Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Jumaat, 5 Jun 2009
Fatimah Humayraa Cucunda Ke 30
Minggu lepas, Aisyah Mariah dilahirkan di hospital USM. Tahniah Rah dan Din. Hari Selasa 3 Jun pula Fatimah Humayraa pula dilahirkan. Tahniah Bie dan Zul. Dengan kelahiran Fatimah Humayraa, genaplah cucu ma dan aruah pa 30 orang. Alhamdulillah!. Bermula dengan Huwaina, cucu pertama, diikuti dengan Umar Abdul Aziz, Hassan Ali, Hussin Ali, Abu Dzar Al Ghiffari, Wan Nur Afiqah, Wan Nur Ezdiani, Wan Nur Hazwani, Nuzul Badree, Aimann, Harizz Eilman, Inayatul Fasihah, Ifwatul Iman, Nur Insyirah, Wafiey, Mufid, Isyraqi, Amilin, Hannah, Awatif, Ibrahim Adhan, Nur Khalisya, Budiman, Baihaqi, Farah, Aisyah Mariah, Nabihah, Siddiq Marzuki, Muhammad Amin dan Fatimah Humayraa. ( Maaf ya ibu-ibu dan bapak-bapak, jika ejaan nama anak-anak salah)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Fatimah Humayraa..
Sekian lama ditunggu dinanti
akhirnya tiba jua
wajahmu
Fatimah Humayraa
Gabungan anakanda kesayangan Nabi Muhammad dan gelaran buat isteri tercinta Aisyah (Humayraa)
Fatimah Humayraa
Semoga menjadi penyeri umi dan abah
Nukilan rasa,
Umi Lah
Saat ketika disahkan hamil, air mataku bercucuran seketika. sedih dan sayu serta syukur banyak-banyak kepada ilahi atas makbulnya doa hambamu. Begitu juga tika lahirnya Fatimah Huamyraa, sekali lagi air mata luruh tanpa sedar..hanya kata-kata ALHAMDULILLAH yang dapat dilafazkan....
Catat Ulasan