul Rasul




Salam Maulidul Rasul buat semua . .

Khamis, 10 Februari 2011

Minggu Minggu Awal di SeMAI....


Minggu Pertama di SeMAI...


Minggu pertama dan kedua aku di SeMAI, aku tidak banyak cakap. Sedangkan di SMAM, aku terkenal jugak dengan orang yang banyak cakap, ditambah pulak dengan kata-kata humor ustazah Hanan. Ibarat kata, tak kering gusilah. Ada sahaja ' buah' yang menjadi tajuk bualan saban hari..


Minggu partama, SeMAI dikunjungi oleh beberapa orang pegawai dari SPI JPNT, untuk melihat perjalanan sekolah minggu-minggu pertama. Mereka juga ingin melihat Buku Rekod Pengajaran guru-guru Agama, terutama Rancangan Harian. Nasib baiklah aku telah memberesinya.. dan tidak menjadi masalah...Alhamdulillah.


Minggu ke dua pula, SeMAI dikunjungi lagi untuk melihat Buku Latihan Pelajar. Juga mereka ingin melihat guru -guru Agama. Adakah dalam seminggu dua ini, beri latihan atau tidak kepada pelajar. Bagi saya, itu juga tidak ada masalah..sebab 2 tajuk yang diajar, 2 latihan kepada pelajar dan kerja rumah juga telah diberi. Alhamdulillah.....

Jumaat, 24 Disember 2010

Apa-apa saja......



Lamanya saya tidak menulis dan melayari blog. Masa memang banyak, cuma saya ketandusan idea. Sebenarnya banyak benda yg boleh dikongsikan, tetapi bahasa pula rasanya tidak kena.. Semenjak dua menjak ni, saya rasa 'kesedihan' semakin banyak menghantui saya. Saya rasa kesedihan sahaja yang mendatang. Tapi saya reda ujian Allah. Orang lain diuji dengan perkara yang lebih besar. Kita patut bersyukur. Mungkin sesetengah orang merasakan pertukaran saya ke SMA Ittifakiah sesuatu yg enteng. Tapi bagi saya, pengorbanan dan kerja buat saya seolah-olah tidak ada harga. Syukran jazilan buat mudir, kerana mempertikaikan penghijrahan saya kepada JPNT. Sekurang-kurangnya kesedihan dan keterasaan saya sedikit terubat.


Sekali fikir, elok juga saya melakukan penghijrahan ini. Bila lama di satu-satu tempat, prestasi kitapun kadang-kadang mendatar. Elok juga mencari kenalan dan menyambung silaturrahim dengan orang lain pula... Mata pelajaran Syariah 2, akan saya tinggalkan selama-lamanya. Walaupun sayang kerana hampir 20 thun bersama suka duka kertas ini.


Kesedihan semakin parah, apabila keputusan PMR diumumkan. Ada yang mendapat kejayaan cemerlang, malah ada yang kurang cemerlang. Buat anakanda kesayangan, ruang masih ada. SPM penentu segala. Jangan bersedih dan berduka....umi dan abah reda seada...

Rabu, 10 November 2010

Majlis Restu Ilmu STPM 2010




Lamanya saya tidak menjenguk blog saya. Nak kata kesuntukan masa, tidak tepat kerana saya ada pula masa untuk melayari facebook. Ini kerana dengan penangan facebook ini saya dapat berhubung dengan ramai rakan dan taulan yang terputus sekian lama. Berpuluh-puluh tahun. bayangkanlah..Antara kawan yang saya dapat kembali menyambung persahabatan ialah Farizaini teman sebilik semasa saya dalam tahun 3 di Kamsis Dato'Onn, UKM. Kak Zaidah Abu Bakar, selalau mengunjungi bilik saya di Blok A , Kamsis yg sama semasa saya dlm th 1. Sekarang beliau seorang pensyarah di IPG, Sabah. Rohani Mat, kawan sebelah bilik semasa di kamsis Palapes dalam tahun 4. Ramai kawan-kawan semasa saya dlm tg 6 di SMA Maarif, daapat menyambung kembali dan mengimas kembali nostalgia lama. .Terima kasih buat semua termasuklah bekas-bekas pelajar saya bermula dari tahun 1991 di SMA Maarif.Oklah lupakan sebentar tentang fb.


Semalam, 9hb November, Majlis Restu Ilmu STPM dapat direalisasikan dalam suasana yang penuh gemilang. Acara dimulakan dgn bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan saya sebagai pengurus Projek, ucapan PK 6, ucapan guru-guru Mata pelajaran, ucapan Pengetua. Setiap tetamu yg hadir dihadiahkan cenderahati... terima kasih semua kepada yang memberi sokongan. Dalam kemeriahan itu, ada juga terselit duka.. saya kecewa dgn kata-kata seorang guru yang bercakap agak kasar dengan saya. Projek ini bukan projek saya seorang, tetapi melibatkan kumpulan. bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah...lupakanlah!