Kisah 1
Masa SSB dulu, saya tidak berkesempatan untuk merasa pergerakan gaji secara melintang dan menegak. Mendatarpun mendatar titik. Tak mengapalah. Dah nasib badan...
Kisah 2
Sekarang zaman SSM. Orang lain dah lama merasa DG 44. Malah dapat pulak kenaikan gaji sebab lulus PTK 4-4. Saya? Dah nasib badan. 3 kali ambil peperiksaan, baru lulus. Nak buat macamana? tak cerdik mana...
Kisah 3
Masa orang duk sibuk-sibuk isi borang untuk kenaikan pangkat bagi guru-guru yang mengajar tingkatan 6(Fasa 1 ), sekolah saya tidak tersenarai dalam kelayakan. Masa tu sekolah agama Negeri. Sekarang SABK. Bayangkan saya mengajar tingkatan 6 dari tahun 1991 (semasa menjadi guru sandaran). Kemudian saya posting tahun 1993. Tahun 1994 sehinggalah sekarang tahun 2009 saya mengajar tingkatan 6. Apa yang dapat? Tidak bernasib baik. Ada yang bernasib baik, baru mengajar 2-3 hari tingkatan 6, dah dapat gred dg 48. Dah nasib badan....
Luahan saya hanya saja-saja. Mengisi masa lapang. Tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak. Sekadar untuk menghidupkan blog ini..
3 ulasan:
Janganlah mengeluh aduhai kekanda Jay. Ingatlah di sebalik Allah swt menurunkan hujan, Dia turunkan pelangi yang amat cantik selepas itu...Kekanda Jay WAJIB bersyukur kerana kekanda Jay ada anak-anak yang comel, sempurna, rajin, baik dan pandai, menghormati orang tua, taat kepada perintah Allah. Nah, apa lagi yang kita mahukan dalam hidup ini. Memanglah sesekali fikir kita terasa kerdil diri. Tapi sebenarnya itulah kekuatan diri kita. Tanpa kita sedari sebenarnya Allah menguji kita kerana kerana Dia maha mengetahui kita mampu menghadapinya.
Apa yang penting - SYUKUR. Bersyukur dengan segenap jiwa raga, hati dan perasaan. Lalu kita akan terasa dan merasa hebatnya hidup ini. Saya yakin, suatu masa nanti kekanda Jay akan mendapat sesuatu yang lebih dari itu.
He he he...orang lain tak ada ayam serama, kanda Jay ada ayam serama. Hari tu 'gewe' lama pergi beli ayam serama????
MIE, TABURLAH BAKTI DENGAN IKHLAS DI MANA SAJA ANDA BERADA NESCAYA ANDA AKAN DIKASIHI OLEH MAKHLUK DI LANGIT DAN DI BUMI. PANGKAT AKAN HILANG SUATU KETIKA NANTI. TETAPI BUDI AKAN DISANJUNG SEHINGGA MATI. SEPERKARA LAGI...APABILA MATINYA ANAK ADAM AKAN TERPUTUSLAH SEGALA AMALANNYA KECUALI 3 PERKARA SALAH SATUNYA IALAH ILMU YANG BERMANFAAT. JADI, LA TAHZAN.
Syukran jazilan atas komentar dan ulasan adinda dan k.zie. Syukran atas pandangan dan nasihat..
Catat Ulasan