Isnin, 6 Oktober 2008

Panjat kesyukuran kepada Ilahi..

Tapak Nabi Ibrahim
Selamat pulang mama...



Alhamdulillah,ma selamat pulang dari Makkah penuh barakah. Kami semua menyambut di Lapangan Terbang Kota Bharu tidak berkonvoi. Ada orang kata , kenapa ramai pergi menjemput? cukuplah hanya sebuah kereta, yang lain menunggu di rumah. Betul juga. Tapi menyambut kepulangan seseorang dari Makkatul Mukarramah, amat dinanti berbeza dari pulang dari tempat lain. Lagipun dari segi psikologi, jiwa, hati, ketenangan,kerinduan melebihi segalanya setelah sebulan tidak bersua. Perasaan orang tua perlu dijaga. Itu lebih penting.



Alhamdulillah juga, 'butir' sebelah kanan atas mata ma hilang. Hikmat air zam zam.Hebatnya kekuasaan Allah. Maha mendengar doa hambanya.

1 ulasan:

Hamilah berkata...

Memang kekuasaan Allah swt tiada taranya. Cukup hebat.. alhamdulillah, ma lebih sihat dari sebelumnya.