Khamis, 29 Januari 2009

Sekadar Bicara Jumaat 3 Safar 1430


Seperti biasa, setiap hari Jumaat aku dan suami ke Pasar Tani Kuala Besut. Mungkin ada yang perasan kehadiran kami, mungkin juga tidak. Seorang lelaki tinggi kurus, berkaca mata bulat, bermisai dan seorang wanita gemuk pendek dan berselipar tumit tinggi. Aiman tak kisah apa orang nak kata. Aiman juga tak pentingkan status. Apa yang penting, apa yang kita mahu, semuanya ada. Dari yang sekecil-kecil cili padi sehingga yang sebesar-besar ubi badak.


Seperti biasa, kami membeli ikan kerisi 2 kilo (RM 20), ikan cermin 1 kilo (RM 16), ikan tenggiri (sebelah RM 15), ikan cencaru 1 kilo (RM 8), sotong 1 kilo (RM 12) dan seekor ayam. Semua itu cukup-cukup seminggu untuk dimasak.


Sebenarnya jika dihitung ditolak dan dibahagikan lebih kurang sahaja membeli yang basah dengan membeli lauk yang telah siap dimasak. Cuma aku tidak sanggup untuk menjelajah dari satu kedai ke satu kedai untuk mencari lauk yang kena selera dengan kami anak beranak.

(Ikan cermin masak kicap seenak rasa, Tomyam Midol, Sweet sour bertatah kulat Au, Ayam masak pedas berdaun kari) Itulah masakan atau menu yang selalu menjadi hidangan kami yang direka sendiri.


Adakah kekanda Za, adinda Lah, Jam, Rah, Bi, Nur, Kak Zie Hanim, cg. Rohani ingin mencuba?


3 ulasan:

Hamilah berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
cahaya purnama berkata...

Actually,pandai sangat tu tidaklah.Yang penting balik letih-letih tak perlu pikiaq nak makan apa.Bangun jam 4.45 pg.Solat sunat sikit sebanyak, pukul 5.00 start masak.Pukul 6 pagi beres...Trylah buat gitu..

Hamilah berkata...

Dalam mencapai matlamat hidup Insya Allah kita cuba buat yang terbaik untuk mewujudkan 'Baiti Jannati'..dan demi mengecapi mardhatillah. Kehidupan tidak akan berhenti selagi nafas masih diberikan oleh Allah. Ikhlas adalah kunci paling mahal...