Khamis, 10 Jun 2010

Leganya........




Leganya....pagi tadi, jam 12.00 tengahari kami sebahagian guru menjalani Peperiksaan PTK untuk kesekian kalinya. Lega....walaupun jawapan saya tidak selega mana. Lega kerana ia telah berakhir (untuk kali inilah). Lega kerana cuti sekolah bagi saya seolah-olah baru bermula dalam erti kata sebenar. Lega, saya dapat merehatkan minda dari memikirkan berkaitan PTK ini. Maklum sajalah, bila umur dah meningkat, pegang sahaja buku PTK (kononnya nak studylah) mata mula kuyu dan terus lelap dibuai mimpi. Tetapi, bila buka sahaja kertas soalan PTK tadi, rasanya tak studypun tak mengapa. Bukan mudah, tetapi apa yang dibaca sikitpun tak keluar. Apa-apapun semuanya boleh jadi.. nak berserah pada Allah sahaja, tidak patut. ...




1 ulasan:

Hamilah berkata...

Salam..jangan tak ingat RAHSIA antara kita berdua. PTK sudah selesai tapi..... he he biar pecah di mulut jangan pecah di perut