Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Khamis, 8 Januari 2009
Luahan Rasa Secubit Suka..
Sedikit terkilan apabila membuka tugasan 2009. Rasa jiwa ini begitu sebati dengan urusan-urusan Peperiksaan. Mungkin kerana sudah lama dengan hal-hal begitu, tahun ini saya ditugaskan untuk menerajui Kebersihan Sekolah. Dari segi luaran, kebersihan sekolah nampaknya telah bersih. Tidak perlu difikirkan lagi. Tidak ada bebanan tugas yang banyak. Pekerja Swasta saban hari membersih dan menyapu. Saya lebih suka bekerja sendirian. Bila habis sahaja peperiksaan(tak kiralah peperiksaan apapun) pasti Analisis akan segera menyusul. Entahlah mungkin pihak Pengurusan Sekolah merasakan perlu melatih orang lain. Ataupun mungkin dirasakan saya berkemampuan untuk membawa 'kelainan' atau'kejutan' dalam hal-hal kebersihan. Kalau betullah sangkaan saya (Husnul Zon) alhamdulillah, saya akan lakukan setakat terdaya. Akan tetapi jika dirasakan, tahap mutu kerja saya menurun dan perlu diganti, rasa sedikit sedihlah...Apa-apapun selamat bertugas semua guru. Laksanakanlah tugas dengan penuh amanah.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Sedihnya rasa hati mendengar 'luahan rasa secubit suka'..Adinda tidak fikir pentadbir ubah tugas kanda kerana penurunan dalam tugas tapi hakikatnya kerana inginkan keadilan biar orang lain juga merasa tugas seperti itu...Sabarlah, Allah Taala tahu apa yang ada dalam sanubari hambaNya.Merangkap 'Menteri Kebersihan' untuk SMA Maarif, maka adinda ucapkan selamat bertugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas.
Catat Ulasan