Didiklah diri kita dengan ucapan terima kasih. Tidak salah kita permudahkan. Tidak salah jika kita selalu ucapkan ucapan terima kasih. Bukan sahaja pelajar kepada guru yang berjasa, malah guru juga hendaklah melazimkan diri ucapkan terima kasih kepada pelajar jika telah berbakti walaupun sekelumit jasa.
Saya mengambil kesempatan diruangan ini, mengucapkan tahniah kepada pelajar STPM 2010 yang berjaya dengan cemerlang. Terutama bekas anak-anak didik saya di SMA Maarif. Saya amat terharu menerima ucapan tahniah dari PK Akademik, ust.Mat Zin atas kecemerlangan yang amat boleh dibanggakan dalam mata pelajaran Syariah 2. Dengan 32 orang mendapat Gred A dan lebih kurang 98% mencatat keputusan lulus penuh dan 100% lulus..Alhamdulillah. Usaha selama ini berbaloi.
Cuma saya sedikit terkilan, kata-kata terima kasih dari bekas pelajar tidak diterima. Hanya 2 orang pelajar sahaja yang mengingatinya. ....Ingat !perjalanan anda masih jauh. Banyak lagi yang perlu anda tempuh. Melangkah ke Universitipun belum lagi. Jangan tersalah pilih...
Hidup Tanpa Iman Ibarat Rebah Di Bumi Tuhan. Adab Dan Akhlak Adalah Ibarat Pokok Dan Kemasyuran Adalah Seperti Bayang-Bayang. Tetapi Malangnya Kebiasaan Orang Lebih Melihat Bayang-Bayang Daripada Pokoknya.
Rabu, 23 Februari 2011
Isnin, 14 Februari 2011
Khamis, 10 Februari 2011
Minggu Minggu Awal di SeMAI....

Minggu Pertama di SeMAI...
Minggu pertama dan kedua aku di SeMAI, aku tidak banyak cakap. Sedangkan di SMAM, aku terkenal jugak dengan orang yang banyak cakap, ditambah pulak dengan kata-kata humor ustazah Hanan. Ibarat kata, tak kering gusilah. Ada sahaja ' buah' yang menjadi tajuk bualan saban hari..
Minggu partama, SeMAI dikunjungi oleh beberapa orang pegawai dari SPI JPNT, untuk melihat perjalanan sekolah minggu-minggu pertama. Mereka juga ingin melihat Buku Rekod Pengajaran guru-guru Agama, terutama Rancangan Harian. Nasib baiklah aku telah memberesinya.. dan tidak menjadi masalah...Alhamdulillah.
Minggu ke dua pula, SeMAI dikunjungi lagi untuk melihat Buku Latihan Pelajar. Juga mereka ingin melihat guru -guru Agama. Adakah dalam seminggu dua ini, beri latihan atau tidak kepada pelajar. Bagi saya, itu juga tidak ada masalah..sebab 2 tajuk yang diajar, 2 latihan kepada pelajar dan kerja rumah juga telah diberi. Alhamdulillah.....
Jumaat, 24 Disember 2010
Apa-apa saja......

Lamanya saya tidak menulis dan melayari blog. Masa memang banyak, cuma saya ketandusan idea. Sebenarnya banyak benda yg boleh dikongsikan, tetapi bahasa pula rasanya tidak kena.. Semenjak dua menjak ni, saya rasa 'kesedihan' semakin banyak menghantui saya. Saya rasa kesedihan sahaja yang mendatang. Tapi saya reda ujian Allah. Orang lain diuji dengan perkara yang lebih besar. Kita patut bersyukur. Mungkin sesetengah orang merasakan pertukaran saya ke SMA Ittifakiah sesuatu yg enteng. Tapi bagi saya, pengorbanan dan kerja buat saya seolah-olah tidak ada harga. Syukran jazilan buat mudir, kerana mempertikaikan penghijrahan saya kepada JPNT. Sekurang-kurangnya kesedihan dan keterasaan saya sedikit terubat.
Sekali fikir, elok juga saya melakukan penghijrahan ini. Bila lama di satu-satu tempat, prestasi kitapun kadang-kadang mendatar. Elok juga mencari kenalan dan menyambung silaturrahim dengan orang lain pula... Mata pelajaran Syariah 2, akan saya tinggalkan selama-lamanya. Walaupun sayang kerana hampir 20 thun bersama suka duka kertas ini.
Kesedihan semakin parah, apabila keputusan PMR diumumkan. Ada yang mendapat kejayaan cemerlang, malah ada yang kurang cemerlang. Buat anakanda kesayangan, ruang masih ada. SPM penentu segala. Jangan bersedih dan berduka....umi dan abah reda seada...
Rabu, 10 November 2010
Majlis Restu Ilmu STPM 2010


Lamanya saya tidak menjenguk blog saya. Nak kata kesuntukan masa, tidak tepat kerana saya ada pula masa untuk melayari facebook. Ini kerana dengan penangan facebook ini saya dapat berhubung dengan ramai rakan dan taulan yang terputus sekian lama. Berpuluh-puluh tahun. bayangkanlah..Antara kawan yang saya dapat kembali menyambung persahabatan ialah Farizaini teman sebilik semasa saya dalam tahun 3 di Kamsis Dato'Onn, UKM. Kak Zaidah Abu Bakar, selalau mengunjungi bilik saya di Blok A , Kamsis yg sama semasa saya dlm th 1. Sekarang beliau seorang pensyarah di IPG, Sabah. Rohani Mat, kawan sebelah bilik semasa di kamsis Palapes dalam tahun 4. Ramai kawan-kawan semasa saya dlm tg 6 di SMA Maarif, daapat menyambung kembali dan mengimas kembali nostalgia lama. .Terima kasih buat semua termasuklah bekas-bekas pelajar saya bermula dari tahun 1991 di SMA Maarif.Oklah lupakan sebentar tentang fb.
Semalam, 9hb November, Majlis Restu Ilmu STPM dapat direalisasikan dalam suasana yang penuh gemilang. Acara dimulakan dgn bacaan doa, ucapan wakil pelajar, ucapan saya sebagai pengurus Projek, ucapan PK 6, ucapan guru-guru Mata pelajaran, ucapan Pengetua. Setiap tetamu yg hadir dihadiahkan cenderahati... terima kasih semua kepada yang memberi sokongan. Dalam kemeriahan itu, ada juga terselit duka.. saya kecewa dgn kata-kata seorang guru yang bercakap agak kasar dengan saya. Projek ini bukan projek saya seorang, tetapi melibatkan kumpulan. bekerjalah dengan ikhlas kerana Allah...lupakanlah!
Sabtu, 2 Oktober 2010
Selasa, 10 Ogos 2010
Salam Ramadan buat semua..Ramadan bulan berkat

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: Bahawa sesungguhnya Rasulullah saw. pernah bersabda : Ketika datang bulan Ramadhan: Sungguh telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan atas kamu untuk puasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, Setan- Setan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilanya sama dengan seribu bulan, maka barangsiapa diharamkan kebaikannya ( tidak beramal baik didalamnya), sungguh telah diharamkan (tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini). ( HR. Ahmad, Nasai dan Baihaqy. Hadits Shahih Ligwahairihi).
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Langgan:
Catatan (Atom)

