Isnin, 26 Januari 2009

Blog Oh Blog

Apa itu blog? pernah saya kemukakan pertanyaan kepada adinda Lah satu ketika. Katanya, blog ialah Laman Weblah!! Pernah juga saya melayari blog kekanda Za berkaitan dengan blog. Dengan gaya penulisan dan bahasa yang teratur, saya semakin faham apa itu blog, apa itu bloggers. Saya juga amat tertarik dengan tulisan saudara Roosfa Hashim berkaitan dengan blog melalui tulisannya bertajuk " Melahirkan bloggers bertanggungjawab" , muka surat 10 Mingguan Malaysia (Ahad 25 Januari 2009) yang lalu. Antara lain petikannya ialah:

i- Blog atau internet ialah aset penting bagi menyampaikan maklumat yang pantas dan menjadi pra syarat bagi keupayaan negara bersaing dalam dunia tanpa sempadan hari ini. Blog jangan dimusuhi dan jangan pula disalahgunakan.

ii- Penulis blog mestilah bersikap jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menafsir sesuatu maklumat.

iii- Menjadi bloggers memerlukan disiplin yang tinggai, perlu beretika menulis secara berterusan dan tetap, bukan muncul sekali sekala.

iv- Penulis patut menulis sesuatu yang menggalakkan kehidupan yang berakhlak, adil, bebas, selamat, bersih dan beradab.

Bagi saya pula, perasaan ingin menulis sentiasa wujud, tetapi agak terbantut kerana penulisan yang tidakkreatif, bahasa tunggang-langgang, kurang menghiburkan sekadar untuk suka-suka. Paling penting "orang ada blog, kitapun ada blog". Sekurang-kurangnya boleh menghibur hati sendiri.hehehe

2 ulasan:

Fariza Nurbaya berkata...

Tak apa adinda, sekurang-kurangnya dinda lebih celik daripada orang lain, lebih ke depan daripada orang lain.. kita melihat dunia dari sudut yang lain daripada orang lain. Teruskan berblog semoga ada sesuatu walaupun sedikit, kecil dan kerdil, dapat dinda sampaikan sesuatu kepada dunia. Tidak nanti kita menjadi katak di dalam gelas, melihat dunia tetapi tidak mampu berbuat apa-apa...

Hamilah berkata...

blog?? apa itu blog? majistret? doktor? pemuzik?? blog ialah tulisan yang dipersempadankan dari karya-karya yang pelbagai..ada blog porno, ada lelucon, ada perjuangan, ada blog makan, ada blog 'kepala sawit', tapi kalau nak tengok blog sila layari 'sedetik masa sejentik rasa'. alahai..